
Kejadian solat dua imam ini dirakamkan di Masjid Gong Pasir, Besut, Terengganu dalam Berita Harian, 19 Julai 1982. Apakah punca terjadi perbuatan seperti ini?
Apakah kejadian ini berpunca dari "fatwa" Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981? Pada waktu itu, Haji Hadi mengatakan "Pas menentang Umno bukan kerana namanya Umno, tetapi kerana Umno mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir dan mengekalkan peraturan jahiliah. Disebabkan itu, perjuangan menentang Umno adalah jihad dan jika mereka mati dalam perjuangan itu, mati mereka adalah mati syahid." Kesan fatwa ini amat besar, terutamanya dalam isu Memali di Baling pada 19 November 1985.
Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak) sudah boleh bersalam dengan wanita DAP. Di sebelahnya adalah Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak). Seorang Menteri Besar PAS sudah jadi terbuka sekarang. Mungkin PAS kini sudah liberal dan terbuka dengan DAP. Manakan tidak, Nik Aziz sendiri pun sudah boleh masuk ke Restoren Ocean, Kuala Terengganu pada 14 Januari 2009 untuk meraih undi. Malah turut bersalaman dengan Lim Kit Siang.
Pada tahun 1981 di Banggol Peradong, Haji Hadi cukup keras dengan kafir. Pada 2009, Haji Hadi sudah boleh terima dan membaca propaganda dari DAP dengan begitu khusyuk sekali. Bila Karpal Singh menolak dengan keras peraturan hudud pun, Haji Hadi masih lagi bersikap terbuka dan menganggap Karpal sudah faham hudud. Inilah wajah sebenar pemimpin-pemimpin PAS. Yang menjadi terkeliru dengan dakyah mereka akan berbuat apa sahaja akibat taksub dengan "fatwa" pemimpin mereka. Sanggup sembahyang dua imam kerana percaya dengan kata-kata politik pemimpin mereka. Moga kejadian sembahyang dua imam tidak berlaku lagi di negara kita. Ambillah pengajaran dari pertelingkahan Hamas dan Fatah di Palestin. Siapa yang untung akhirnya?
Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak) sudah boleh bersalam dengan wanita DAP. Di sebelahnya adalah Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak). Seorang Menteri Besar PAS sudah jadi terbuka sekarang. Mungkin PAS kini sudah liberal dan terbuka dengan DAP. Manakan tidak, Nik Aziz sendiri pun sudah boleh masuk ke Restoren Ocean, Kuala Terengganu pada 14 Januari 2009 untuk meraih undi. Malah turut bersalaman dengan Lim Kit Siang.
Pada tahun 1981 di Banggol Peradong, Haji Hadi cukup keras dengan kafir. Pada 2009, Haji Hadi sudah boleh terima dan membaca propaganda dari DAP dengan begitu khusyuk sekali. Bila Karpal Singh menolak dengan keras peraturan hudud pun, Haji Hadi masih lagi bersikap terbuka dan menganggap Karpal sudah faham hudud. Inilah wajah sebenar pemimpin-pemimpin PAS. Yang menjadi terkeliru dengan dakyah mereka akan berbuat apa sahaja akibat taksub dengan "fatwa" pemimpin mereka. Sanggup sembahyang dua imam kerana percaya dengan kata-kata politik pemimpin mereka. Moga kejadian sembahyang dua imam tidak berlaku lagi di negara kita. Ambillah pengajaran dari pertelingkahan Hamas dan Fatah di Palestin. Siapa yang untung akhirnya?AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





7 comments:
malang sungguh org melayu/islam di malaysia daripada bersatu padu kerana tidak ada asas utk berpecah dah pun berpecah-belah dek kerana taksub berpolitik.
Parti PAS dianggap ajaran islam sebenar manakala UMNO dikata parti kafir...... malang sungguh.
kalau di negara lain mereka dah ada asas utk berpecah cthnya mcm pakistan ada sunnah dan syiah. Tapi dinegara m'sia ini kita mmg bertuah, org2 melayunya penuh dgn adap, dan bersopan santun, org melayunya hampir 100% beragama islam, dikurniakan menjadi pengikut ahlul sunnah waljamaah yg setia.
tapi malang sungguh hanya kerana taksub berpolitik, kita berpecah belah, yg memecahkannya dgn fatwa, masih ada, boleh makan minum, ada isteri dua lagi dan tak da rasa salah langsung. inspirasi dari fatwa hj. hadi la melayu berpecah belah kerana agama.
tak makan sembelihan org2 umno, tak hadiri kenduri org2 umno, boikot org2 umno, dll. malu la hj. hadi ....malu la org2 pas....mengaji saja agama tinggi2.... nik aziz masih tak malu2 doakan kemusnahan org2 islam yg tak menyokong pas...malu la sikittt...apa nak jadi laaa.... jahanam mcm ni org2 melayu islam di negara ni.
cuba la baca harakah dari muka satu sampai abis ....sarat dgn fitnah tak pun bungga2 fitnah, dah 25taun aku baca .... tak de paedahnya, buat sakit kepala jee.... hehe
kita pon masih tak lupa, dulu masa PAS ada dato asri, pas ada rival... parti hamim. kalau pas perintah, kalau berlaku krisis mcm umno sure ada mcm2 parti lagi yg guna lambang islam, berpecah atas nama agama, ada parti yg mendakwa lebih islam lagi dari PAS... mcmana?? kata pas kapir mcmana??
sanggup ke org melayu islam hadapi perpecahan lagi?? dah la islam melayu cuma dua tiga kerat je dlm m'sia, ekonomi ketinggalan,?? berpolitik kena tipu dgn DAP... mana cerdik nya org2 melayu ni??
zul.
Kalau PAS buat semuna boleh dan halal,tapi kalau UMNO yang buat semuanya tak boleh dan haram.. Segalanya boleh asalkan memberikan kelebihan pada mereka.Lihat saja pasai lompat parti,kalau dari PR ke BN dikatakan rasuah dan bermacam-macam lagi,tapi dari BN ke PR dikatakan pilihan yang bijak dan sebagainya...
Dik,
Kau tu tak habis belajar lagi... Pegang skrol dulu baru cakap kau org dengar... Hish tak kuasa lah!
assalamualaikum ya azrinizam,
prinsip dlm dunia senang je. Kalau kau x suka si B, Allah taala tunjukkanlah semua keburukan die. Biau lah kecik mane pun, kau akan rase besau gle. So niat kau nak cari salah pihak pembangkang dah pun Allah taala tunaikan. So puas hati? Kau ingat senang ke nak jadi pemimpin? Buka la sikit fikiran kau. Kita ni kat Malaysia. Orang kaye ye lah x de masalah nak beli sume. Rakyat yang biase, yang x mampu, ape nasib diorang? Siape consider nasib dorang? Biar lah parti kiri menegakkan balik keadilan kat negara kita. Sesunnguhnya satu kebaikan tu kunci kepada kebaikan yang lain. Kau pun lum tentu nanti mcm mane kalau kau jadi pemimpin. Kembali aje kepada prinsip agama. Selamat dunia akhirat.
Saya juga pernah menjadi pemimpin pelajar awal tahun 2000 dahulu. Saya juga punya banyak pendapat. Tetapi saya tidak seperti saudara yang mungkin menganggap diri sudah serba tahu dan serba betul.
Abang sarankan agar saudara banyak beristighfar kepada Allah. Sucikan hati dengan banyak berpuasa, membaca Al Quran dan tafsirannya, bersedekah dan jangan tinggalkan solat Tahajjud walau sehari. InsyaAllah Taala, saudara akan diberi hidayah. Jika sekiranya saudara masih melihat dan mendapati suara saudara selama ini masih benar, maka sememangnya saudara benar. Jika tidak, berusahalah menampung kembali segala dosa yang telah kita lakukan.
Ingat adik,
Allah tidak sesekali menzalimi hambaNya. Kitalah yang zalim kepada diri kita sendiri.
Yang baik hanya Allah. Dan beruntunglah manusia yang bergantung hanya kepada Allah.
Mungkin blog owner tak nak siarkan komen saya ni. Ikut sukalah...
Saya tak cakap parti pembangkang bagus atau 100% sempurna. Tapi, kalau anda tak sokong PAS, malahan benci sangat dengan pembangkang, anda nak sokong sapa? Nak sokong BN/UMNO?
Apa saja silap pembangkang yang dinyatakan kat sini, UMNO dah lama buat malahan mereka lagi teruk. Tentang bersalam pemimpin lelaki bersalam dengan wanita tu, boleh dikatakan dari Pak Lah, Najib, semuanya nampak terang-terang bersalam dengan wanita.
Tentang bergaul dengan orang Cina, pun UMNO dah lama buat.
Sekarang ni pun dah banyak isu dan jenayah yang berkaitan dengan orang Islam UMNO tak boleh jaga. Kes murtad berleluasa - dosa paling berat dalam Islam. Bila ada NGO bukan Islam cakap fatwa haramkan tomboy bodoh, apa UMNO buat?
OrangKB..
Bersalaman memang org UMNO buat pun..
Masalahnya..org PAS sering kata kat orang UMNO tak Islam..salam bersalaman dengan bukan muhrim..
Tapi ,hari ni..orang yg suka mengata pun dah bolih bersalaman pulak..
CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Post a Comment