(Gambar: Yusmadi Yusof bersama Anwar. Dulu Yusmadi adalah bekas Hubert H. Humphrey Fellow, Washington D.C. Sekarang Ahli Parlimen PKR di Balik Pulau, Pulau Pinang. Yusmadi pernah menjadi pembantu peribadi Anwar sebelum tugas itu diambil oleh Rahimi Osman, sepupu Saiful Bukhari).
(Gambar: Kedutaan Turki di Kuala Lumpur, tempat di mana Anwar Ibrahim lari bersembunyi pada 30 Jun 2008. Kononnya ada ugutan bunuh. Sampai hari ini, Anwar bebas ke mana-mana. Malah bebas berkempen hingga menang di Permatang Pauh. Tiada apa-apa pun. Kini, bermukim pula di Kuala Terengganu. Benarkah ada ugutan sebegitu? Atau hanya retorik sahaja untuk menagih simpati dan perhatian rakyat?)
“PKR memutuskan untuk ‘menyembunyikan’ penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya" berikut dakwa Syed Husin Ali ketika Anwar mula-mula bersembunyi di Kedutaan Turki. Akrabnya Anwar dengan Turki, seolah-olah Turki adalah pewarisnya di Malaysia. Hubungan akrab antara Anwar dan Perdana Menteri Turki memang tidak dapat disangkal lagi. Anwar pernah membawa bersama Dr Syed Azman Syed Nawawi (ADUN PAS Batu Buruk) ke Turki pada 2 hingga 5 April 2006, dalam satu program anjuran World Movement for Democracy (WMD) di Istanbul, Turki. Yusmadi Yusof, ketika masih menjadi pembantu Anwar di Amerika pernah menulis satu artikel membayangkan keakrabannya Anwar dan Turki itu.
(Wolfowitz sedang bermesyuarat dengan Shaul Mofaz, Timbalan Perdana Menteri Israel. Jika Anwar mahu selesaikan konflik Gaza, tidak bolehkah Anwar berulang-alik ke Washington DC untuk memujuk Wolfowitz supaya menasihati Olmert bagi menghentikan serangan ke atas Gaza?. Mahukah Anwar buat begitu? Dulu ketika belajar, Anwar buat demonstrasi kecam serangan Amerika terhadap Vietnam, mahukah sekarang Anwar mengecam dan membakar bendera Amerika Syarikat?)Yusmadi amat terharu, program anjuran Anwar dan kedutaan Turki turut dihadiri oleh Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia ketika itu. Tetapi apakah perkaitan antara Paul Wolfowitz dengan Anwar dan Kedutaan Turki, hingga memaksa 'orang kanan Bush' itu sanggup hadir sama? Wolfowitz mempunyai dua warganegara iaitu Israel dan Amerika Syarikat, serta berbangsa Yahudi. Perlukah kita berbangga kehadiran seorang Israel yang menjadi perancang perang Afghanistan dan Iraq? Taraf Wolfowitz sama dengan Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel yang merancang peperangan di Gaza. Malah Wolfowitz adalah mentor kepada Ehud Barak, Olmert dan Shaul Mofaz. Ketiga-tiga adalah perancang pembunuhan beramai-ramai orang awam di Gaza.
(Gambar: Begitu intim hubungan Anwar dengan Perdana Menteri Turki. Hinggakan Erdogan jika hendak melawat Amerika terpaksa melobi melalui Anwar terlebih dahulu. Anwar jadi penasihat Perdana Menteri Turki, apa yang boleh dan tidak boleh semasa berjumpa dengan Presiden Bush. Sebelum singgah di Turki dan kembali ke Kuala Terengganu baru-baru ini, Anwar sebelum itu berkelana sekali lagi ke Washington DC. Buat apa di sana? Melobi lagi?)Tulis Yusmadi lagi, "Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Amerika Syarikat bagi bertemu Presiden Bush. Datuk Seri Anwar juga membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Turki di dalam konflik Palestin dan Israel dan juga bagaimana masyarakat Islam boleh dijadikan rakan di dalam memperjuangkan kebebasan, keadilan dan demokrasi. Mesej itu bertepatan dengan pertemuan di antara Erdogan dan Presiden Bush yang akan berlangsung keesokkan harinya"
Tulisan Yusmadi ini membayangkan betapa rapatnya hubungan Anwar dengan Presiden Bush, hingga lawatan-lawatan dari negara luar, turut diketahui oleh Anwar. Bagaimana Anwar boleh tahu diari peribadi Bush? Begitu susahnya menemui Bush hingga Erdogan pun terpaksa melobi melalui Anwar dan Paul Wolfowitz terlebih dahulu. Yusmadi menjelaskan 'peranan Anwar', sebagai 'penasihat' kepada Perdana Menteri Erdogan untuk bercakap kepada Bush.
Anwar dijadikan orang tengah oleh Erdogan untuk berjumpa dengan Bush. Besar benar pengaruh Anwar. Pelobi orang-orang besar untuk berjumpa dengan Bush? Maka tidak hairanlah ada jurucakap dari White House membela Anwar di Malaysia ketika Anwar mahu dihadapkan atas tuduhan liwat. Anwar juga menganjurkan program sempena lawatan kerja Perdana Menteri Turki ke Amerika. Anwar mengaturkan perjumpaan dengan Bush secara percuma dan sukarela? Apakah Tayyip Erdogan tidak memberi sebarang imbuhan kepada Anwar untuk mengaturkan program berjumpa dengan Bush? Anwar seolah-olah menjadi event manager untuk sesiapa yang hendak jumpa Bush.
(Gambar: Apakah pertemuan Bush dan Erdogan ini diaturkan oleh program yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim?. Begitu istimewanya Anwar boleh mengaturkan program antara Istanbul dan Washington DC. Mengapa tidak aturkan sahaja pertemuan antara Bush, Olmert, Ismail Haniyeh dan Mahmoud Abbas untuk selesaikan konflik di Gaza? Atau Anwar sengaja berdiam diri? Bukankah Anwar salah seorang yang terlibat tandatangani Annapolis Summit, bagi pihak siapa Anwar tandatangan perjanjian itu? Atau memang Anwar juga bekerja sebagai pelobi dan broker untuk sesiapa bertemu dengan Bush?)
Wolfowitz sekarang berjawatan sebagai Visiting Scholar di American Enterprise Institute (AEI), Washington DC. AEI ialah tempat di mana berkumpulnya right wing think tanks kepada kumpulan neo-konservatif. AEI juga tempat terkumpulnya dana-dana perang neo-konservatif untuk meluaskan empayar demokrasi Amerika Syarikat. Kita diseru agar memboikot produk Amerika Syarikat, tetapi pernahkah kita sedar bahawa ada lagi "produk" Amerika yang perlu kita boikot? Apakah produk itu?
AZRINIZAM IBRAHIM





7 comments:
so what?
Apa Turki buat? Diam saja. Tak buat apa.
Salam...
Inilah sebenar talibarut Amerika dan Israel. Apakah tujuan Anwar ke Washington. Adakah untuk renew lesen baru sebagai talibarut Amerika dan Israel..besar betul pangkat Anwar sehingga boleh menjadi orang tengah pertemuan pemimpin Turki dan Amerika. Sebab itu lah Turki dan Amerika begitu menyayangi Anwar..Adakah ini ciri-ciri pemimpin yang kita mahu..tidak sama sekali..tidak Nuar, tidak...kamu jangan harap akan jadi PM Malaysia..dan tak dapat bayangkan apabila Anwar jadi PM Malaysia...adakah Malaysia bakal menjadi seperti Afganistan atau Iraq jika sikap bakal pemimpinnya adalah boneka Amerika dan Israel..Allah memberi kita akal untuk berfikir. Maka fikir-fikirkan lah..Ya Allah, lindungilah negara ini dari durjana yang bernama Anwar ini.
Salam perjuangan..
yusmadi tu budak hinguih lagi.. mai jumpa pakteh tengok.. kasi sekolah dulu sikit..
blog perkauman
Apa persoalan perkauman?? Ini soal kemerdekaan agama, bangsa dan tanahair!!!
Istanbul pernah dinobatkan sebagai pusat pemerintahan Islam moden yang paling kukuh melalui zaman Turki Uthmaniah. Selepas kejatuhan dinasti abbassiah, tentera islam berjaya merempuh memasuki Kota Constantinapole dan menukarkan nama ke Istanbul.
Kekuatan tentera islam berlegar-legar di sekitar laut hitam, terus ke Utara Eropah dan Siberia, Ke timur Jauh sehingga ke China dan Mongolia, dan pusat pemerintahan islam itu berkait pula dengan semua dinasti islam lain di India (Moghul), Siam (Patani Besar), Acheh dan Johor Riau...
Malangnya, pemerintahan khalifah ini lupus selepas perang kedua disebabkan oleh tindakan mensekularkan turki atau Attarturkisme...
Adakah Malaysia akan menjadi seperti sejarah ini???
Tepuk dada, tanyalah iman...
aje geli aku tgk anwar brahim ni..... arghhhhh tuihhh ....!!!
Post a Comment