Semalam, 12 Januari 2009 adalah hari penamaan calon di Universiti Sains Malaysia (USM). Selepas selesai penamaan calon, Aspirasi telah menang 21 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan. Secara peratusannya, Aspirasi telah menang majoriti iaitu 56.7% di USM. Aspirasi bertembung dengan kumpulan Pro M yang terdiri daripada gabungan PMIUSM dan Student Progresif Front (SPF). Pro M telah mula menabur flyers atas nama "SUARA MAHASISWA" kepada pelajar sebagai modal kempen mereka. Manakala di UiTM, 50 kerusi ditawarkan di kawasan fakulti. Tiada kerusi dipertandingkan di kawasan umum. Sesi penamaan calon diadakan pada 10 Januari 2009. Selepas tamat sesi penamaan, 22 orang calon telah menang tanpa bertanding. Sejumlah 55 orang calon menawarkan diri untuk bertanding di 50 kerusi fakulti. Pertandingan adalah sesama Aspirasi. Tahniah pada USM dan UiTM, teruskan perjuangan membela kebajikan dan hak pelajar di universiti anda.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





7 comments:
alhamdulillah..kemenangan ini adalah hasil kerja keras seluruh mahasiswa yg sentiasa bersatu atas nama perpaduan sejati dan semangat ASPIRASI tulen.
Allah sedang membantu kita.
cikwan
Apa ceta bebudak yang buat demo kat pejabat MB Selangor tempoh hari...
Takkan tak kena dakwa ikut AUKU kot...
Ha, jadi tahniahlah encik.
ha..alah...stakat menang dgn cara x demokratik wk per..ambil contoh uitm.smua calon dh ditentukan oleh pihak HEP...mase nak serahkan borang lagi dh nak main tipu.....siap bagi arahan lagi kat dekan kate...maner2 calon yang x under HEP...x akan di sain borang pecalonan merekan oleh dekan.....sampai...geng2 under HEP nie...siap borang diisi leh hep...kecuali peyokong dan pencadang sajer kena bawa.....
Alhamdulillah,
Aspirasi menang lagi di dua kampus.
Hari ni penamaan calon di UM.
Lipatgandakan serangan di portal dan laman web PAS Kampus!
Anonymous???
biar btol ape ko ckap??
aku pnah jd pencadang kat uitm s.alam.. mane ade orng hep isi borang.. Kami isi sendiri la,cume dibantu oleh mantan2 mpp dan orng hep supaya xsalah isi borang..
memang la calon bkn dr hep xdpt tanding.. tibe2 je nk tanding.. calon2 dr hep dah g mcm2 kursus baru bley tanding, ni lak nk main masuk je.. mmg xdpat..
lg satu, byk calon2 persendirian ni xckup pointer nk btanding.. mcm mane dekan nk sain..
Assalamualaikum.
Maaf mencelah, anonymous, mungkin anda yang xtau UiTM xde kena mengena langsung dgn AUKU. UiTM terletak bwah akta 174. Sila baca sejarah. Jgn jadi mahasiswa yang x kenal sejarah
Quote from:
Anonymous said...
Apa ceta bebudak yang buat demo kat pejabat MB Selangor tempoh hari...
Takkan tak kena dakwa ikut AUKU kot...
Post a Comment