(Gambar: Calon BN di Kuala Terengganu). BN boleh menang di Kuala Terengganu, usaha yang perlu dilakukan ialah mendekati semua orang di Kuala Terengganu. Tidak kira pengundi itu parti apa pun. Perdampingan dan cara mendekati perlu dipelbagaikan untuk kemenangan. Undi kepada PAS sudah tentu tidak akan berganjak. Biar apa pun isunya PAS akan dapat undi yang sama. Mengapa jadi begitu?
Ini kerana, PAS sudah taksub dengan pesanan Tok Guru. Jika Tok Guru kata "A" maka "A" lah jawapannya, tidak ada "B" atau "C" lagi. Dalam isu kandang babi, tulisan jawi, kurangkan azan, ketuanan Melayu dan soal berkaitan bangsa Melayu dan Islam, PAS dilihat seolah berdiam diri membiarkan sahaja DAP bermaharajalela. Biarpun ada ahli PAS yang sudah percaya bahawa sesuatu itu adalah "B" tetapi jika Tok Guru kata "A", maka angguklah mereka mengiyakan cakap Tok Guru. Mahukah taksub sebegitu lagi?.
(Gambar: PAS hanya parti kuasai Kedah dan Kelantan sahaja. Di Perak, PAS hanya jadi mengikut cakap DAP). Dari mana datangnya undi untuk kemenangan PAS? Mereka mengharapkan undi protes dari orang-orang BN. Pemimpin-pemimpin cawangan UMNO yang tidak berpuashati dengan pemilihan baru-baru ini perlu dikenalpasti dan dipujuk kembali. Begitu juga dengan pengundi bukan Melayu yang banyak "keliru" dengan perkongsian BN. Dua kelompok ini perlu didampingi dan dineutralkan kembali. Jika tidak, undi mereka akan lari kepada PAS.
Sebenarnya PAS hidup dengan isu, sensitiviti dan emosi. Orang BN tidak akan berjaya menyampaikan sesuatu input jika telinga pengundi sudah tertutup dengan mainan emosi PAS. Untuk itu, BN perlu melakukan sesuatu yang lebih advance daripada sekadar bancian sikap, rumah ke rumah dan ceramah. Sesuatu yang BN tertinggal ialah perdampingan dari telefon ke telefon melalui SMS, dari komputer ke komputer menerusi blog dan dari isu kepada penjelasan sebenar. Jika isu yang berada dalam kepala pengundi gagal dirungkaikan, berilah apa pun mereka akan ambil, cakaplah apa pun mereka akan reject kerana isu tersebut sudah ditanam dalam-dalam di kepala mereka. Cabut isu tersebut dan berdebatlah secara berhikmah dengan mereka. BN boleh menang dengan syarat usaha dan jangan cepat sangat over confident dan kena low profile.
Jika PAS menang maka bersoraklah Anwar, Kit Siang dan Karpal dalam parlimen meraikan kehadiran seorang lagi ahli baru dalam parlimen. Menang pun ianya tidak akan merubah kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat. PAS tetap jadi parti nombor tiga dalam Pakatan Rakyat selepas PKR dan DAP. Berbeza dengan BN yang mana terasnya adalah UMNO. Sampai bila orang PAS tidak mahu buka mata dan menerima realiti ini?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)