
Pada Hari Raya Aidilfitri ke-2, sekumpulan penyokong Hindraf telah bertindak menyerahkan patung beruang dan kad hari raya semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota kabinet. Kad raya yang diserahkan meminta Perdana Menteri membebaskan beberapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA. Mengapa semasa Hari Raya Aidilfitri pun Hindraf datang dengan cara yang kurang ajar begini?
“Mesej kami ialah kami mahukan hero-hero kami dibebaskan. Ini adalah rumah terbuka dan kami boleh datang, jika kami mahu. Semasa hari raya ini, kita sepatutnya bermaaf-maafan. Jadi, kami memaafkan dosa-dosa UMNO terhadap komuniti India. Kami hanya mahu tahanan Hindraf dibebaskan,” kata K. Shanti (isteri kepada Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy). Untuk pengetahuan Hindraf, Aidilfitri bukan hanya disambut oleh UMNO sahaja. Ianya hari kebesaran umat Islam tidak kira apa juga parti. Belajarlah menghormati hari kebesaran umat Islam. Kalau hendak jadi hero sekalipun, biarlah bertempat dan beradab.
Tindakan kurang ajar Hindraf ini jelas tidak mencerminkan semangat perpaduan dan hormat menghormati. Semasa jamuan Hari Raya Aidilfitiri, Hindraf masih lagi datang dengan sentimen ISA dan bertindak kurang ajar memotong barisan tetamu lain. Dalam PRU12, dosa dosa Hindraf yang kurang ajar telah menjatuhkan pemimpin mereka sendiri dari kerusi menteri. Yang tinggal sekarang hanyalah timbalan menteri sahaja untuk kaum mereka. Jika terus kurang ajar begini, apa pun mereka tidak akan dapat kecuali hanya tertipu dengan janji janji manis Anwar Ibrahim. Dulu janji tidak mahu roboh kuil, sekarang apa dah jadi di Selangor? Mengapa tidak serah patung beruang pada Khalid Ibrahim sama?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)