Sunday, January 11, 2009

Benarkah Karpal Sudah Faham Hudud?

Kenyataan Karpal Singh pada 10 Januari 2008, menyangkal kembali kenyataan Haji Hadi. "Kenyataan oleh Abdul Hadi berhubung perlaksanaan hukum hudud, kononnya DAP sudah jelas dan faham dengan apa yang sedang bermain difikiran Pas, sebenarnya tersimpang jauh daripada kebenaran.Pas tidak pernah menjelaskan isu berhubung perlaksanaan hukum hudud kepada DAP. DAP sudah tentu ada masalah berhubung perlaksanaan hukum hudud dalam negara," kata Karpal Singh. Nampak benar PAS sebenarnya telah menipu DAP dan rakyat dengan menyatakan bahawa penjelasan hudud sudah diberikan kepada DAP. Mengapa PAS buat begitu? Lebih baik rasanya Karpal saman Haji Hadi kerana kenyataan tersebut.


Sehari sebelum itu, iaitu pada 9 Januari 2008, Haji Hadi Awang (Presiden PAS) memberikan kenyataan bahawa "Kita dah pernah buat seminar dan berbincang pasal benda ini (hudud dan qisas) kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat. Saya rasa tak perlu lagi saya nak jelaskan kepada DAP kerana saya rasa Karpal Singh (Pengerusi DAP) dah faham," . Haji Hadi menyatakan bahawa saya "rasa" Karpal sudah faham. Rasa sahaja? Jika kita teliti, dua dua kenyataan ini, nampak benar Tuan Guru Haji Hadi telah berbohong kepada rakyat. Sewajarnya Haji Hadi dan pimpinan PAS perlu panggil Karpal Singh turun ke Kuala Terengganu dan meminta Karpal membuat pengakuan mahu terima negara Islam dan hudud di hadapan pemimpin-pemimpin PAS. Sanggupkah PAS buat begitu? Kalau tidak mengapa masih mahu lagi bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat? Masih belum terlambat untuk orang PAS dengar pengakuan Karpal. Tidak perlu lagi Haji Hadi berbohong dan berdolak dalih lagi kepada rakyat tentang hudud. Dulu Haji Hadi sendiri akui bahawa hudud hanyalah 0.0001 peratus, tetapi mengapa sekarang PAS berjanji hendak buat kembali? Tidakkah ini hanya umpan untuk Kuala Terengganu semata-mata? Karpal sudah berani lawan Anwar dan Haji Hadi. Tertanya-tanya juga kita, siapakah sebenarnya Ketua Pakatan Rakyat? Anwar atau Karpal Singh? Anwar pun tidak berani tegur dan nasihatkan Karpal, oleh itu siapa yang lebih berkuasa?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

5 comments:

Maharaja Zhou said...

Assalamualaikum Tuan Azri,

Pas Kampus (Pro Mahasiswa) telah melancarkan Perang Media untuk menghadapi Pilihanraya Kampus.

Oleh itu,saya menjemput tuan2 Bloggers Pembela Negara untuk membeli Peperangan mereka tersebut dengan melancarkan perang terhadap kubu-kubu merekaterutamanya Mahasiswakini dan blog2 Pro Mahasiswa kampus.

Serangan patut dikoordinasikan terhadap shoutbox(cbox) mereka dan komen2 artikel.

Serangan bertaraf rendah seperti menghina dan maki hamun mesti dielakkan tetapi pembongkaran kaitan mereka dengan PAS mesti ditumpukan.

Tumpuan utama adalah terhadap Mahasiswakini.

Harap tuan dan rakan2 bloggers pembela negara dapat menyambut panggilan JIhad ini.

wassalam

Yop Telo said...

Panggilan jihad? HA HA HA!

cikw@n said...

insya-Allah, Allah Maha Mengetahui akan membantu kita dalam usaha jihad ini sekali gus menunjukkan jalan terbaik untuk memboikot 'barang itu' dari terus membelenggu hati dan minda sekian ramai mahasiswa di Malaysia ketika ini.
panggilan jihad ni kami sahut.

hanya ASPIRASI mampu memerintah dengan baik di IPTA-IPTA kita.

cikwan

Anonymous said...

Camne nak faham...orang Islam sendiri pun tak faham...

Khutbah Jumaat pun tak pernah baca bab hudud....

Anonymous said...

Jihad??Jgn buat lawak,bro.Kalau nak berlawak, masuk saja rancangan Raja Lawak,baru relevan.Nanti aku beri kau undi....tatatititutu.

Hidup Rakyat Marhain!!!!