(Gambar: Kubah As Sakhrah yang terletak di Pulau Wan Man, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu). Pada 3 Januari 2008, 13 orang terbunuh termasuk kanak-kanak ketika sedang bersembahyang di sebuah masjid di bandar Jabaliya akibat serangan bom jet-jet pejuang Israel. Pada 21 Ogos 1969, Israel telah membakar Kubah As Sakhrah. Pembakaran ini telah menyebabkan sebuah mimbar bernama "Shalahuddin Al-Ayubbi" telah hangus terbakar. Kubah ini kemudian dipulihkan kembali. Sejak 1948, 60 tahun yang lalu, Israel telah mengambil tanah Palestin sedikit demi sedikit. Yang tinggal hanya Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, itupun hanya 22% yang tinggal untuk bumi Palestin.
Apakah suatu hari nanti Kubah As Sakhrah akan lebur juga dibom oleh tentera-tentera Yahudi? Amat pasti, setelah 60 tahun menjarah Palestin, Israel akan berterusan mengambil tanah Palestin sampailah tertubuhnya kembali negara "Israel Raya" di tengah-tengah negara Arab. Mungkin sebelum era Ehud Olmert dan Bush tamat, percaturan Israel adalah untuk menghapuskan Semenanjung Gaza dan Hamas. Bila Obama naik menjadi Presiden Amerika pada 20 Januari nanti, barulah Amerika baru berlagak sebagai penyelesai masalah. Mengapa jadi begitu? Segalanya dibuat untuk potretkan Obama sebagai hero penyelesai masalah di Palestin. Sementara menunggu 20 Januari nanti, maka ada ruang bagi Zionis untuk menghancurkan Gaza dan menghapuskan Hamas?. Sekarang ini, Amerika lihat sahaja dari jauh apa yang Israel sedang kerjakan di Gaza.
Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membuat satu monumen As Sakhrah yang mana skalanya adalah 1.4 berbanding saiz sebenar Kubah As Sakhrah, di Taman Tamadun Islam. Sudah tentu kita kesulitan untuk pergi ke Kubah As Sakhrah di Palestin, tetapi As Sakhrah di Kuala Terengganu boleh dimasuki oleh pengunjung. Bagi yang mahu mengambil pengajaran dan iktibar, di Pulau Wan Man adalah tempat terbaik untuk dilawati. Tayangan video selama 6 minit berkaitan dengan As Sakhrah dan kekejaman Israel perlu ditonton oleh sebahagian besar kita. Orang-orang Islam tidak kira parti UMNO, PAS dan PKR perlu melihat dan masuk sendiri ke dalam As Sakhrah di Pulau Wan Man untuk menghayati sendiri suasanya. Usah membuat tafsiran dan andaian dari luar sahaja tentang Taman Tamadun Islam. Al Aqsa dari segi harafiahnya bermaksud "Masjid Terjauh". Pada 2 Oktober 1187, tentera Saladin telah mengambil kembali Jerusalem. Apakah umat Islam mampu bersatu atas semangat Saladin untuk mengambil kembali tanah-tanah Palestin?
Kadang-kadang kita tertanya mengapakah Taman Tamadun Islam yang menempatkan 21 monumen Islam ini dikatakan sebagai projek membazir kepada rakyat Terengganu? Ada yang sanggup mempotretkan kononnya di Masjid Kristal ada lembaga "syaitan". Kemudian membuat rumusan bahawa seluruh Taman Tamadun Islam tersebut sebagai membazir. Inilah sikap orang yang tidak mahu mengambil pengajaran dan belajar dari sejarah. Padahal ketika mereka diberi peluang memerintah, mereka gagal berbuat apa-apa pembangunan pun. Apa sahaja yang dibuat membazir, termasuklah pembinaan lapangan terbang baru di Kuala Terengganu yang boleh membuat penerbangan haji terus ke Jedddah. Setiap musim haji, umat Islam di Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak perlu pergi sampai ke Kuala Lumpur untuk menghantar dan menunggu kedatangan balik jemaah haji. Pergi ke Kuala Terengganu sahaja. Pada 10 Januari 2008, kerajaan negeri Perak sudah mula menggunakan Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi. Apakah ini sesuatu yang menguntungkan industri automobil negara?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





2 comments:
inilah kerja ameno..nak pertahan jugak projek membazir..bodoh punya ameno..bodoh punya penulis. Kau orang luar jangan sibuk campur tangan urusan orang ganu.
apa pon yg umno buat PAS&PKR akan bangkang. dah nama pembangkang nak buat macamana.
Tapi bagi aku la kalau nak jadi pembangkang, jadi la pembangkang yg ada otak, yg menggunakan otak yg Allah SWT kurniakan.
tak buleh nak tolong la puak2 ni ....
Post a Comment