Friday, January 2, 2009

Adibah Ahmed Pula Buat Blog Hina Nabi, Sila Flag.

Sesudah tertutupnya satu blog menghina nabi menggunakan nama "Adibah Ahmad", kini muncul pula satu lagi blog yang menggunakan nama "Adibah Ahmed" yang turut menghina Nabi Muhammad SAW. Nama yang seakan sama. Blog ini hanya ada satu entri bertajuk "muhammad (pbuh) - truth about our-prophet.". yang dipost pada 27 Disember 2008. Tidak pasti apakah motif sebenar blog beralamat "adibahahmed.blogspot.com" ini diwujudkan. Apakah bersikap sengaja mahu mencabar kesabaran umat Islam? Pihak berkuasa harus mengambil langkah segera untuk menyelesaikan kes blog-blog yang menghina nabi ini. Jika dibiarkan akan lebih banyak lagi blog sebegini wujud selepas ini. Mereka berani buat kerana mereka tahu mereka boleh terlepas begitu sahaja. Sesuatu tindakan perlu dibuat segera. Dalang di sebalik pembikinan blog ini harus dicari. Kita harus flag blog ini beramai-ramai. Moga usaha ini dirahmati Allah SWT.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

4 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Sokong !!

Mari kita Flag demi menghapuskan penghina nabi Besar Kita Saidina Muhammad s.a.w....

Takbirr !!

Sedingin Salju said...

Suatu undang-undang perlu diwujudkan untuk mengatasi semua ini.l

rokbelukar said...

Penulis tu jenis lempar batu sembunyi tangan.

VOY said...

sanggup mereka2 nih buat macam ni terhadap Nabi kita, itu pon kalo mmg sahih die yg buat, tp aku sbg muslim sendiri kecewa sbb ade gak meraka2 yg tak bole berfikir secara logik dan secara islam slame hidup sbg islam....