Sunday, August 31, 2008

Inilah Tanahair Kita

Inilah tempat tumpah darah kita. Tanahair kita. Sebuah negara yang bernama Malaysia. Usia kemerdekaannya baru 51 tahun. Tanah ini pernah dijajah 446 lamanya oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Pernah juga terima ancaman dari Bintang Tiga. Akhirnya kita merdeka sebagai sebuah negara yang berdaulat. Daripada sebuah negara pertanian dan kurang dikenali di peringkat antarabangsa, Malaysia sekarang mempunyai reputasi yang tersendiri di mata dunia. Dalam dunia Islam, Malaysia adalah antara sebuah negara contoh ketika negara-negara Islam lain di ambang konflik, peperangan dan permasalahan politik. Sebuah negara Islam yang dianggap kuat seperti Iraq dan Iran, sekarang di ambang konflik. Negara yang kaya dengan minyak di Timur Tengah, kebanyakannya sudah pun dikuasai secara tidak langsung oleh barat. Negara yang ramai umat Islam di Indonesia dan Bangladesh, sedang diserang dengan krisis ekonomi. Jadi jika diberikan peta dunia kepada anda. Kemudian, sila tunjuk mana negara Islam yang aman, kuat dan kondusif untuk didiami, apakah negara tersebut?
Di Malaysia, jika kita tidak puas hati kepada sesuatu maka pilihlah seorang wakil untuk suarakan hak kita itu ke Parlimen. Semuanya akan dibahas dan dibincang secara tuntas di Parlimen. Inilah medan untuk suara rakyat diperbahaskan. Jangan jadikan medan lain sebagai wadah. Inilah tempat yang sah, cara yang sah dan diberi mandat oleh rakyat. Gunakanlah demokrasi ini dengan cara yang betul. Salam Merdeka.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Saturday, August 30, 2008

Merdeka Merdeka Merdeka

(Gambar: Logo kemerdekaan ini telah diterjemahkan dengan cara lain oleh blogger yang tidak bertanggungjawab). Malam ini malam merdeka. Ramai antara kita meraikannya dengan gaya mereka yang tersendiri. Meraikan kerana negara kita bebas dari penjajah hanya kira kira 51 tahun yang lepas. Jika dibandingkan dengan tahun kita dijajah, jumlahnya lebih besar iaitu sejumlah 446 tahun lamanya. Generasi muda yang melaungkan takbir merdeka pertama bersama Tunku Abdul Rahman kini sudah di ambang usia senja. Siapa lagi yang akan meneruskan usaha mempertahankan negara ini? Mencapai merdeka sudah dilakukan, kerja yang perlu diteruskan sekarang ialah mempertahankan kemerdekaan. Usaha ini mesti diteruskan oleh generasi muda sekarang. Ada yang sanggup?

Tanpa mengira apa juga baju politik yang dipakai, seseorang itu harus cinta dan patriotik kepada negaranya. Kita tidak mahu ada antara warganegara Malaysia yang sanggup menterbalikkan bendera Malaysia sebagai simbolik menyambut kemerdekaan. Ada seorang penyokong fanatik pembangkang menyatakan bahawa dia menterbalikan bendera tersebut kerana katanya warna "biru" yang melambangkan perpaduan sudah tiada lagi di negara ini. Dia begitu marah pada kerajaan dan UMNO. Sebagai balasan kepada itu, dia menterbalikkan bendera Malaysia. Tindakan brader tersebut memang kurang wajar. Tetapi siapakah yang mengajar dan mengesyorkan agar bendera Malaysia diterbalikkan?
(Gambar: Salah sebuah rumah yang menggantung bendera Malaysia secara terbalik. Tindakan kurang ajar ini seolah dihalalkan oleh pembangkang). Inilah masalahnya bila mencampur adukan emosi pada tempat yang tidak sepatutnya. Malaysia malang jika memiliki generasi muda yang pengecut dan tidak ada identiti diri seperti yang selalu datang menziarahi ruangan komen di sini. Mereka gagal membezakan antara yang batil dan hak. Semuanya dikatakan fitnah dan karut. Menggunakan kata kesat dan carut sebagai balasan hujah. Inikah budaya yang hendak diwarisi pada era merdeka ini?

Ektrems dan perasaan taksub yang teramat sangat menjadikan kebatilan ditelan sebagai perkara yang benar. Hinggakan bila bendera diterbalikkan pun, tidak ada seorang anak jantan dari pembangkang yang berani melarang apa yang telah dilakukan oleh ahli ahli mereka. Mungkin mereka ini sengaja dan suka melihat bendera negara diterbalikan. Jika negara ini digadai dan dijajah secara tidak langsung sekali lagi pun mereka tidak kisah. Tahun lepas, Namewee hina lagu Negaraku. Bendera dibakar di Batu Buruk Terengganu, kini bendera pula ditebalikkan. Esok lusa apa lagi hendak dibuatnya.

Moga moga sikap sebegini ditinggalkan oleh mereka-mereka yang berkenaan, kerana perjuangan mempertahankan negara ini masih jauh dan berliku. Ianya perlukan pengorbanan bukan hanya meminta sesuatu untuk memuaskan kehendak diri sendiri semata mata. Jika ada titik pertemuan dan muafakat, maka teruskanlah bermuzakarah demi kebaikan ummah. Terima kasih ke atas pejuang-pejuang negara yang terdahulu. Keringat dan nyawa mereka korbankan untuk kemerdekaan hari ini. Al-Fatihah untuk mereka. Amin.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Friday, August 29, 2008

Beza Antara Pakatan Rakyat dan BN

(Gambar: Ini logo Barisan Nasional, mana dia logo Pakatan Rakyat?). Ada beberapa perbezaan antara BN dan PR. Yang ketara, gabungan BN adalah terdiri daripada 14 parti komponen yang diterajui oleh UMNO sebagai parti teras dan disokong kuat oleh sub parti yang besar seperti MCA, MIC dan Gerakan. BN punyai satu logo iaitu lambang dacing. Di mana logo Pakatan Rakyat? Selepas sahaja menang di lima negeri pada 8 Mac 2008, Barisan Alternatif diberi nama baru dengan jolokan Pakatan Rakyat.

Namun hingga ke hari ini, belum ada lagi logo rasmi Pakatan Rakyat. PKR, PAS dan DAP hanya bergabung secara ad-hoc pada sesuatu masa dan boleh berubah rubah mengikut tempat. Gabungan sebegini tidak menjamin kestabilan dalam berpolitik. Banyak pertikaian sudah berlaku dalam Pakatan Rakyat sendiri apabila Haji Hadi dan Anwar Ibrahim masing masing mempunyai cita cita yang sama iaitu hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Malah pada suatu ketika, Haji Hadi mempersoalkan Anwar sebagai Ketua Pakatan Rakyat. Malah Haji Hadi meminta jaminan agar negara Islam dijadikan sebagai teras negara Pakatan Rakyat tetapi ditolak oleh DAP. Di manakah persepakatan?

(Gambar: Sudah sah Anwar ialah Ketua Pembangkang dalam Parlimen, tetapi siapakah Ketua Pakatan Rakyat sebenar? Siapa Timbalan dan siapa Setiausaha?). Berbanding perkongsian kuasa yang sedia ada dalam BN, sistem yang ada dalam Pakatan Rakyat agak rapuh dan belum tentu bertahan untuk berapa lama. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa PAS dipinggirkan sebagai Exco di Penang dan ada pula Perjanjian Pangkor 2 sebagai syarat kepada Menteri Besar dari PAS di Perak. Kelonggaran sistem dan struktur parti dalam Pakataan Rakyat tidak diberi perhatian serius oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Usaha memperbaikinya tidak ada. Usaha menegur ketelanjuran sikap dan tindakan pun tidak ada. Membiarkan sahaja Teresa Kok, Xavier Jayakumar dan Karpal dengan berbagai bagai cadangan dan tindakan yang tidak menguntungkan Islam. Mereka lebih sibuk mencari isu dan meraih simpati dari rakyat untuk menjadikan parti mereka popular dari segi memperjuangkan isu rakyat kononnya. Adakah Pakatan Rakyat sudah didaftarkan sebagai parti yang sah?. Bagaimana parti yang belum didaftarkan menerajui lima buah negeri? Tentu kelam kabut jadinya. Perkara ini sudah pun berlaku.

Berbanding sistem perkongsian kuasa yang sedia ada dalam BN. Ada jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha BN mengikut perlembagaan yang sedia ada. Stuktur yang sama diguna pakai untuk sayap pemuda BN. Dalam Pakatan Rakyat, tidak ada perkara sebegini. Malah PKR, PAS dan DAP sendiri tidak mempunyai struktur parti yang kemas di peringkat bawahan dan lapis bawah masyarakat. PKR dan DAP lebih kepada keutamaan ahli keluarga untuk menerajui parti.

(Gambar: Sekarang wujud pula kumpulan Erdagon dalam PAS yang dikatakan diketuai oleh Husam Musa, yang pro pada Anwar. Inilah masalahnya bila ada "dua baju". Saifuddin yang ahli PAS tetapi ada jawatan dalam PKR, sebagai Pengarah Strategi PKR. Apakah Husam juga ada "unofficial post" dalam PKR?). PKR dan DAP tiada cawangan yang teratur dan organisasi cawangan yang menyeluruh. Senang untuk mentadbir tanpa cawangan di peringkat bawahan kerana kurang isu organisasi dan tidak nampak di mana kelemahan yang boleh dicari. Bagi BN, bila berlaku perebutan dan sikap memenuhi kehendak peribadi yang berlebihan di peringkat bawahan, ini menyebabkan ahli-ahli mula fed-up dengan sistem yang sedia ada. Maka jalan keluar kepada itu ialah dengan menyertai mereka yang glamour dengan isu iaitu PKR, DAP atau PAS. Sistem tidak bersalah tetapi orang yang mengendalikan yang harus diperbetulkan. Untuk betulkan sistem, harus masuk dalam sistem bukan terus menerus menyalahkan sistem.

(Gambar: Hingga kini aktiviti utama pembangkang masih lagi membangkang dan protes. Tiada lagi aktiviti yang konstruktif dan benar-benar menguntungkan semua pihak). Apa sahaja yang tidak kena, maka komen dan rungutan akan keluar menyalahkan pentadbir yang sedia ada. Jarang berlaku orang yang bising dengan sesuatu isu mengambil inisiatif sendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Mereka lebih suka membiarkan ianya menjadi sebegitu, agar perjuangan parti mereka nampak popular. Persoalannya apakah atas kapasiti sebagai pentabdir kerajaan negeri, pihak terbabit masih lagi mahu menyalahkan kerajaan Pusat?

(Gambar: Sistem politik berstuktur cara Perikatan telah membawa ke arah kemerdekaan. Pihak luar yakin kita mampu mentadbir sendiri negara ini dengan sistem kita sendiri). Hari ulangtahun kemerdekaan yang ke-51 kian hampir. Kita harus ingat bahawa kemerdekaan ini dicapai kerana sistem politik yang kukuh bukan dibina dari gabungan yang rapuh. Dahulu, penjajah mahukan Malayan Union untuk negara kita, tetapi tidak tercapai. Komunis pernah mencuba mengambil alih negara, tetapi tidak berjaya. Ada juga gagasan Melayu Raya untuk menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia, tetapi gagal. Yang berjaya ialah cara demokrasi melalui sistem parti politik.

Kini, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah dua gabungan yang ada dalam sistem demokrasi Malaysia. Namun Pakatan Rakyat masih lagi gabungan longgar kerana belum lagi didaftarkan sebagai parti. Oleh itu, sebelum bercita cita memimpin Malaysia, Pakatan Rakyat harus memperkemaskan dahulu sistem dirinya sendiri. Dalam Fasal berapakah akan dimasukan kepentingan tentang orang orang Melayu? Atau tiada langsung? Jika perkara ini belum dibuat, rakyat perlu memilih pakatan yang stabil dari segi perkongsian kuasa iaitu Barisan Nasional. Tidak boleh mengharap cara lompat untuk mentadbir negara.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Thursday, August 28, 2008

Ketua Pembangkang Baru

(Gambar: Anwar Ibrahim bersama isterinya, Wan Azizah dalam Parlimen). Selepas 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke Dewan Rakyat, Anwar Ibrahim pada jam 10.05 pagi tadi, secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu duduk di kerusi yang bertentangan dengan Perdana Menteri dalam Parlimen. Inilah manifestasi demokrasi. Jika ada sebarang isu dan tidak puas hati luahkan sahaja dalam Parlimen. Usah gunakan lagi platform ceramah atau rostrum di peringkat antarabangsa untuk menghentam kerajaan yang ada. Jika sebelum ini Anwar berada di luar gelanggang, kini Anwar sudah pun berada dalam gelanggang.
Sebagai salah seorang political strategis yang pernah berguru dengan Wolfowitz (Bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, lulusan Antropologi & Sosiologi), Anwar masih dengan agendanya untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September nanti. Mengapa 16 September, bukan pada 31 Ogos atau 30 September? Sebenarnya Anwar sedang mislead rakyat untuk melihat pada impian sebuah kerajaan baru Pakatan Rakyat pada 16 September nanti. Harapan diada-adakan untuk menarik perhatian. Itu tidak semestinya menjadi target utama Anwar, tentunya ada impian lain di sebalik tarikh tersebut. Mungkin plan B atau C yang dirancangnya bersama Saifuddin Nasuiton dan Johari Abdul.

Dalam sains politik, taktikal sebegini disebut sebagai circulate ideas as rumors to gauge reaction. Anwar pernah menyebut akan bertanding di Kulim, Kuala Kangsar, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak, akhirnya lawan di Permatang Pauh. Anwar juga pernah sebut dia menerima ancaman bunuh, diracun arsenik, dikasari polis dan pelbagai lagi. Mengapa Anwar menyatakan perkara-perkara demikian? Tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk mendapat perhatian dan simpati dari rakyat.

(Gambar: Wolfowitz adalah stategis perang Iraq dan Afghanistan. Anwar pula adalah Penasihat Bank Dunia ketika Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia. Saling menasihati antara satu sama lain). Strategi yang sama diguna pakai semasa berdebat dengan Menteri Penerangan dan digunakan sekali lagi dalam banner dan sign board di Permatang Pauh dengan slogan "Merdekakan Rakyat". Apa yang perlu, rakyat harus sedar bahawa Anwar sedang mislead isu dan perhatian ke arah lain, bila rakyat dan media hilang fokus dan masuk dalam lorong isu yang dicipta Anwar, maka senanglah Anwar mencapai cita-citanya. Hati hati dengan muslihat pembangkang. Biar patah sayap, kubertongkatkan paruh. Namun gunung kudaki, kudaki juga.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Wednesday, August 27, 2008

Mitos Kerajaan Pakatan Rakyat

Kenyataan BBC News yang melaporkan tentang kemenangan Anwar di Permatang Pauh. Dalam kenyataan tersebut, BBC menyatakan ada seruan jihad untuk menentang calon Pakatan Rakyat tersebut. Kepada siapakah artikel BBC ini ditulis? Jika pembaca tersebut membacanya, apakah tafsiran mereka terhadap perkataan jihad tersebut? Inilah adu domba orang luar untuk laga lagakan orang Islam di Malaysia, kononnya melawan satu pihak lain dianggap sebagai jihad. Barat tidak akan melaporkan bahawa demokrasi masih lagi wujud di Malaysia. Barat lebih berminat melaporkan dan membesarkan cerita untuk menambahkan konflik sesama orang Islam.
Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri kerana tiada ahli parlimen BN yang akan lompat parti. "Dia (Anwar) fikir bahawa dia boleh beli mereka (Ahli Parlimen BN), tetapi dia mesti ingat ada orang lain boleh menawarkan harga lebih tinggi,'' kata Tun Dr Mahathir. Ini bermakna, Anwar mengimpikan sebuah kerajaan yang dibentuk melalui "jalan belakang". Melalui rasuah politik iaitu sogokan wang dan tawaran jawatan agar ahli ahli parlimen melompat. Sedangkan semasa berkempen di Permatang Pauh, soal rasuah dan ketirisan berbuih diperkatakan kepada orang lain. Untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat, rasuah seolah olah dihalalkan untuk mencapai matlamat tersebut. Demokrasi masih lagi segar di Malaysia. Mengapa perlu dikorbankan demokrasi untuk mencapai cita cita peribadi dalam masa yang singkat? Yang perlu menjadi prioriti adalah berkhidmat dan menunaikan janji-janji yang telah ditabur kepada rakyat bukannya mengejar mitos kerajaan Pakatan Rakyat.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Menang Di Gelanggang Sendiri

(Gambar: Apakah kemenangan ini membuatkan DAP menjadi lebih kuat lagi di Pulau Pinang?). Pada jam 10.02 malam, 26 Ogos diumumkan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Anwar mendapat 31,195 undi. Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 15,524 undi dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat mendapat 92 undi. Pak Sheikh menang di gelanggang sendiri. Tahniah untuk Pak Sheikh. Faktor utama menang ialah kerana ramai pengikut tegar Pak Sheikh di sana. Kata apa pun mereka akan ikut.
Anwar khabarnya telah mengetuai Pakatan Rakyat secara tidak rasminya setelah memenangi kerusi P44 di Permatang Pauh. Apakah selepas ini Anwar akan menjanjikan sesuatu yang lebih manis kepada DAP sebagai balasan kejayaan di Permatang Pauh? Anwar pernah berjanji akan memberi kerusi Timbalan Perdana Menteri 1 dan Timbalan Perdana Menteri 2 kepada orang Cina dan India, apakah perkara ini akan ditunaikan nanti? Dalam pada itu, ahli ahli UMNO sendiri harus bermuhasabah dengan apa yang telah berlaku di Permatang Pauh. Signal jelas menunjukan jika berlaku perpecahan yang besar dalam UMNO, maka rakyat akan mulai lari dari parti. Pemilihan atau pemulihan parti yang perlu diutamakan oleh ahli ahli UMNO di pelbagai peringkat?

"Anwar says that if he wins power he will sweep away economic and social privileges for ethnic Malays in education and the civil service, policies that he endorsed when in power, but which he now says have damaged the economy and the people they were supposed to help." by Jalil Hamid, Washington Post, 26 Ogos, 11.26 am. Berikut adalah kenyataan Anwar yang dipetik dalam Washington Post berkaitan dengan cita citanya jika mendapat kuasa yang lebih besar iaitu menjadi orang nombor satu Malaysia. Washington Post pernah meramalkan Anwar akan jadi Perdana Menteri Malaysia selepas keputusan pilihan raya umum yang lepas. Kini selepas sejam keputusan diumumkan, Washington Post sekali lagi memberikan highlight kemenangan Anwar. Perhatikan baik baik satu persatu ayat-ayat Anwar terbabit. Social privileges adakah merujuk kepada DEB dan hak istimewa orang Melayu?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Tuesday, August 26, 2008

Mendoakan Kemusnahan Jadi Bahan Kempen

(Gambar: Wan Azizah terpaksa melepaskan parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding. Di wajah Wan Azizah tersembunyi seribu satu persoalan. Apakah pengorbanan ini demi anak-anaknya, terutamanya Ehsan?). Pada malam 25 Ogos, satu majlis solat munajat meminta kemenangan Anwar Ibrahim diadakan di Masjid Bandar Baru. Dalam majlis tersebut doa dibacakan untuk meminta ‘dimusnahkan’ Timbalan Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan pengadu kes liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Doa yang dibacakan selepas solat Maghrib itu antara lain berbunyi: ‘‘Ya Allah... musnahkan Mohd. Saiful... (Tan Sri) Musa Hassan... (Tan Sri) Gani Patail... (Datuk Seri) Najib...” Inikah cara yang dianjurkan oleh Islam? Tiada sesiapa pemimpin atau ahli PKR yang tegur dan melarang? Jika ditanyakan perkara ini kepada mereka, pastinya mereka akan mencari alasan lain untuk menghalalkan perbuatan sebegini. Mungkin Nik Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan majlis tersebut. Oleh itu beliau hanya datang selepas selesai sahaja solat Isya'k diadakan. PAS hanya digunakan semasa pilihan raya sahaja. Lepas habis semuanya, PAS akan melepas lagi.
(Gambar: Di antara ketiga tiga calon ini. Salah seorang bakal bergelar ahli parlimen yang baru untuk Permatang Pauh. Menjanjikan sesuatu menang cukup manis, namun menunaikan sesuatu memerlukan pengorbanan yang lebih besar lagi). Yang menyedihkan pada tengahari tadi, seorang warga emas ditolak hingga tersembam ke tanah oleh salah seorang penyokong PKR. Apakah dosa makcik tersebut hinggakan diperlakukan sedemikian rupa? Dia hanya mahu menunaikan haknya sebagai pengundi tetapi mengapa dihalang dan ditolak. Inikah demokrasi yang dilaung-laungkan oleh rata rata ahli PKR?

Jika menang atau kalah calon PKR di Permatang Pauh, satu sejarah akan tercatat di Permatang Pauh. Sejarah tersebut ialah kempen habis habisan oleh PKR dari segi bahan psywar. Dari risalah, sign board besi, banner, sticker kereta, topeng muka Anwar Ibrahim, jemputan wartawan luar, mercedez kepunyaan ayah Anwar, belon udara, kumpulan bermotor, kumpulan puteri Sri Mawar termasuklah kehadiran Gus Dur dan Estrada dalam kempen pilihan raya di Malaysia. Bayangkan berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk pilihan raya kecil ini? Sedangkan Anwar sendiri mengakui bahawa dia sendiri tidak mampu memberikan air kosong kepada mereka yang datang ke ceramahnya ketika berkempen. Begitu banyak sekali perbelanjaan yang dikeluarkan, dari mana sumbernya?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Monday, August 25, 2008

Jangan Biarkan Nasi Menjadi Bubur

(Gambar: Bila nak ubah memang senang, tetapi bila sudah menjadi bubur baru rasa nak menyesal?). Menurut laporan Utusan Online, 12.45pm, seorang perayu undi Barisan Nasional (BN) telah diugut bunuh oleh sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika mengedarkan risalah dan cakera padat (CD) di pasar Seberang Jaya berhampiran rumah calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah. Dalam kejadian pada jam 10 pagi tadi, para penyokong parti tersebut turut mengambil gambar kereta milik mangsa, Aisyah Hussin, 43, merampas CD dan risalah serta mengepung peraih-peraih undi yang lain. Aisyah kemudian membuat laporan polis di ibu pejabat polis (IPD) Seberang Perai Tengah di sini kira-kira pukul 12 tengah hari tadi. Setelah melakukan tindakan agresif dan provokatif kepada para penyokong BN ketika hari penamaan calon, PKR nampaknya terus menerus menakutkan para pengundi dengan mencetuskan lagi kejadian ganas.
(Gambar: Tengoklah betapa gembiranya Karpal Singh. Dia akan lagi gembira jika orang Melayu Pulau Pinang membantu menambahkan lagi kemenangan DAP di Penang. Dari Permatang Pauh ke PWTC, inilah cita cita Karpal sebenarnya). Peristiwa di Lunas akan berulang kembali di Permatang Pauh. Di Lunas, pengundi ditakutkan dengan tindakan agresif penyokong penyokong PKR yang membuat kecoh di kiri dan kanan jalan. Malah bas ditahan kononnya ada pengundi hantu, tetapi tujuan sebenarnya bas ditahan adalah untuk menjadikan jalan sesak dan tidak membolehkan pengundi keluar mengundi. Taktik yang sama dijangka akan diulang di P44 esok. Keluarlah mengundi beramai-ramai untuk memilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat untuk rakyat. Bukannya yang hanya mahu mencapai cita cita peribadi semata mata. Demi cita cita peribadi untuk berada di tampuk teratas kuasa, Anwar menggunakan segala macam isu sebagai kenderaan untuk ke kerusi nombor satu.

(Gambar: Hanya kerana cita cita peribadi, Anwar sanggup gadaikan kepentingan orang Melayu bila mahu beri kerusi TPM kepada bangsa lain. Di manakah anaknya Ehsan di hari hari terakhir kempen Anwar? Apakah dia tidak membantu kerana bapanya enggan bersumpah?). Hakikatnya, Anwar hanya mahu mencapai cita cita peribadi yang tertangguh pada 1998 dulu. Demi matlamat tersebut, isterinya terpaksa berkorban demi memenuhi kemahuan peribadi suami untuk berkuasa. Permatang Pauh juga adalah medan terbaik orang Melayu untuk mengajar DAP di Pulau Pinang. Jangan menyesal di kemudian hari. Bila nasi sudah menjadi bubur, semuanya sudah tidak berguna lagi. Baru sebentar tadi, ada perkhabaran mengatakan YB Zulkefli Nordin (Ahli Parlimen PKR, Kulim Bandar Bharu) telah umum mahu keluar dari PKR. Bagaimana Anwar hendak jadi Perdana Menteri jika ahli parlimen PKR sendiri yang mahu lompat parti. Ini petanda penolakan orang orang PKR pada Anwar, anda sebagai pengundi bila lagi?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Anwar Ikut Kehendak Amerika?

Steve Clemons (Director, New America American Strategy Program) menyatakan dalam Washington Note bahawa Anwar Ibrahim turut sama menandatandangi deklarasi “Annapolis Summit” yang menyatakan sokongan kepada Presiden Bush untuk membentuk sebuah kerajaan boneka di Palestin. Ini salah satu contoh mengapa Anwar dikatakan mengikut kehendak Amerika. Selain campurtangan Condoleeza Rice, Al Gore, Madeline Albright, Tom Casey dan Sean McCormack dalam urusan perundangan negara pada 1998 dan 2008, persetujuan Anwar dalam Annapolis Summit menyerlahkan lagi hubungan rapat tersebut. Annapolis Summit dihantar kepada Bush pada 10 Oktober 2007 sebagai tanda persetujuan langkah Amerika Syarikat mengadakan Deklarasi Annapolis Summit antara Palestin dan Israel. (Gambar: Ehud Olmert, Bush dan Mahmoud Abbas. Apakah Mahmoud Abbas hanya dijadikan pemimpin boneka Bush untuk melaga lagakan Hamas dan Fatah di Palestin). The New America Foundation, International Crisis Group (ICG) dan US/Middle East Project telah memulakan usaha untuk menyiapkan draf dan surat awal kepada Presiden Bush berkaitan dengan Deklarasi Annapolis Summit beberapa minggu sebelum Oktober 2007. Anwar adalah antara ahli dalam ICG.

(Gambar: Gus Dur dan Anwar bertemu dengan Wolfowitz di Jerman pada Oktober 2004. Kini Gus Dur datang membantu kempen Anwar di Permatang Pauh, ada apa-apa deklarasikah antara Wolfowitz, Anwar dan Gus Dur di Jerman?). Deklarasi yang diluluskan oleh Presiden Bush dan Ehud Olmert (Perdana Menteri Israel) ini bersetuju untuk melantik Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin yang sah dan diiktiraf oleh Israel. Siapa Amerika untuk lantik Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin? Inilah punca sebenar pertelagahan antara Hamas dan Fatah. Apakah cara lantikan Presiden mengikut telunjuk dan cakap Bush ini satu cara demokrasi yang suci?


(Gambar: Anwar diapit oleh William Cohen, Bekas Menteri Pertahanan Amerika dan Wolfowitz, Bekas Presiden World Bank. Kedua duanya adalah berbangsa Yahudi dan antara strategis dalam neo konservatif). Annapolis Summit ditentang oleh majoriti rakyat Palestin, Syria dan Iran tetapi ianya disokong oleh Anwar Ibrahim bersama sama dengan beberapa tokoh neo konservatif dari Amerika Syarikat. Benarkah selepas Mahmoud Abbas mengiktiraf Israel, maka Zionis tidak akan lagi menceroboh Baitul Muqaddis? Jika berlaku lagi pencerobohan, apakah Amerika akan melarang atau menegur Israel agar jangan melakukannya? Kenapa Anwar cepat sangat setuju untuk tandatangan Deklarasi Annapolis Summit ini? Apakah kerana jawatan Pengerusi Yayasan Masa Depan dan Ahli Lembaga Pengarah ICG, Anwar sanggup untuk bersetuju sama dengan kehendak Bush dan Ehud Olmert? Siapa Anwar di mata Bush sebenarnya? Jika Anwar dipilih menjadi orang nombor 1 di Malaysia, adakah itu yang dimahukan sebenarnya oleh pihak di luar sana?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Sunday, August 24, 2008

"Merdekakan" Ketuanan Melayu?

Merdekakan Rakyat, inilah slogan yang ditulis dalam banner dan papan tanda PKR di seluruh Permatang Pauh. Merdeka atau dijajah kembali? Kit Siang menyatakan "sudah sampai masanya kita menegakkan Ketuanan orang Malaysia dan Kedaulatan Malaysia" di Parlimen pada 25 Mei 2008. Anwar pernah menyatakan idea Ketuanan Rakyat ketika perhimpunan Black 14 pada 14 April 2008, Kelab Sultan Sulaiman, Selangor.

Anwar juga pernah menyatakan bahawa "Malaysia ini bukan Melayu punya, Malaysia ini Cina Punya, India Punya” ketika sambutan Hari Krismas pada 27 Disember 2007 di sebuah Dewan Cina di Klang. Apakah kenyataan Kit Siang dalam parlimen ini adalah berpunca daripada idea Anwar ?
Utusan Malaysia, mukasurat 8, Selasa, 27 Mei 2008.

Kit Siang berkata ini masanya untuk menegakkan Ketuanan Orang Malaysia bukan lagi Ketuanan Melayu. Bukankah idea Malaysian Malaysia ini sama dengan cara People’s Action Party (PAP) di Singapore? Jika begitu, apakah DAP ini klon PAP di Singapore? Yang menjadi ketua pembangkangnya ialah Wan Azizah Wan Ismail (seorang Islam dan berbangsa Melayu). Mengapa Kit Siang pula yang melebih-lebih?

Jadi mengapa dibiarkan Kit Siang dan Tan Seng Giaw bertindak merendahkan martabat orang Melayu dalam parlimen. Anwar adalah Ketua Pakatan Rakyat mengapa takut tegur mereka? Takut hilang sokongan dan hilang undi jika menegur Kit Siang? Inikah contoh pemimpin harapan baru bagi orang Melayu? "Objektif utama kami ialah untuk menawan dan mengadakan kongres kami di PWTC,” kata Pengerusi DAP Karpal Singh ketika berucap merasmikan Kongres Kebangsaan DAP ke-15 pada 22 Ogos 2008. Apakah DAP hanya bercita cita untuk menawan PWTC sahaja, Penang dan Malaysia tidak mahu ditawan jugakah?

AZRNIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Saturday, August 23, 2008

Anwar Ibrahim Mendapat Sokongan Gereja

Surat (gambar, sekeping risalah yang ditaburkan di Permatang Pauh) di atas dikirim kepada Anwar Ibrahim oleh Pastor Silvester Khemo Andaman, Presiden Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah untuk menandakan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Paling menyentuh perasaan bila ditulis dinyatakan bahawa "Datuk Seri juga amat dedikasi apabila menyokong penggunaan kalimah Allah dalam semua agama di Malaysia. Sesungguhnya Tuhan Yesus merahmati Datuk Seri dan keluarga". Bagaimana seorang bekas pemimpin ABIM dan PKPIM mendapat support dari gereja? Mungkin sokongan ini datang bila Anwar mula menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri 1 dan Timbalan Perdana Menteri 2 kepada bangsa lain.
(Gambar: St Anne's Church yang letaknya di Cherok Tok Kun. Kira kira 1 km dari rumah Anwar Ibrahim. Pada setiap tahun diadakan satu perhimpunan besar di gereja ini.)

Surat ini jelas sekali merujuk kepada kenyataan Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) Pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'.

(Gambar: Bangunan yang lain di St Anne's Sancuatry Church. Pada tahun 2001, dikatakan ada seorang imam ditahan oleh JAIP kerana bersembahyang dalam gereja terbabit).

Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez. Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat berada sama dalam majlis di Klang ketika Irene mempersoalkan kalimah 'Allah'. Mengapa Anwar diam dan tidak menegur ketelanjuran yang dilakukan oleh Irene dan Khalid? Di mana pula negara Islam cara PAS bila PKR sudah bersikap terbuka sebegini?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia.

Friday, August 22, 2008

8 Jawatan Anwar Di Luar Negara

Berikut adalah 8 jawatan Anwar Ibrahim di luar negara.
1.Pensyarah John Hopkins University
2.Pensyarah di Georgetown University
3.Pensyarah St Antony College, Oxford
4.Presiden Accountability di Brussels, Belgium
5.Penasihat Kewangan Bank Dunia
6.Executive Committee, International Crisis Group (ICG)
7. Pengerusi Yayasan Masa Hadapan Timur Tengah & Afrika.
8. Pengasas IIIT (International Islamic of Thought)

Untuk jawatan 1,2 dan 3, Anwar mendapat jawatan tersebut setelah berulang kali pergi ke Washington DC bertemu dengan Paul Wolfowitz (Bekas Presiden Bank Dunia), termasuklah bertemu dalam Pentagon pada penghujung tahun 2004 dan awal tahun 2005. Untuk jawatan ke-4, Simon Zadek selaku CEO mendapat bayaran sejumlah 70,000 pound sebulan, bayangkan berapakah gaji untuk seorang President pula?
(Gambar: Tulisan Wolfowitz dalam majalah Time untuk memberi kredit kepada Anwar sebagai 100 orang pemimpin terbaik dunia. Sebelum itu Anwar pernah tulis surat selamatkan Shaha Ali Ridha, girlfriend Wolfowitz). Bagi jawatan ke-5, selaku Penasihat Bank Dunia, Anwar dipilih khas oleh Paul Wolfowitz untuk ditempatkan di Bank Dunia. Untuk jawatan ke-6, hanya 46 orang sahaja yang dipilih untuk dijadikan sebagai Executive Committe ICG. Salah seorang daripada mereka ialah George Soros (Spekulator Mata Wang Yahudi, Pengerusi Open Society Institute).

Paling istimewa ialah jawatan yang ke-7, bila Condoleeza Rice (Setiausaha Negara Amerika Syarikat) sendiri datang semasa pengasasan Foundation For Future (FFF). Anwar juga menjadi Pengasas "Triple IT" yang mengumpulkan beberapa orang profesor dan pensyarah yang liberal di bawah kendalian John Esposito (Profesor International Affairs and Islamic Studies di Georgetown University, juga seorang yang berbangsa Yahudi).

John Esposito (gambar) dalam rancangan dokumentari bertajuk “Prophet Muhammad” pernah membuat ulasan yang mengelirukan berhubung peperangan kerana menyifatkan "teorist" mendapat inspirasi dari jihad. Bolehkah kita membiarkan seorang Yahudi seperti Esposito mengecam agama kita?

Siapa sebenarnya yang bayar gaji Anwar untuk semua jawatan tersebut? Dalam matawang apa bayaran tersebut dibuat? Apakah Anwar mahu berselindung lagi bahawa beliau memang rapat dengan orang luar dan mempunyai deretan jawatan di luar negara? Kedengaran tadi di Kubang Ulu, Kubang Semang, Kg Pelet ada pengundi sudah ditawarkan sejumlah RM50 dan RM100 untuk menyertai PKR dengan syarat memberikan nama dan nombor kad pengenalan. Daripada mana sumber wang ini?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Thursday, August 21, 2008

Siapa Di Belakang PKR?


Terdengar suara suara dari beberapa orang kuat PAS mempersoalkan siapakah sebenarnya yang mendominasi PKR?. Mereka asyik bercerita dan mengupas janji janji Anwar dalam satu ceramahnya semalam di Seberang Jaya. Beliau menyebut akan memberikan kerusi TPM 1 kepada kaum Cina dan TPM 2 kepada orang India. Mereka mula mempersoalkan siapakah sebenarnya dalam organisasi PKR? Berikut adalah carta organisasi Parti Keadilan Rakyat, www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/52/77/. Bila dibilang bilang ada 28 orang Melayu dan 13 orang bukan Islam dalam PKR. Daripada 31 orang ahli parlimen PKR, 11 ialah bukan Islam. Bila PKR menang lebih banyak kerusi dalam parlimen, siapa yang untung? Bila PKR bergabung dengan DAP, siapa yang untung? Jika Anwar sudah mahu beri kerusi TPM 1 kepada Cina, bukankah bakal TPM 1 nanti, ialah orang yang bernama Kit Siang dan Tian Chua akan disenarai pendek sebagai calon?. Ianya bukan lagi orang yang bernama Haji Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa. Begitu juga untuk TPM 2, bukankah orang itu ialah Karpal Singh? Jadi jika pengundi Islam memilih Anwar nanti dengan harapan yang menggunung semata mata kerana marah minyak, apa akan jadi selepas itu? Jangan dengar guruh di langit, air di tempayan dituang tuangkan. Selepas itu, bila menyesal sudah tidak berguna lagi. Tengoklah baik baik siapa sebenarnya di belakang PKR?
AZRINIZAM BIN IBRAHIM
Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Wednesday, August 20, 2008

Pengaruh Freemanson Di Permatang Pauh?

Pemandu pajero yang membawa bersama gambar Anwar dan pemimpin dunia yang lain. Meriah nampaknya pajero ini dengan gambar gambar. Selalunya iklan yang dilekatkan di badan teksi dan bas berbayar. Apakah gambar-gambar ini berbayar juga?

Atau ada sponsor tertentu di Permatang Pauh, hinggakan Gus Dur dan Estrada sanggup tumpang sekaki berkempen untuk Anwar Ibrahim. Jangan lupa, Gus Dur dan Wolfowitz adalah orang yang ditemui oleh Anwar di Munich, Jerman ketika Anwar baru sahaja lepas dari penjara pada Oktober 2004.
Anwar baik dengan Wolfowitz? Anwar sering berkunjung ke Washington menemui Wolfowitz selepas keluar penjara pada Oktober 2004. Dengan bantuan Wolfowitz, Anwar mendapat tiga jawatan pensyarah universiti di luar negara. Selepas itu, Nurul Izzah pun sambung pengajian di John Hopkins. Malah keakraban yang terjalin ketika Wolfowitz menjadi Duta Indonesia itu membawa kepada perbincangan tertutup dalam Pentagon.

Keintiman Anwar dan Wolfowitz lebih terserlah bila Wolfowitz melantik Anwar sebagai Penasihat Bank Dunia. Ketika nyawa Wolfowitz di Bank Dunia nipis akibat skandalnya dengan Shaha Ali Ridha, Anwar datang menghulurkan bantuan hayat melalui sepucuk surat dari Yayasan Masa Depan untuk menukarkan teman wanita Wolfowitz ke pejabat Anwar.

Wolfowitz membalas jasa Anwar itu, dengan menulis artikel memuji Anwar dalam majalah Time untuk mempromosikan Anwar sebagai antara 100 orang terhebat di dunia. Kini, Anwar bertanding di Permatang Pauh, apakah Wolfowitz (seorang yang berbangsa Yahudi dan mempunyai warganegara Israel) akan menolong Anwar lagi?

Gambar Anwar bersama dengan Bush yang dipaparkan pada sebuah pajero yang penuh dengan bendera PKR tadi di Permatang Pauh. Mengapa perlu ada gambar Bush? Reaksi senyuman Bush dan Anwar hampir serupa, apakah mereka mendapat khidmat nasihat daripada pakar perunding imej yang sama?

Yang pasti, kedua duanya rapat dengan Paul Wolfowitz. Bush rapat dengan Wolfowitz atas kapasiti Wolfowitz sebagai penasihat perangnya semasa menyerang Afganistan dan Iraq. Wolfowitz ketika itu adalah Penolong Setiausaha Pertahanan di Pentagon. Malah Wolfowitz adalah orang yang bertanggungjawab menulis surat menggesa Bush menyerang Afganistan ketika masih lagi menjawat jawatan Dekan di John Hopkins, University.

Apakah kriteria sebenar pemilihan logo bendera PKR ini disebabkan oleh hanya imej mata lebam semata mata? Atau warna biru muda dan bulan sabit yang berlogo mata ini mempunyai maksud yang lain?

Berikut adalah sticker kempen PKR di Permatang Pauh. Mengapa ada logo mata sebegini dalam sticker yang diedarkan kepada pengundi Permatang Pauh? Apakah mata tersebut ada kaitan dengan mata yang tertera pada logo bendera PKR atau simbol mata yang lain?

Ini adalah logo kepada gerakan Freemanson yang mempunyai ahli seramai 5 juta orang di seluruh dunia. Ada mata di atas piramid tersebut. Freemason dipelopori oleh orang Yahudi (Neo-Konservatif) yang ingin mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa.

Kemudian akan melebarkan pemerintahan mereka ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Bukankah usaha ini sudah dilakukan oleh Wolfowitz? Siapakah orang harapan Wolfowitz di Malaysia ini? Jika hubungan dengan Saiful, Anwar enggan bersumpah. Bagaimana pula hubungan baik Anwar dengan Amerika dan Neo-Konservatif? Apa yang pasti dalam beberapa temubual antarabangsa, Anwar tidak pernah menafikan hubungan baiknya dengan Wolfowitz.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Tuesday, August 19, 2008

PAS Boikot, Hanya DAP Kepung Anwar Ibrahim


Ketika penamaan calon pada 16 Ogos 2008 di Maktab Tuanku Bainun, hanya Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan ayahnya, Kit Siang kelihatan ke hulu hilir mengiringi Anwar Ibrahim. Ini bermakna kemenangan Anwar di Permatang Pauh amat bermakna kepada DAP. Oleh itu, DAP kena habis habisan membantu Anwar menang di parlimen P44 tersebut. Malah di atas pentas utama, dua watak ini juga mengepung Anwar Ibrahim dan isterinya, Wan Azizah. Tiada watak utama dari PAS yang datang kecuali Husam Musa (Naib Presiden PAS) yang merupakan anak didik Anwar. Di Permatang Pauh sendiri, belum ada satu pun Bilik Gerakan PAS dibina untuk menolong Anwar di Permatang Pauh. Apakah ini bunga bunga awal menunjukan PAS akan memboikot Anwar di Permatang Pauh?

Monday, August 18, 2008

Al Gore Sayang Anwar Ibrahim?

(Gambar: Poster mereka berdua ini ada di pajero PKR. Mengapa?) Al Gore atau nama penuhnya Albert Arnold Al Gore adalah bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (1993-2001). Al Gore adalah berbangsa Yahudi. Al Gore adalah rakan sekutu Bill Clinton daripada parti Demokrat. Ketika Al Gore berkuasa di dalam kerajaan Amerika, Anwar merupakan 'Orang No 2' terpenting di Malaysia sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM). Waktu itu, Al Gore juga adalah orang no. 2 di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1998, Anwar sudah memasang impian untuk kerusi no. 1 iaitu Perdana Menteri Malaysia. Beliau mahu menjadi PM yang teragung di rantau Asia. Untuk mencapati matlamat tersebut, Anwar perlu bersahabat dengan kuasa no. 1 dunia iaitu Amerika Syarikat. Anwar percaya bahawa hanya dengan restu Amerika sahaja seseorang pemimpin itu mampu dinobatkan menjadi pemimpin agung Asia. Maka tidak menghairankan semua, mengapa ada gambar Bush dan Al Gore ada di sebuah pajero ketika Anwar sedang berkempen di Permatang Pauh. Jika berjaya menjadi Perdana Menteri seperti yang diidamkannya pada 16 September ini, maka akan tercatat dalam buku sejarah Asia nama Anwar dibaca oleh generasi seterusnya sebaris dengan nama Mahatma Gandhi atau Jose Rizal.
(Gambar: Anwar bersama dengan Mary Robinson dalam satu program Datamatix Group di Dubai. Al Gore adalah penaung kepada Datamatix Group) Dari tirai pejabat White House, Al Gore sering diceritakan tentang kehebatan Anwar dari Malaysia melalui wakil-wakil Amerika yang dihantar khusus menemui Anwar. Dua orang wakil Al Gore yang sering berjumpa Anwar di Malaysia ialah Wiliam Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika) dan Madeline AlBright (Setiausaha Negara). Cohen yang juga berbangsa Yahudi ialah sahabat karib Anwar sejak 1973 lagi. Mereka berkenalan di Cairo, Mesir ketika Anwar menjadi Presiden WAMY (World Assembly of Muslim Youth). Cohen ialah orang yang bertanggungjawab memberikan hamparan karpet merah kepada Anwar ketika Anwar datang ke Amerika Syarikat. Serta disambut dengan 21 das tembakan meriam. Apakah maksud 21 das tembakan meriam? Bukankah itu simbolik sambutan seorang Ketua Negara? Apakah Anwar Ketua Negara Malaysia?
Pada 1998, ketika Anwar dipecat, Al Gore panik dan turun sendiri ke Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan kepada Anwar. Al Gore menyokong reformasi jalanan. Perkara yang sama berulang pada 2008, White House panik dan mengarahkan Tom Casey dan Sean Mc Cormack, kedua dua adalah Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk membela Anwar daripada ditangkap. Malah Condoleeza Rice sendiri mengeluarkan kenyataan membela Anwar selepas itu. Mengapa Amerika sayang benar pada Anwar?

Ketika reformasi 1998, Al Gore mengecam kerajaan Malaysia dan memuji-muji keberanian rakyat Malaysia yang menyokong REFORMASI ke atas Anwar. Sokongan terbuka ke atas Anwar itu diucapkan dalam Majlis Makan Malam Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur pada 16 November 1998. Barangkali ketika itu Al Gore berpendapat dengan menunjukkan sokongan terbuka Amerika kepada Reformasi, ianya akan lebih menyemarakkan lagi gelombang reformasi rakyat untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Dr Mahathir.

Mungkin Al Gore mengharapkan dengan kebangkitan rakyat itu, Dr Mahathir akan segera tumbang dan Kerajaan Rakyat kembali berkuasa dan segera membebaskan Anwar untuk dinobatkan semula menjadi PM. Dr Mahathir tidak tumbang dan impian Anwar tidak tercapai untuk menduduki kerusi no. 1 Malaysia.

(Gambar: Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat sedang berkata sesuatu kepada Anwar Ibrahim sambil diperhatikan oleh Ali Al Kamali (Pengarah Urusan Datamatix) dan Mary Robinson, bekas Perdana Menteri Ireland 1990-1997). Gambar di atas dirakam pada 18 Nov 2006 di Bustan Al-Arab Hotel Dubai, ketika Al Gore merasmikan majlis penyampaian Anugerah Middle East “3rd Banking Excellent Award” anjuran Datamatix).

Kini, sepuluh tahun selepas itu, Anwar kembali lagi mempetaruhkan nasibnya untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Anwar berjanji dengan harapan dan impian untuk menurunkan harga minyak kepada rakyat. Anwar sedaya upaya menangkis sumpah Saiful Bukhari dengan seribu satu alasan. Menyalahkan kerajaan yang sedia ada sebagai korup, tidak pandai mentadbir dan sebagainya. Isu-isu ini dijadikan alat untuk Anwar mencapai cita citanya yang terkandas dahulu.

Selepas Anwar bebas pada 2004, Al Gore membina semula imej Anwar di mata dunia. Al Gore telah melantiknya pada 23 Februari 2005, sebagai Lembaga Penasihat Generation Investment Management Group yang berpengkalan di London dan Washington.

Badan tersebut adalah badan pemikir kem Demokrat yang dipengerusikan oleh Al Gore. Badan itu juga dianggap sebagai tempat berhimpunnya wakil-wakil negara yang pro Amerika beraliran Demokrat. Dua orang anak buah Al Gore yang disayangi adalah Anwar Ibrahim dari Malaysia dan Mary Robinson dari Ireland.

Pada 16 Ogos, hari penamaan calon, Bush dan Al Gore membenarkan gambar mereka menjadi hiasan kenderaan PKR di Permatang Pauh. Biarpun mereka tidak hadir secara nyata, gambar tersebut bererti sokongan moral Al Gore dan Bush terhadap Anwar Ibrahim amat tinggi. Memang jelas Amerika Syarikat amat berharap Anwar menjadi PM Malaysia. Mengapa mereka minat sangat dengan Malaysia? Apakah kerana kita ada Petronas atau kerana kerajaan kita dikuasai dan ditadbir oleh pemimpin pemimpin Melayu Islam? Atau kerana sistem mahkamah syariah kita? Bila Amerika bersungguh sungguh benar menyokong Anwar, apakah ini membawa erti penjajahan bentuk baru akan berulang kembali selepas 51 tahun kita merdeka? Sanggupkah kita melihat Malaysia berada di payung kuasa besar seperti Amerika Syarikat?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

George W Bush Tolong Anwar di Permatang Pauh?

Gambar sebuah pajero yang memaparkan gambar pemimpin pemimpin seluruh dunia termasuklah gambar George W Bush (Presiden Amerika Syarikat) dan Al Gore (bekas Naib Presiden Amerika Syarikat). Mengapa perlu ada gambar Bush dan Al Gore di kenderaan yang menyokong Anwar ini?
Apakah ini petanda bahawa Amerika Syarikat merestui Anwar Ibrahim bertanding di Permatang Pauh? Pelik, kenapa samakan Anwar dengan pemimpin pemimpin seperti Bush dan Al Gore? Kenderaan ini dengan bangganya melalui jalan jalan di sekitar Permatang Pauh. Pelik juga ada orang Melayu yang sokong sama tindakan meletakkan gambar Bush dan Al Gore di kenderaan tersebut.

Bukankah Bush dikenali dalam dunia Islam sebagai penjenayah perang nombor satu di Iraq dan Afghanistan yang telah membunuh ramai umat Islam. Sebagai seorang Islam, mengapa Anwar perlu berbangga dirinya dikaitkan dengan Bush dan Al Gore (seorang yang berbangsa Yahudi). Apakah ini petanda bahawa Bush menolong Anwar secara tidak langsung di Permatang Pauh?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)