Thursday, July 31, 2008

Senjata Akhir Anwar Ibrahim: Bertanding di Permatang Pauh

3.00 petang, 31 Julai 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) telah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pemimpin De Facto PKR) bertanding dalam pilihanraya kecil. Surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini. Wan Azizah menang besar dengan majoriti 13,388 dalam PRU12. Dalam pilihanraya 2004, Wan Azizah menang tipis dengan majoriti 590 undi. Sebelum ini, Anwar sebut nak bertanding di Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Kuala Kangsar. Rupa-rupanya sekali lagi Anwar berdalih dengan mengatakan akan bertanding di Permatang Pauh. Nampaknya Anwar takut untuk bertanding di tempat yang berisiko untuk kalah. Jalan mudah yang diambil ialah meminta isterinya mengosongkan jawatan dan bertanding di tempat asalnya iaitu Permatang Pauh. Mengumumkan untuk bertanding adalah senjata akhir Anwar untuk ke Parlimen.
(Gambar: Hadi Awang nampaknya lebih selesa berpeluk dengan kafir harbi daripada bersatu demi perpaduan orang Melayu). Sementara itu, PAS juga menolak pakatan dengan UMNO untuk membentuk kerajaan di Perak dan Selangor. “PAS menolak sebarang kerjasama dengan Umno atau BN bagi membentuk kerajaan campuran sama ada di peringkat negeri atau pusat” Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS).

Pertemuan khas hampir lima jam 50 barisan pemimpin tertinggi PAS di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur memutuskan bahawa PAS akan tetap bekerjasama dengan kafir harbi seperti Kit Siang, Karpal Singh, Guan Eng dan Teresa Kok. Biarpun Karpal secara terbuka mengecam PAS dan mempertikaikan keahlian PAS dalam Pakatan Rakyat, tetapi PAS nampaknya masih mahu kekal di bawah ketiak Karpal dan Kit Siang. PAS sanggup melihat DAP bermaharajalela di Perak dan Selangor. Sanggup membiarkan Nizar dikotak katik oleh 6 orang Exco DAP. Sampai hati PAS lihat perpaduan Melayu tidak menjadi kenyataan.

(Gambar: PAS lebih rela berpakat dengan Pakata Rakyat. Sedarkah PAS bahawa mereka rugi dan terus ditipu dalam diam oleh PKR dan DAP?) Tamparan terbesar buat Pakatan Rakyat semalam ialah penafian, Dr. Kamaruddin Ahmad (Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi) dalam Buletin Utama TV3 yang memberitahu Dr. Muhamad Osman hanyalah doktor biasa dan beliau hanya menasihatkan pesakit. Malah laporan sodomi dua halaman yang disebarkan juga dinafikan oleh Pusrawi. Dr. Kamaruddin menjelaskan, dari segi amalan kedoktoran, pemeriksaan mana-mana kes berkaitan liwat perlu dijalankan oleh doktor pakar kerana ia tidak boleh ditentukan melalui kesan luaran saja. Ini bermakna laporan oleh Dr Muhammad Osman kurang kredibiiltinya disebabkan beliau hanyalah doktor biasa sahaja bukan doktor pakar.

(Gambar: Karpal Singh dan Gobind Deo akan terus mentertawakan PAS selepas ini?) “Kalau tiada kesan pendarahan, koyak atau nanah dan sebagainya pada dubur, bukan semestinya tidak berlaku liwat. Pun begitu, jika terjadi sebaliknya (pendarahan), ia juga tidak bermakna berlaku liwat kerana mungkin disebabkan kanser atau pendarahan dalaman. Kes liwat perlu menjalani pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) agar ditentusahkan” kata Dr Kamaruddin. Malah kesediaan Saiful Bukhari untuk bersumpah dalam kes liwat ini merisaukan lagi Pakatan Rakyat. “Saya menuntut supaya Anwar Ibrahim tidak berdolak-dalik dalam kes ini. Saya juga menyatakan bahawa tiada sebab untuk saya memfitnah dan menganiaya Anwar dalam kes ini.” kata Saiful Bukhari.


Kesimpulannya, bila Pusrawi nafikan laporan dan dedahkan siapa Dr Muhammad Osman yang sebenar, ditambah pula kesediaan Saiful Bukhari untuk bersumpah ianya memberikan goncangan yang hebat kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Jalan keluar kepada semua goncayang itu ialah dengan mengumumkan akan bertanding di Permatang Pauh. Mempercepatkan prosesnya untuk menjadi PM bagi mengelak PAS berubah hati dan masuk sebagai kompenen ke-15 dalam BN. Yang paling rugi ialah PAS. Sudah tentu, askar askar PAS akan dipergunakan oleh Anwar di Permatang Pauh nanti untuk membela dan memancing undi bagi Anwar. Menang di Permatang Pauh tidak memberi apa apa makna kepada Pakatan Rakyat melainkan hanya menukarkan Ketua Pembangkang daripada isteri kepada suami sahaja. Tatkala polis sudah selesai melengkapkan siasatan kes liwat untuk diserahkan kepada pejabat Peguam Negara, Anwar sudah pun umukan hendak bertanding. Anwar tidak sabar lagi tunggu kes Kulim Bandar Bharu, jalan mudah ialah minta isteri lepas jawatan di Permatang Pauh. Anwar jadikan Permatang Pauh sebagai senjata akhir?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Wednesday, July 30, 2008

Laporan Pusrawi Boleh Bunuh Kredibiliti Anwar.

SUMBER LAPORAN:

1. Sumber yang menerbitkan laporan itu bermula dari Raja Petra Raja Kamaruddin, pemilik laman Malaysia-Today. Kemudian Anwar adakan sidang media mengedar laporan Hospital Pusrawi kepada media untuk mengesahkan dirinya bukan peliwat.

2. Ini akan mengesahkan Raja Petra dan Malaysia-Today merupakan instrumen paling penting sebagai 'lidah Anwar' untuk menyebarkan propanganda di internet serta membela apa-apa isu berkaitan Anwar. Kaitan Anwar dan Raja Petra semakin jelas. Ketika Anwar di penjara- Raja Petra tubuh laman Free Anwar Campaign (FAC) dari tahun 2001-2004 untuk bebaskan Anwar. Ketika Anwar bebas penjara, Raja Petra tubuh Malaysia-Today untuk kempen Anwar jadi PM.

3. Ketika Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS keluarkan kenyataan tidak menyebelahi Anwar tentang isu liwat, Raja Petra dan Malaysia-Today serang pula Presiden serta PAS.

KANDUNGAN LAPORAN PUSRAWI

1. Ramai yang pertikai 'bar code' yang menindih nama Saiful seolah-olah terdapat usaha untuk memotong dan tampal semula. Telitikan semula 'bar code' ditampal dengan ayat yang tidak sempurna.

2. Maksud tulisan dalam laporan itu :
a) Kependekan F/T bermaksud full time.
b) Tenesmus x1/52 bermaksud susah nak berak seminggu. Atau berak tak puas
c) pain (di cross kan) not noticed any PR bleed - PR is for pathogenesis related - pathogenesis ialah permulaan jangkitan
d) pain in the anus when passing motion (for a week)
e) pt (patient) was alleged assaulted by intruding tt (too tight) plane (?) into the anus f) willing to do report

3. Terdapat pertikaian singkatan 'o' . Ada mendakwa 'o'(zero) bermakna tiada. Ada yang mendakwa 'o' bermakna observation (pemerhatian lanjut). 'o' bukan makna zero (tiada) tapi "o" maksudnya observation. Kependekan untuk 'tiada' ialah null, no, neg(ative) atau -/ve

4. Diagnosis: TRO Assault (sodomise). TRO = TO RULE OUT . Dalam 'medical term' TRO bermaksud PERLU PENGESAHAN LANJUT.

5. 'advise to go to the government hospital'-Maksudnya dinasihati untuk mendapat pengesahan lanjut di hospital kerajaan.

6. 'plan to do police report'-Maksudnya bercadang untuk buat laporan polis

7. Ini bermaksud pemeriksaan awal doktor Pusrawi mendapati Saiful mempunyai tanda-tanda diliwat dan mencadangkan supaya Saiful memohon mendapat pemeriksaan di hospital kerajaan dan seterusnya membuat laporan polis.

LAPORAN HOSPITAL PUSRAWI vs HOSPITAL KUALA LUMPUR

1. Laporan doktor ke atas pesakit merupakan dokumen sulit peribadi pesakit. Bagaimana Raja Petra boleh dapat dokumen sulit peribadi daripada doktor Hospital Pusrawi? Bukankah mendedahkan dokumen sulit kepada umum (kecuali diminta di mahkamah) merupakan menyalahi etika perkhidmatan awam atau swasta?

2. Raja Petra hanya menerbitkan laporan sulit di Hospital Pusrawi. Itu merupakan pemeriksaan awal. Kenapa pula Raja Petra tidak dedahkan dokumen sulit di Hospital Kuala Lumpur yang buat kajian lebih terperinci

3. Kalau Raja Petra dakwa laporan Hospital Pusrawi tiada kes liwat, kenapa pula doktor Hospital Pusrawi mencadangkan Saiful buat pemeriksaan lanjut di Hospital Kerajaan?

4. Kalau tiada kes, kenapa pula doktor bersetuju Saiful buat laporan polis?

5. Dalam pembuktian di mahkamah, adakah laporan Hospital Pusrawi atau laporan Hospital Kerajaan akan dipanggil untuk memberi keterangan ?. Sudah tentu laporan Hospital Kerajaan. Jadi mana salinan laporan Hospital Kerajaan ?

KENAPA LAPORAN PUSRAWI DITERBITKAN SEKARANG?

1. Untuk mengelirukan rakyat Malaysia setelah Anwar enggan bersumpah dan enggan beri ujian DNA.

2. Untuk memastikan polis tidak menyiasat lanjut kerana jika disiasat lanjut akan lebih terdedah bukti sebenar. Anwar curiga pada polis, curiga pada doktor, curiga pada peguam negara sebab itu beliau berusaha gugurkan kes, sebelum dibicarakan di mahkamah. Klik di sini.

3. Anwar sebenarnya takut didakwa di mahkamah kerana beliau mempunyai kes liwat 1998. Sekiranya kes liwat 2008, didakwa di mahkamah, pihak mahkamah akan merujuk terlebih dahulu kes lamanya 1998.

4. Anwar berusaha bermati-matian menggugurkan kes ini sebelum tiba di mahkamah kerana beliau tahu sekiranya kes ini didakwa semua pembuktian akan keluar di mahkamah termasuk laporan Hospital Pusrawi dan Hospital Kerajaan.

5. Anwar mahu memenangi hati rakyat dengan menggunakan kaedah politik dan teknikal seperti tahun 1998.

6. Kalau Anwar benar, kenapa pula Anwar takut bersumpah seperti yang disarankan oleh Mufti Perlis? Kenapa pula jalan sukar yang bersimpang siur.

7. Bak kata Ibrahim Ali, makin Anwar curiga pada semua (mufti, doktor, hakim, polis), makin terserlah Anwar bersalah. Makin didedahkan semua ini, semakin ramai yang mula mencurigai Anwar.

Sumber Artikel asal dari AnwarIbrahimDotCom.

Tuesday, July 29, 2008

Laporan Liwat Hospital Pusrawi: Beberapa Kemusykilan Yang Ada.

(Gambar: Laporan Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, Doktor Hospital Pusrawi pada halaman 2). Pemeriksaan dibuat pada jam 2.14 petang di Hospital Pusrawi dan laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari pada jam 6 petang pada 28 Jun, hari yang sama. Tan Sri Ismail Omar (Timbalan Ketua Polis Negara) menyifatkan laporan pemeriksaan yang didedahkan pada awalnya oleh Malaysiakini ini adalah sebagai satu usaha untuk mengelirukan orang ramai tentang siasatan kes liwat Anwar Ibrahim. “Kita ingin selesaikan kes ini dengan segera. Pegawai yang menyiasat kes ini tidak putus asa mencari petunjuk baru. Polis sedang lakukan yang terbaik dan kami amat perlukan kerjasama daripada semua pihak,” kata Tan Sri Ismail Omar dalam Utusan, 29 Julai 2008.
Tulisan pada bahagian 1 (dibulatkan) adalah berbeza dengan tulisan pada bahagian 2 (ditandakan kotak). Ada dua orang doktor yang berbeza yang memeriksa Saiful?. Atau laporan asal ditambah tambah pada bahagian 1 yang dibulatkan? Jika Saiful tahu dia tidak diliwat, mengapa pergi minta doktor periksa pada bahagian tersebut? Ini bermakna, Saiful yang meminta diperiksa di bahagian tersebut. Tentu ada sesuatu yang tidak kena berlaku sebelumnya.



Lihatlah bagaimana keratan sticker bar code yang tertera nama Saiful di tampal atas nama pesakit. Atau report ini sebenarnya milik orang lain? Laporan ini ditampal dan diphotostat agar nampak macam report Saiful punya? Laporan doktor dari Pusrawi terus diambil mentah mentah oleh kebanyakan orang untuk menunjukkan bahawa Saiful yang bersalah. Namun, ramai yang lupa bahawa sehingga kini Anwar masih lagi enggan memberikan DNA untuk laporan yang lebih telus. Jangan lupa, ada satu lagi laporan pemeriksaan di HKL, hanya menanti DNA Anwar untuk melengkapkan jingsaw puzzle laporan tersebut. Kalau sudah tahu tidak salah, mengapa tidak hendak beri DNA?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Benarkah Laporan Liwat Saiful di Hospital Pusrawi?

Tiba-tiba ada pula laporan perubatan. Laporan ini sudah pun diedarkan oleh PKR di internet. Malaysiakini pada 27 Julai 2008, mendakwa telah memperolehi laporan dua muka surat oleh Mohd Osman Abdul Hamid (Doktor Hospital Pusrawi) yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan. Laporan itu menyatakan tidak terdapat kesan liwat seperti yang didakwa. Saiful Bukhari dikatakan menjalani pemeriksaan di Hospital Pusrawi terlebih dahulu sebelum ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu Datuk Dr Abdul Latif (Timbalan Menteri Kesihatan menyifatkan, laporan Malaysiakini yang mendakwa ada laporan perubatan tiada kesan liwat ke atas Saiful adalah berniat jahat bagi beri gambaran tidak berlakunya perbuatan liwat. “Laporan ini mempunyai unsur mala fide. Apa juga bentuk laporan sama ada kesan calar ada atau tidak, tiada siapa boleh buat kesimpulan liwat tidak berlaku selagi perkara berkenaan tidak dibicarakan di mahkamah,” katanya.
(Gambar: Laporan yang didakwa oleh Malaysiakini). Lagi pun jelasnya, prosedur pemeriksaan juga mestilah mengikut prosedur siasatan sekiranya ia melibatkan aduan jenayah . Sehubungan itu, Dr Latif berkata, jika benar ada laporan doktor mengenai isu liwat berkenaan, Saiful sebagai pesakit boleh membuat aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perubatan 1971. Ini kerana katanya, doktor mempunyai sumpah kerahsiaan dengan pesakit. Tambah beliau, mengikut etika tiada doktor boleh dedahkan laporan pesakit kecuali laporan berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan jenayah dan dibawa ke mahkamah.

Menurut satu sumber yang rapat dengan Saiful Bukhari, beliau mempertikaikan kesahihan laporan perubatan yang menyebut tiada kesan liwat terhadap Saiful. Kata sumber itu, berdasarkan kertas yang diedarkan itu, ia bukan laporan perubatan sebaliknya hanya berupa catatan. Katanya, jika ia laporan perubatan, ia mestilah dalam format tertentu yang ditetapkan dan ada prosedur tertentu yang mesti dipenuhi oleh seorang doktor sebelum laporan berkenaan boleh diterima dan dibentangkan di mahkamah. Benarkah Saiful Bukhari ada membuat pemeriksaan perubatan di Hospital Pusrawi? Sejauh mana kesahihan laporan perubatan ini? Baca sumber asal di Agendadaily.com

Monday, July 28, 2008

Kerajaan UMNO dan PAS di Perak?

Dato’ Seri Tajol Rosli Ghazali (Bekas MB Perak) menyatakan secara terbuka dalam Buletin Utama TV3 pada 28 Julai 2008 tentang kesediaannya untuk menubuhkan kerajaan campuran BN dan PAS di Perak. Tajol Rosli bersedia mengekalkan Nizar selaku MB Perak. Semuanya demi kepentingan bersama orang Melayu di Perak. ''Dia (Tajol Rosli) boleh sudi macam-macam tetapi kita tidak setuju dan sama sekali tidak akan menjalinkan kerjasama dengan UMNO.” Kata Nizar bila diminta mengulas tentang pelawaan Tajol Rosli. Mengapa Nizar tolak sedangkan Tajol sanggup bertolak ansur tentang jawatan dan pangkat? Adakah Nizar masih lagi terikat dengan Perjanjian Pangkor 2?
Pada 28 Julai 2008, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (MB Kedah) telah memberi amaran kepada DAP agar jangan mencampuri urusan PAS untuk berbincang dan bermuzakarah dengan UMNO. “Malaysia adalah negara bebas dan mengapa kita mesti mengikut telunjuk orang,” katanya ketika mengulas kenyataan, Karpal Singh (Pengerusi DAP) pada 27 Julai yang mahu Pakatan Rakyat mengkaji semula keanggotaan PAS, berikutan tindakan PAS mengadakan rundingan dengan UMNO demi perpaduan Melayu.

(Gambar: Apakah yang membuatkan Nizar menolak pelawaan Tajol Rosli? Adakah Karpal masih lagi pengaruhi Nizar? Jika Nizar enggan bersatu, Karpal akan terus mentertawakan Nizar dan PAS di Perak). Ada penganalisis politik menyatakan bahawa ikatan PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat hanyalah seperti menyewa rumah. Tiada perjanjian dan persefahaman yang kukuh. Bila PAS mahu keluar dari rumah sewa untuk bersama UMNO, ianya ditentang keras oleh DAP dan PKR. Mengapa DAP dan PKR begitu mengharapkan PAS dalam Pakatan Rakyat? Tidak lain dan tidak bukan kerana sokongan orang Melayu dalam Pakatan Rakyat hanyalah bergantung kepada PAS semata-mata. Namun bila PKR dan DAP menang di Penang, Perak dan Selangor mereka lupakan PAS, pinggirkan PAS dan hanya mempergunakan PAS sahaja untuk mencapai sesuatu matlamat.

“Masalah politik ini adalah masalah biasa, dalam UMNO pun ada masalah politik, dalam pakatan pembangkang pun ada perbezaan pendapat tetapi akhirnya tujuan mereka jalankan usaha politik ialah untuk kebajikan rakyat. Kalau tidak, buat apa mereka masuk politik,” kata Khalid Ibrahim (MB Selangor). Apakah kebajikan orang orang PAS dijaga dengan baik oleh Khalid di Selangor? Bila salah dan program cacat cela kerana aksi “P” oleh Carburetor Dung, jentera PAS yang dipersalahkan bukannya urusetia PKR.

(Gambar: Jika Nik Aziz setuju bergabung dengan UMNO, apakah Nizar akan mengingkari Tok Guru?). PAS pernah berganding bahu bersama UMNO dalam BN pada 1970 hingga 1978, 8 tahun lamanya PAS dan UMNO bersama. Setelah hampir 30 tahun bercerai, kini PAS akan bersatu kembali dengan UMNO. PAS nampaknya sudah tidak bersikap keras hati lagi seperti hati Revolusi Iran 1979.

Ini kerana, jika lambat bersatu, orang lain akan bertepuk tangan gembira PAS dan UMNO tidak bersatu. Mereka yang berkenaan akan lebih besar kepala di atas Tanah Melayu ini, jika muzakarah ini tidak berjaya. UMNO dan PAS akan ke Jakarta pada November ini dalam satu persidangan khas kesepakatan penduduk di Nusantara. Sebelum pergi ke Jakarta, elok rasanya masalah kesepakatan Melayu di Tanah Melayu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum November lagi.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Sunday, July 27, 2008

PAS dan UMNO Bersatu Demi Orang Melayu

Pada 26 Julai 2008, Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya parti UMNO dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam. Nik Aziz berkata, dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam Pada 27 Julai 2008, Nik Aziz berkata “kita akan bawa usul ini ke muktamar dan saya juga akan menjawab sebarang persoalan berkaitan isu ini,”. Usul tersebut dibawa bertujuan bagi mendapatkan pandangan daripada perwakilan Pas dari seluruh negara berhubung cadangan itu. Muktamar Tahunan Ke-54 PAS akan diadakan di Ipoh, Perak pada 15 hingga 17 Ogos 2008.

"Jaminan Presiden PAS (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat dan DAP) bahawa PAS tidak akan meninggalkan pakatan itu bagi menyertai BN adalah tidak ikhlas dan tidak disokong oleh perkembangan kebelakangan ini. Selepas pilihan raya umum pada 8 Mac, PAS mengadakan perbincangan dengan Umno bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor. Tindakan ini berniat jahat kerana DAP dan PKR tidak dimaklumkan tentang perkara itu," kata Karpal Singh dalam satu kenyataan Media pada 27 Julai 2008. Karpal turut menyelar tindakan Nasharudin Mat Isa dengan mengatakan "minggu lepas, Setiausaha Agung (sebenarnya timbalan presiden) PAS Nasharudin Mat Isa berkata orang Melayu sudah mula mempercayai tuduhan meliwat yang dihadapi Anwar Ibrahim. Kenapa Nasharudin buat kenyataan seperti itu? Dengan berbuat demikian, beliau membabitkan PAS secara menyeluruh memandangkan kedudukannya sebagai setiausaha agung (timbalan presiden).”

"Kenyataan Nasharudin itu bukan saja bersifat menghina dan tidak tepat, malah berupa satu serangan terbuka terhadap Anwar Ibrahim yang sedang bergelut dengan usaha untuk merosakkan kredibiliti beliau melalui dakwaan meliwat."PAS tidak patut dan tidak boleh dibiarkan berlari bersama arnab dan memburu bersama anjing pemburu bagi mengelaknya daripada dibaham anjing berkenaan," kata Karpal. Siapakah anjing pemburu yang dimaksudkan oleh Karpal? Adakah Karpal sengaja buat buat tidak tahu jawatan Nasharuddin Mat Isa dalam PAS? Ini bermakna Karpal memang memandang rendah keupayaan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Sekali lagi Karpal Singh menentang percantuman dua parti terbesar ini, malah mencadangkan agar keanggotaan PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula. Guan Eng pula meminta agar jangan ada konsep divide & rule dan eksklusif dalam parti. Ini jelas menunjukkan bahawa Karpal dan Guan Eng tidak suka melihat pencatuman semula PAS dalam Barisan Nasional. Jika begitu, lebih baik disegerakan kemasukan PAS sebagai parti ke-15 dalam komponen Barisan Nasional. Hanya inilah cara terbaik untuk memperkuatkan orang Melayu. Usah letak lagi syarat, sebelum usaha ini ditentang oleh golongan Melayu liberal dalam PAS.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Friday, July 25, 2008

Bila Washington Membela Pekerjanya

Pada tahun 1998, Wan Azizah Wan Ismail berjumpa dengan Madeliene Albright (bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat). Apakah ketika itu Wan Azizah saja saja berjumpa atau memohon bantuan dari luar untuk membebaskan Anwar Ibrahim?

(Gambar: Dulu jumpa Madeline Albright, Setiausaha Negara Amerika. Kini pengganti jawatan yang sama iaitu Condoleeza Rice sebagai Setiausaha Negara juga turut membela Anwar). Mulanya pada 30 Jun 2008, Tom Casey (Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat) bersuara meminta kerajaan Malaysia agar jangan menahan Anwar atas dasar politik. Kemudian pada 17 Julai 2008, Sean McCormack, juga Jurucakap Jabatan Negara menggesa agar Malaysia adil dan saksama dalam kes Anwar Ibrahim. Mengapa mereka berminat sangat dengan individu bernama Anwar bin Ibrahim? Ada apa-apa kaitankah dengan mereka?

(Gambar: Anwar cuba menafikan hubungannya dengan Amerika, hakikatnya ianya bukan propaganda tetapi realitinya memang ada. Sekali lagi Anwar berbohong dan berdalih). Pada 24 Julai, di Forum Serantau Asean ke-15 di Singapura, Rice terus dengan kenyataan angkuhnya menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang apabila mengendalikan tuduhan liwat yang libatkan Anwar. "Amerika Syarikat telah lama bercakap (mengenai isu ini) dan akan terus bercakap mengenai kes-kes yang kami merasakan perlu disentuh dari segi kedudukan politik. Kami hendak melihat ketelusan dan undang-undang dipatuhi sepenuhnya di sini," kata Rice. Sudah tiga orang dari satu pejabat yang sama memberi komen membela Anwar Ibrahim. Apakah Bush yang merestui kenyataan mereka ini? Sehari sebelum kenyataan Rice, pada 23 Julai, jam 11.30 pagi, Anwar bertemu dengan 38 orang wakil kedutaan asing di Ibu Pejabat PKR untuk memberi taklimat tentang isunya dan keadaan ekonomi semasa. Anwar beri taklimat atau mengadu pada orang asing?


(Gambar: Anwar bersama dalam satu pertemuan di luar negara. Bersamanya salah seorangnya ialah Anthonny Sullivan, wakil dari NED). Tidak menghairankan kenapa Washington campurtangan berulang kali dalam kes Anwar. Dulu pada 1998, Al Gore campurtangan. Kini, Rice, Sean McCormack dan Tom Casey pula. Ini kerana Anwar juga mempengerusikan satu yayasan yang mendapat tajaan dari pejabat yang sama dengan ketiga-tiganya orang tersebut. Pada Disember 2005, Rice pernah hadir di Bahrain untuk melancarkan Foundation For Future (FFF) yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim. Malah FFF, turut mendapat tajaan USD$35 juta dari Jabatan Negara Amerika Syarikat. Jika begitu, tidak salah sekiranya majikan campurtangan di negara lain untuk membela pekerjanya sendiri. Apakah selepas ini Bush pula akan bersuara?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Thursday, July 24, 2008

DAP tidak hormati tulisan Jawi

(Gambar 1: Teresa Kok menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh). Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis jalan jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan Bahasa Malaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008. Teresa complaint tentang tulisan jawi ini sebelum dia membakar dan memanggang lima ekor Encik B selepas pilihan raya ke-12.

(Gambar 2:Teresa Kok sekali lagi menunjuk pada tulisan jawi di Jalan Taman Tan Yew Lai). Apakah tulisan jawi itu sesuatu yang dianggap racist juga?

(Gambar 3: Teresa Kok bersama dengan tiga orang lagi ahli parlimen DAP menunjukkan cadangan nama jalan dalam Bahasa Malaysia, Cina dan India dan diserahkan kepada En Shaari (PA kepada Datuk Bandar KL). Tiada lagi tulisan jawi). Mengapa mereka tidak suka sangat pada tulisan jawi?

Pada 24 Julai, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berkata kerajaan negeri PKR dan DAP di Pulau Pinang bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan di Pulau Pinang. Nama jalan akan dibuat sebagaimana cadangan Teresa Kok pada 14 Februari 2008. Mengapa benci benar DAP pada tulisan jawi? Soal bahasa ini sudah termaktub dalam perlembagaan, jadi mengapa DAP cuba laksanakan perkara ini di Pulau Pinang?. Sedikit demi sedikit, mereka menghimpit dan cuba menenggelamkan identiti orang Melayu. Mungkin kerana logo UMNO itu bertulisan jawi, sebab itulah agaknya DAP benci benar pada UMNO. Apakah orang Melayu dalam PKR hendak bersekongkol sama dengan tindakan DAP ini? Atau ingin mengikut jejak Dr Mujahid Yusof Rawa membantah tindakan DAP ini.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Wednesday, July 23, 2008

Saiful Bukhari Gelarkan Anwar Ibrahim Si Munafik?

Berikut adalah gambar dari profil Friendster Saiful.
Gambar 1: Gambar Anwar Ibrahim diletakkan dengan tajuk "Si Munafik".
Apakah Saiful benar benar marah pada Anwar?
Gambar 2: Gambar Saiful Bukhari ketika kecil bersama dengan arwah ibunya. Alfatihah.

Gambar 3: Gambar Saiful di Tanah Suci Mekah.

Gambar 4: Gambar pintu Kaabah di Mekah. Mungkin gambar ini diambil oleh Saiful sendiri. Kebenaran akan datang, keadilan juga akan datang. Sama-samalah kita tunggu apa keputusan
mahkamah dan keputusan DNA nanti.

Tuesday, July 22, 2008

"Faction Merah" vs "Faction Hijau" dalam Pakatan Rakyat

Karpal Singh (Pengerusi DAP), meminta pemimpin Pas memberi penjelasan kepada sekutu mereka, PKR dan DAP berhubung tiga pertemuan parti itu secara senyap dengan pemimpin UMNO. Karpal hairan mengapa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup membenarkan tiga pertemuan berkenaan diadakan sedangkan beliau pernah mendakwa Pas telah diketepikan oleh UMNO ketika menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar tahun 1970-an dulu. "Nik Aziz pernah kata Pas tidak akan digigit oleh ular yang sama dari lubang yang sama untuk kali kedua. Tetapi amat mengejutkan kerana Nik Aziz boleh mengubah pendiriannya. "Oleh itu, sudah tiba masanya Nik Aziz memberi penjelasan mengenai tindakan mereka ini (pertemuan dengan UMNO). Sepatutnya Pas mengadakan pertemuan itu secara terbuka dan memberitahu kepada parti lain dalam pakatan pembangkang bagi mengelak prasangka buruk terhadap Pas," kata Karpal. Mungkin gigitan anjing lebih ditakuti oleh PAS. Mengapa Karpal menentang muzakarah? Pertemuan orang Melayu Islam dalam PAS dan seorang Melayu dalam PKR bernama Khalid Samad dengan UMNO amat bererti untuk perpaduan orang Melayu. Mengapa Karpal tidak suka muzakarah diadakan?
(Gambar: Kumpulan "Faction Hijau" yang dipimpin oleh Nik Aziz. Mereka dipinggirkan dalam Pakatan Rakyat? ) Biarpun Nik Aziz tidak hadir dalam ketiga tiga pertemuan tersebut, namun restu Nik Aziz ada bersama sama dengan kumpulan yang pergi atas dasar untuk menyampaikan mesej Islam. Malah dikhabarkan PAS akan ditawarkan jawatan sebagai MB di Selangor jika bersama kembali dengan UMNO. Perak khabarnya akan mendapat lebih ramai lagi Exco Melayu berbanding 6 orang Exco DAP seperti sekarang ini. Ketika muzakarah diadakan dengan UMNO, Husam Musa (Naib Presiden PAS) dilihat tidak berapa suka pertemua itu diadakan. Malah Husam menyatakan bahawa PM berniat untuk memecah belahkan pakatan pembangkang. Jika beginilah sikap Husam, maka Husam difikirkan tidak sesuai menggantikan tempat Tok Guru sebagai MB di Kelantan. Nampaknya Husam masih lagi bermentorkan Anwar Ibrahim dan cenderung ke arah kumpulan "Faction Merah" dalam pembangkang.

(Gambar: Kumpulan Faction Merah yang diketuai oleh Kit Siang dan Karpal amat tidak bersetuju dengan Muzakarah antara PAS dan UMNO.) "Faction Merah" boleh dikelaskan sebagai kumpulan yang lebih liberal dan multi racial. Kumpulan ini memang tidak kisah jika Dasar Ekonomi Baru dimansuhkan, persoalan hak bumiputera, subsidi, kuota dan ISA. Pertembungan antara Faction Merah dan Faction Hijau ini makin ketara setelah Guan Eng menolak cadangan pemerintahan Islam di negeri negeri Pakatan Rakyat oleh Dewan Pemuda PAS. Faction Hijau lebih mahukan kepentingan Islam dijaga dan dipelihara. Pertembungan inilah yang menyebabkan PAS sudah tawar hati untuk berdemonstrasi pada 6 Julai 2008 di Stadium Kelana Jaya. Bukan sekadar itu sahaja, PAS juga sudah tawar hati untuk berdemo membela Anwar Ibrahim pada 14 Julai di Parlimen dan 16 Julai di IPK, Kuala Lumpur.


(Gambar: Apakah dalam diam diam Anwar Ibrahim telah bermuzakarah dengan Kit Siang dan Guan Eng tanpa pengetahuan Haji Hadi dan Nik Aziz?). Dalam parlimen sendiri, ahli parlimen PAS dilihat sebagai ahli parlimen "second class" oleh Wan Azizah dan Kit Siang. Mereka hanya mengikut rentak yang dipalu oleh Kit Siang, Karpal, Gobind dan Azmin Ali. Pertembungan antara Faction Merah dan Faction Hijau dalam Pakatan Rakyat lebih ketara bila Haji Hadi (Presiden PAS) sudah tidak lagi mengiktiraf Anwar sebagai Ketua Pakatan Rakyat pada 12 Julai 2008. Apakah akan terbentuk kerajaan campuran baru di Selangor, Perak dan Kedah akibat pertembungan antara Faction Merah dan Faction Hijau ini?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Saiful Bukhari Cabar Anwar Pergi Masjid

Azlan Mohd. Lazim (bapa kepada Saiful Bukhari) hari ini mencabar Anwar Ibrahim untuk mengambil sikap "berani kerana benar". Ini berikutan tindakan Anwar memberikan pelbagai alasan dan berdolak-dalik untuk memberikan DNA bagi membantu siasatan polis. Apakah Anwar takut untuk beri DNA? Ada sesuatu yang hendak disembunyikan? Jika benar, mengapa tidak kerjasama? "Anak saya mengambil sikap berani kerana benar dan beliau tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu polis," katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh peguam Mohd. Saiful, Zamri Idrus. Azlan juga berkata, anaknya itu juga sanggup untuk bersumpah di masjid mengikut cara Islam dengan disaksikan oleh para ulama demi untuk menegakkan kebenaran bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar.
Beliau berkata, langkah mengangkat sumpah itu boleh dibuat bila-bila masa sahaja, tetapi sebaiknya biarlah selepas polis selesai membuat siasatan."Yang terpenting, saya dan keluarga saya memohon kepada pihak berwajib membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan secepat mungkin," kata Azlan. Nampaknya Saiful sekali mencabar Anwar untuk bersumpah secara terbuka di masjid kali ini melalui peguamnya. Sebelum ini Saiful mencabar Anwar bersumpah secara terbuka dalam friendster. Apakah pula reaksi Anwar selepas ini? Apa yang pasti, kali ini Anwar terpaksa tour satu negara atas pentas ceramah untuk menerangkan kepada rakyat bahawa sekali lagi kononnya kerajaan membuat konspirasi kepadanya. Benarkah konspirasi berlaku atau Anwar sengaja berdolak dalih? Setelah meminta ulama, doktor, jurucakap dan pakar sakit pinggang luar negara. Apakah Anwar akan meminta pula hakim dan peguam dari luar negara untuk hadir dalam kesnya barulah segala galanya akan dikira adil?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Monday, July 21, 2008

UMNO dan PAS: Muzakarah Demi Alif, Ba dan Ta

‘‘Saya dah ada pertemuan sebenarnya dan pertemuan ini pada peringkat awal. Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah. Yang lain tak boleh tanya... (pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan,” katanya seolah-olah membayangkan muzakarah itu melibatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ditanya adakah sebarang syarat diletakkan dalam pertemuan itu, beliau berkata: “Tak ada (syarat). Buat apa kita meletakkan syarat, menyusahkan sahaja. Kita bincang dengan ikhlas apa jua pandangan yang difikirkan wajar untuk kita bincang.” demikian ulasan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO mengesahkan bahawa muzakarah sudah tiga kali diadakan dengan PAS dalam Utusan Malaysia 21 Julai 2008.
Ditanya sama ada muzakarah itu boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan parti komponen lain Barisan Nasional (BN), Abdullah berkata, hal-hal berkaitan Islam amat penting untuk dibincangkan.‘‘Pada masa ini saya belum bercakap dengan mereka (parti komponen BN), tetapi hal-hal berkaitan agama amat penting untuk kita tidak berbalah kerana kalau hal agama jadi isu politik, ia akan menjadi masalah,” tegasnya.

Sebelum ini pada 12 Julai, dalam temubual dengan Harakahdaily, Haji Hadi juga mengesahkan ada bertemu dengan pemimpin UMNO untuk berbincang bagi menyampaikan mesej Islam. Apakah ini petanda penyatuan semula PAS ke dalam Barisan Nasional kerana bertujuan untuk memperkuatkan semula politik orang Melayu? Petanda bahawa PAS sudah sedar mereka hanya dijadikan perkakas dan batu loncatan oleh Anwar demi mencapai cita citanya untuk menjadi Perdana Menteri sahaja?. Siapa lagi yang ingin turut serta dalam muzakarah ini? Moga lebih ramai lagi yang bersama demi alif, ba dan ta.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Lagi Lagi Sakit Pinggang

(Gambar: Seorang bodyguard Anwar juga bertopeng. Mungkin untuk tujuan keselamatan dia menutup wajahnya. Jadi tidak salah polis bertopeng menahan Anwar pada 16 Julai lepas?.) Menurut Sankara Nair (Peguam Anwar Ibrahim) dalam Malaysiakini, 17 Julai 2008, Anwar mengadu sakit pinggang selepas dibebaskan dengan ikat jamin pada pagi 17 Julai 2008. Nampaknya sakit pinggang Anwar berulang lagi setelah membuat pembedahan di Munich, Jerman pada Oktober 2004. Setelah hampir 4 tahun Anwar tidak mengalami kesakitan tersebut tiba tiba sakit pinggang tersebut muncul semula. Benarkah Anwar benar benar sakit pinggang?
Lihatlah kembali bagaimana cergasnya Anwar berjoget bersama dengan Nallakaruppan dalam pilihanraya kecil di Ijok. Lihatlah kembali bagaimana aktifnya Anwar bernyanyi lagu “Ajijahku Sayang” dalam sebuah rancangan televisyen Indonesia pada tahun lepas. Lihatlah nyanyian tersebut di http://www.youtube.com/watch?v=8RYCao5pZ2U. Lihat juga bagaimana cergasnya Anwar dalam tahanan ketika mengadu sakit pinggang. Benarkah Anwar sakit pinggang? Atau ini satu lagi lakonan hebat Anwar?

Pada 18 Julai 2008, Anwar telah pergi berceramah di Jasin Melaka(http://www.youtube.com/watch?v=RLjqhP8tVe0). Tiada langsung kelihatan kesakitan pinggangnya berlaku. Menurut sumber dari Melaka, kehadiran Anwar ke Melaka ialah untuk mengatur orang orang Anwar masuk bertanding dalam organisasi UMNO Cawangan. Anwar mahu melihat Melaka ditawan setelah Negeri Sembilan hampir hampir jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Menurut sumber itu lagi, orang-orang Anwar yang akan bertanding di kebanyakan UMNO Cawangan di Melaka. Salah satunya ialah UMNO Cawangan Ramuan Cina Kecil. Mereka sudah pun menjemput wartawan asing untuk bersama sama mempromosikan sebuah program di sana pada 29 Jun lepas.

(Gambar: Apakah Anwar akan kembali memakai uniform ini kembali?) Benarkah Anwar sakit pinggang? Bukankah doktor luar negara dari Jerman sudah pun memberi rawatan yang terbaik kepadanya?. Anwar juga menyatakan bahawa kalau boleh laporan DNA mesti juga dianalisa oleh doktor dari luar negara. Jadi jangan hairan bila orang yang bernama Sean McCormack dan Tom Casey dari luar negara membela Anwar. Mengapa Anwar cuba mempertikaikan doktor tempatan? Jika doktor luar negeri bagus, Anwar yang mendapat rawatan sakit pinggang di Munich, Jerman tidak akan sakit pinggang lagi. Apa pula selepas ini? Lepas ini ada lagi arsenik, AIDS dan lebam lebam?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Friday, July 18, 2008

Pemuda PAS tinggalkan Anwar Ibrahim.


(Gambar: Tindakan Carburetor Dung menunjukkan "P" ketika hampir waktu Maghrib menyebabkan PAS kecewa dengan PKR?) Selalunya orang PAS yang memenuhi mana mana demonstrasi yang dianjurkan pembangkang. Pada 10 November 2008, pemuda PAS yang monopoli demonstrasi. Begitu juga demonstrasi di Batu Buruk, Terengganu dan reformasi jalanan pada 1998. Namun kali ini tidak lagi. Demonstrasi pada petang 16 Julai 2008 di hadapan IPK hanya disertai oleh beberapa orang sahaja demonstran. Keadaan yang sama berlaku setelah sambutan untuk demonstrasi pada 14 Julai juga dingin dan mandom. Kalangan demonstran dari PAS yang selalu berdemo sudah tidak kelihatan lagi. Apakah mereka ini kecewa bila Unit Amal PAS dipersalahkan kerana dituduh tidak menjaga keselamatan awam semasa konsert Carburetor Dung pada 6 Julai 2008, di Stadium Kelana Jaya? Sejak isu Anwar disoal jawab untuk sementara waktu antara jam 1.10 pagi pada 16 Julai 2008 hingga 9.45 pagi, 17 Julai, kelihatan orang orang PAS sudah mulai tawar hati dengan Pakatan Rakyat yang kononnya dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Ada yang tidak mahu ulas tentang isu liwat Anwar. Ada yang ambil pendekatan diam diri. Malah ada yang rasa tidak terkejut kejadian seperti itu berulang lagi. Lebih memualkan mereka apabila agenda Pakatan Rakyat lebih terserlah hanya untuk membela Anwar semata mata bukannya untuk membina sebuah negara Islam yang dicita citakan oleh PAS.
Dulu perhimpunan BERSIH yang nak kumpulkan 100 ribu hanya datang 40 ribu orang sahaja. Kini nak kumpul sejuta orang, yang datang hanya 15 ribu orang sahaja. Apakah kurangnya sokongan demonstran PAS penyebab jatuhnya bilangan demonstran dalam demonstrasi?. Tatkala PAS tersepit dengan pengurusan kewangan di Kelantan dan Kedah. PKR pula sibuk hendak membenarkan sebuah syarikat arak menaja perlawanan Chelsea dan Malaysia pada 29 Julai nanti. FAM pun tidak menggunaan syarikat arak dan rokok dalam penajaan. Namun sejak akhir akhir ini kerajaan PKR Selangor dilihat semakin liberal dan amat terbuka tentang babi dan arak. Ini juga dibantah oleh pimpinan PAS di Selangor. Di mana Dato’ Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) hendak letak muka? Pada 6 Julai, PAS Selangor dimalukan dengan lagu Jilat, kali ini dengan tajaan arak pula. Memang diakui oleh Haji Hadi Awang (Presiden PAS) bahawa wujud perjumpaan dengan UMNO untuk menyampaikan mesej Islam. Bila berbicara tentang mesej Islam, ianya sudah tentu demi kesejahteraan dan kebaikan umat Islam bersama tidak kira apa apa parti sekalipun. Namun rundingan ini harus dimulakan dengan segera dan tanpa syarat sebelum ianya ditentang oleh orang orang Melayu yang liberal dalam PKR.

(Gambar: Mohd Sabu pun sudah tidak aktif lagi berdemo? Dulu ketika BERSIH, Mohd Sabu menjadi ketua, sekarang tidak lagi. Apakah Mohd Sabu yang pernah menggelarkan Anwar dengan gelaran Al-J juga tawar hati dengan Pakatan Rakyat? ) Jelas sekali, sekarang ini misi Pakatan Rakyat yang didominasi oleh PKR ialah semata mata untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sahaja. Jika PAS tidak bertindak, PAS akan mengigit jari sahaja bila PKR mula membuat perjanjian dalam diam dengan DAP nanti. Sebagaimana yang berlaku dalam Perjanjian Pangkor 2 di Perak. Ianya juga berlaku di Selangor dan Penang, PAS rugi dalam Pakatan Rakyat di negeri negeri tersebut. Apakah Pemuda PAS sekarang ini sudah mula mengorak langkah untuk meninggalkan Pakatan Rakyat bila tidak ikut sama sertai demonstrasi?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Wednesday, July 16, 2008

Anwar Berbohong Tentang 5 bilion Dalam Debat

(Risalah ini diedarkan di surau surau dan kampung kampung selepas kenaikan minyak). Anwar Ibrahim berjanji dalam pilihan raya umum ke-12 bahawa dia akan turunkan harga minyak dalam jumlah yang lebih besar lagi bukannya 50 sen. Malah Anwar pernah janji dalam ceramah ceramahnya bahawa dia akan turunkan harga minyak pada kadar RM1.20 seperti mana zaman beliau menjadi TPM dulu (Lihat risalah di atas). Dalam debat Anwar berdalih mengatakan bahawa dia akan turun 50 sen. Anwar kata semasa pergulungan ada breakpoint harga minyak, ianya akan menjadi murah selepas itu. Kalau Israel serang Iran, apakah minyak akan lagi murah?

Apakah kalau harga minyak dunia jadi USD$200 setong, Anwar akan turunkan harga minyak 50 sen juga? Sedarkah kita bahawa kerajaan sekarang menambahkan subsidi bukan mengurangkan subsidi jika harga minyak terus naik. Dengan RM 5 billion ini, beliau menjanjikan pengurangan serta merta RM0.50 seliter harga runcit petrol dari RM 2.70 sekarang ini. Benarkah RM5 bilion boleh turun 50 sen, betulkah pengiraan Anwar?

Kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak hampir RM 50 billion untuk mengekalkan subisidi sebanyak RM 1.20 seliter untuk harga runcit petrol bukan sekadar 5 bilion yang dijanjikan Anwar. RM5 billion hanya akan memberi kesan sebanyak 12 sen seliter harga runcit pasaran dan bukan 50 sen. Apakah Anwar lemah matematik? Bagaimana seorang bekas penasihat kepada Wolftowitz (Bekas Presiden World Bank) boleh silap perkiraan? Sama seperti kes demonstrasi Baling, tiada orang yang mati kebuluran dan akibat keracunan ubi gadung di Kampung Wing, Baling.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Keputusan Debat Anwar vs Sabry Chek

Berikut adalah keputusan yang diberikan setelah beberapa orang rakan Majlis Debat Universiti (MADUM) dan bekas bekas hakim Debat Piala Diraja duduk semeja menilai hujah kedua dua orang pembahas ini. Anwar berperanan selaku pihak kerajaan bagi usul dan Sabry Chek berperanan selaku pihak pembangkang bagi usul. Keputusannya ialah usul ditolak oleh dewan. Ini kerana Anwar gagal menjawab dua soalan yang dikemukakan sampai akhir sesi pergulungan. Pertamanya, Anwar gagal menjawab apakah dia bersetuju subsidi terus diberikan kepada peruncit minyak di Malaysia, sedangkan 58% pasaran dikuasai oleh syarikat asing. Keduanya, Anwar gagal menjawab soalan daripada Tan Sri Nordin Kardi. Anwar juga gagal menyakinkan bahawa mekanisma apakah yang dipakainya untuk turunkan harga minyak menjadi 50 sen. Anwar sekadar menyatakan kaedah penjimatan dan andaian, sedangkan kos untuk subsidi harga minyak yang semakin naik adalah lebih besar dari jumlah RM5 bilion. Anwar gagal meyakinkan bahawa hanya RM5 bilion sahaja diperlukan untuk stabilkan harga pada kadar 2.20 seliter dan lebih murah lagi selepas itu. Akhirnya, Anwar bersetuju harga minyak terpaksa dinaikkan. Jika begitu berapa lama harga RM2.20 seliter boleh bertahan jika Anwar jadi PM? Sebulan atau seminggu sahaja? Bermakna jika hari ini memerintah, esok belum tentu harga minyak turun.
Anwar banyak memberikan andaian dan hujah dengan menggunakan logik akal. Manakala Sabry menceritakan realiti sebenar yang berlaku tetapi cuba dinafikan oleh Anwar. Malah Anwar tidak memberikan kaedah untuk mengatasi harga minyak di Malaysia sekiranya harga minyak dunia terus naik. Premis Anwar bahawa minyak akan turun pada 2.20 sen seliter dijawab secara jelas oleh Sabry. Ini menunjukkan bahawa Anwar bersetuju dengan kenaikan minyak yang sedang berlaku.

Isu rasuah, integriti dan ketirisan adalah hujah sokongan Anwar sedangkan perkara yang sama berlaku ketika beliau menjadi TPM. Malah Anwar sendiri ialah Pengerusi IMF untuk rantau Asia Tenggara ketika krisis ekonomi 1998. Apakah Anwar hendak menyalahkan dirinya sendiri selaku wakil IMF di Asia Tenggara? Anwar sendiri baik sungguh dengan IMF hinggakan berpeluk dengan Michael Camdessus (Pengerusi IMF). Bukankah Camdessus ialah bos Anwar dalam IMF?

Kesimpulannya, Anwar selaku bekas pelajar sastera di UM gagal menandingi ketenangan Sabry Chek yang merupakan bekas pensyarah ekonomi di Universiti Malaya. Anwar tidak sehebat mana pun dalam berdebat untuk mencabar separuh barisan kabinet berdebat dengannya. Selepas ini, minta Tan Sri Khalid Ibrahim vs Khir Toyo, Ustaz Azizan vs Datuk Mahazir Khalid, Tajol Rosli vs Nizar, Rafidah vs Wan Azizah atau Samy Vellu vs Gobalakrishnan. Inilah manifestasi keterbukaan demokrasi di Malaysia. Program sebegini harus diteruskan untuk mengalakkan ruang perdebatan politik secara konstruktif dijadikan medan sebenar rakyat untuk menilai isu semasa negara. Bukan lagi melalui demonstrasi di atas jalan.

AZRINIZAM BIN IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Tuesday, July 15, 2008

Anwar Datang atau Tidak ke Debat?

Malam ini ialah malam debat antara Menteri Penerangan dengan Pemimpin De Facto PKR. Anwar pernah memperlekehkan debat malam ini dengan mengatakan bahawa dia hanya mahu berdebat dengan PM atau TPM bersama dengan separuh barisan kabinet BN. Semalam, Anwar yang sepatutnya hadir di IPK pada jam 2 petang untuk memberi keterangan tentang kes liwat, tidak hadir. Anwar juga pernah lari ke Kedutaan Turki, serta mencari bermacam alasan dan dalih untuk mengelakkan diri dalam beberapa perkara lain.

Apakah Anwar akan datang atau terus mencipta alasan baru malam ini?. Dalam perdebatan tidak ada siapa yang menang dan kalah, hanya dibezakan dengan margin persepsi. Kalau mengikut gaya perbahasan ala parlimen, tajuk perbahasan yang diberi perlu disokong (pihak kerajaan) atau ditolak (pihak pembangkang). Jika diikutkan tajuk malam ini, Anwar akan bertindak selaku pihak kerajaan dan Sabrey Chek akan berperanan selaku pihak pembangkang yang menolak usul tersebut. Manakala Yang Dipertua Dewan pula ialah Datuk Johan Jaafar.

Dalam perbahasan ala parlimen, isi diberikan 40 markah, gaya 40 markah, kaedah (cara penghujahan, stuktur ayat, menjawab hujah) 20 markah. Kebiasaannya, margin menang atau kalah ditentukan oleh sejauh mana pendebat mampu mematahkan isi / hujah yang dibawakan oleh pendebat lawan. Namun, dalam berdebat ini, kadang kala penonton lebih mencari kepuasan bukannya kebenaran.

Jika penonton lebih suka melihat seseorang dikenakan dan ditertawakan maka mereka sedang mencari kepuasan. Sebaliknya, jika penonton membuka mata hati dan minda melihat isi dan hujah yang berfakta bukan logik akal semata-mata, maka mereka sebenarnya mencari kebenaran. Persoalannya dalam kesibukan rakyat mencari kebenaran, Anwar jarang datang ke tempat yang sepatutnya. Apakah Anwar akan datang malam ini?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)