Friday, January 9, 2009

Anwar Sanggup DiLudah


"Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," kata Anwar Ibrahim ketika berceramah di hadapan 100 orang pendengar di satu kawasan rumah pangsa, Jalan Bukit Kecil di Kuala Terengganu pada 8 Januari 2008.

Di hadapan 100 orang, Anwar berani cabar orang untuk meludahnya. Beranikah Anwar bercakap begitu di hadapan jumlah hadirin yang lebih ramai? Apakah nasib rakyat di Permatang Pauh cukup terbela sejak Anwar menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh 4 bulan yang lepas? Beranikah Anwar mencabar orang untuk meludahnya kerana berbohong untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September? Sekali lagi, Anwar datang ke Kuala Terengganu untuk berjanji dan terus berjanji. Meletakkan "ludah" sebagai pertaruhan andainya janji tidak ditepati.

Anwar menyatakan dalam ceramah pada malam 6 Januari 2008 di Kuala Terengganu bahawa dia baru sahaja pulang dari Turki dan terus ke Kuala Terengganu. Kerap benar Anwar berulang alik ke Turki. Bersembunyi dari liwat pun di kedutaan Turki. Tayyip Erdogan adalah Perdana Menteri Turki. Apakah Anwar pergi membela kebajikan rakyat di Turki? Atau merancang sesuatu dari Turki, hinggakan kumpulan Anwar Ibrahim dalam PAS pun sudah digelarkan sebagai "team Erdogan", mengambil sempena nama Perdana Menteri Turki yang kerap ditemui oleh Anwar Ibrahim. Bukankah Turki, sebuah negara sekular? Anwar mahu mengambil model Turki dalam Pakatan Rakyat? Bolehkah Turki melawan cakap Amerika Syarikat dalam isu Palestin?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

7 comments:

Anonymous said...

ada sesiapa yang berkahak nak ludah Anwar??? Jangan marah ya kalau kena ludah..anda sendiri yang bagi permit untuk org ludah

Darul Iskandar said...

Hakkkkkkkkk.....ttttuuuuuuuuihhhhhhhh!!!!!!

Anonymous said...

bukan kata ludah patut di lempar taik pada muka dia ni. yg dia tau cuma bohong, bohong, bohong.

tapi ramai yg tepuk tangan walau pun kena tipu, kena bohong .... pelik , pelik.....

heh.....

Anonymous said...

Untung jadi bang nuar .....ckp bohong , liwat org, aniaya kawan... tapi ramai yg masih sokong.

tak pa la bang nuar, teruskan la kelentongan bang nuar, selagi org sokonggg.....cam tu la politik, sok lusa org dah tak nak dengar....dah tak guna, btul takkk...??

teringat aku kat ketua kg aku, ckp cam nak terkeluar bijik mata, serius bukan main, ikhlas, tak lokek kederat, suka tolong org, tapi bila ckp ....dua tiga org je dengar...... hehe

Anonymous said...

Malaysia pun negara sekular juga, tak de bezanya dgn Turki.

voy said...

aar macam2 la anuar nih, aku tade la nak sokong mane2 pihak, tapi fact is fact, jgn ckp byk kalo tak mampu buat... prove it and make sure it success baru la orang akan percaya kat kite. any way, watch your word incik anuar nnt takot temakan balik ludah, ludah sendiri tape jgn ludah yg di beri permit tu, haa kan parah nnt.

Waris Pahang said...

Anwar pilih ludah

Sila baca di :
http://warisanpahang.blogspot.com/