Monday, June 30, 2008

Saiful Bukhari jumpa Khairil Anas sekali sahaja.

Gambar Saiful Bukhari bersama dengan tunangnya. Akibat tekanan "kerja tugas tugas khas" Saiful akhirnya membuat laporan Polis? Menurut rakan rakannya, Saiful memang merancang mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Saiful Bukhari tengah mengambil gambar. Apakah Saiful telah mengambil gambar Anwar untuk dijadikan bahan bukti? Mungkin sebab itulah Anwar lari ke bersembunyi di Kedutaan Turki?.

Saiful Bukhari (berbaju biru) bersama dengan Khairil Anas (Pegawai Khas Dato' Seri Najib). Saiful Bukhari berjumpa Khairil Anas untuk mendapatkan bantuan surat sokongan pinjaman pelajaran MARA. Menurut Khairil Anas, dia hanya sekali sahaja bertemu dengan Saiful Bukhari. Dakwaan mengatakan bahawa Saiful Bukhari pernah bekerja di Pejabat Timbalan Perdana Menteri adalah tidak benar. Gambar inilah yang ditunjukkan oleh Wan Azizah (Ketua Pembangkang) dalam sidang media pada 29 Jun 2008. Gambar ini sengaja didedahkan semata mata bertujuan untuk mengukuhkan dakwaan pembangkang bahawa ada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.

Saiful Bukhari (berkot dan bertali leher coklat, berdiri di belakang Dato' Azalina) ketika bersama-sama pemimpin pelajar yang lain. Saiful Bukhari bukanlah budak pembancuh air kopi di pejabat Anwar Ibrahim. Dia dilantik menjadi Pembantu Khas Anwar Ibrahim menggantikan tempat Rahimi Osman yang sebelum itu menjadi Pembantu Khas Anwar pada awal bulan Mac 2008. Berapa kalikah Anwar berjumpa Saiful Bukhari ?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa (GPMM)

Bapa Borek Anak Rintik

Lim Guan Eng (Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, anak Kit Siang) secara terbuka menolak perlaksanaan pemerintahan Islam di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam akhbar The Star, mukasurat 16, 16 Jun 2008. Jadi macam mana PAS hendak tubuh negara Islam kalau DAP sudah reject cadangan mereka?. Ini belum lagi memerintah Malaysia, entah-entah kalau orang Melayu undi DAP semata mata untuk menolak BN, maka DAP yang lebih berkuasa bukannya PAS atau Melayu dalam PKR.
Dalam sidang Parlimen 30 Jun 2008, Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong, anak Karpal Singh) telah melanggar peraturan Dewan Rakyat bila membangkitkan perkara yang tidak ada kaitan dengan perkara yang dibincangkan. Gobind Singh terus menerus tidak mengendahkan teguran dari Speaker Dewan Rakyat. Di luar dewan, Gobind Singh Deo mempertikaikan siapa Speaker Dewan Rakyat untuk menghalaunya keluar. Gobind Singh menyatakan ini bukan cara yang demokrasi. Terlupakah Gobind bahawa kalau negara ini tidak demokrasi, dia pun tidak boleh jadi ahli parlimen. Dahulu, bapanya iaitu Karpal Singh telah mempertikaikan kuasa Sultan, hari ini anaknya pula melawan cakap Speaker. Ketika Dato' Seri Najib tengah berucap, bangun pula Kit Siang membantah. Seterusnya mengajak semua ahli parlimen pembangkang keluar dari Dewan dalam keadaan bising dan tanpa mengikut peraturan dewan. Yang menariknya ahli parlimen Melayu PKR dan PAS ikut sama rentak Kit Siang. Tidak sedarkah mereka bahwa Kit Siang bukan Ketua Pembangkang atau Timbalan Ketua Pembangkang pun. Kit Siang yang duduk bersebelahan dengan anaknya Guan Eng tidak hormat lagi pada Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang? Inilah padahnya bila wakil DAP yang anak beranak ini menguasai Dewan Rakyat. Siapapun jadi Ketua Pembangkang, Wan Azizah atau Haji Hadi Awang, DAP sudah tidak ada hormat lagi pada orang Melayu. Samalah seperti di Johor, kerana angkuh dan sombong, DAP tidak mahu pakai songkok.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Sunday, June 29, 2008

Liwat Saiful Bukhari: Kenapa Anwar sembunyi-sembunyi?

(Gambar: Saiful Bukhari ketika bertunang). Jika Anwar Ibrahim benar tidak meliwat Saiful Bukhari, mengapa Anwar Ibrahim perlu sembunyikan diri?. Ada tiga kenyataan yang berbeza tentang tempat persembunyian Anwar. Ada yang cakap di Quality Hotel, Kedutaan Turki dan yang paling menarik ialah kenyataan Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR) yang menyatakan bahawa Anwar bersembunyi di satu tempat rahsia dalam negara ini. Jika benar ada ancaman terhadap nyawa Anwar, maka Anwar perlu membuat laporan. Mengapa hendak lari kalau tidak bersalah.
(Gambar: Flyers Saiful Bukhari semasa menjadi calon dalam pilihan raya kampus UNITEN bagi sesi 2006/07). Saiful Bukhari menang dalam pilihan raya kampus dan dipilih menjadi Timbalan Presiden MPP UNITEN. Saiful Bukhari berasal dari Bandar Utama Utara, Subang. Ketika menjadi Timbalan Presiden, Saiful Bukhari diasak hebat untuk menunaikan janji mempercepatkan pinjaman PTPTN bagi pelajar-pelajar. Orang yang terbabit mengecam Saiful ialah Najwan Halimi (pelajar Ijazah Mechanical UNITEN, penyokong Anwar Ibrahim). Akibat tidak tahan dengan tekanan dan desakan pelajar, Saiful Bukhari lari dari UNITEN dan tidak menamatkan pengajian di UNITEN. Najmi Halimi terlalu obses kepada Anwar Ibrahim tapi cemburu dengan Saiful. Ini kerana Saiful yang terpilih dan rapat dengan Anwar Ibrahim. Saiful Bukhari baik dengan Rahimi Osman (Pegawai Pejabat Anwar Ibrahim, sepupu Najmi) ketika itu. Rahimi Osman seterusnya membawa masuk Saiful Bukhari sebagai pembantu khas Anwar Ibrahim. Saiful Bukhari telah membantu kempen Anwar semasa PRU12. Pihak pembangkang setakat ini sepakat mengatakan bahawa Anwar dianiaya. Benarkah Anwar kena aniaya? Jika ia benar-benar berlaku bolehkah penyokong PKR menerimanya dengan penuh ketenangan? Atau masih menyalahkan pihak-pihak lain (mahkamah dan polis) sebagai tidak adil kepada Anwar? Apakah Anwar keluar dari penjara pada 2005 dulu kerana mahkamah tidak adil?


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa (GPMM)

Benarkah Anwar Ibrahim liwat Saiful Bukhari?

Inilah gambar Saiful Bukhari Azlan (no. k/p 850706015687, 23 tahun, bekas Pembantu Khas Anwar Ibrahim). Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Travers pada 28 Jun 2008 terhadap Anwar Ibrahim (Pemimpin De Facto PKR) atas tuduhan liwat.

Saiful Bukhari pernah dibuang dari UNITEN. Apakah sebab dia dibuang belajar? Mengapa orang yang dibuang belajar diambil jadi pembantu khas Anwar Ibrahim? Taib Azamuden (Bekas Imam Besar Masjid Negara, Ahli Parlimen Baling) tentu mempunyai pengalaman bagaimana pengakuan Sukma tentang Anwar Ibrahim. Mengapa Anwar Ibrahim bersembunyi di Kedutaan Turki bukannya Kedutaan Amerika Syarikat? Apakah perhimpunan besar pada 14 Julai nanti ialah perhimpunan untuk bebaskan Anwar bukannya untuk berjuang tentang isu minyak? Apakah perkara ini ada perkaitan dengan perbalahan antara Yahya Sahri dan Khalid Ibrahim?
Kita sama-sama nantikan laporan DNA Saiful Bukhari kerana mengikut laporan, kali terakhir Saiful diliwat ialah pada 26 Jun 2008. Apakah kali ini Anwar akan meminta pertolongan Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) dan pemimpin pemimpin ulama PAS untuk bersembahyang hajat memohon petunjuk dari Allah SWT tentang kes liwat Anwar? Jika benarlah tidak bersalah, Tuhan akan makbulkan doa orang yang teraniaya. Tetapi sebaliknya jika tidak, orang PKR dan PAS harus menerima fakta dan hakikat yang sebenarnya.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Janji Tinggal Janji

Kit Siang berjani akan memberi Bonus Malaysia sejumlah RM6,000 kepada mereka yang berpendapatan bawah RM6,000 setahun. Tetapi di Pulau Pinang, duit RM50 secara bulanan yang hendak diberikan kepada guru KAFA, masih belum lagi dilunaskan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. DAP mengajak rakyat "jom ubah"..., sebenarnya siapa yang lebih kuat bila orang Melayu bersama sama termakan ajakan DAP ini? Siapa yang lebih untung bila DAP mengajak "jom ubah"? Bila sudah memerintah Pulau Pinang, selama lebih 3 bulan, DAP tidak ubah apa apa pun untuk Malaysia yang lebih baik. Melainkan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ketika hari pertama masuk ke pejabat pentadbiran negeri Pulau Pinang.

"Hanya DAP yang kuat sahaja dapat melakukan semua ini", apakah maksud tersirat motto DAP ini? Kepada siapa sebenarnya sasaran motto DAP ini? Kenapa perlu tekankan ayat "hanya DAP yang kuat" ? Apakah ditujukan juga kepada orang orang Gerakan, MCA, SAPP, SUPP dan parti parti lain? Siapa yang perlu jadi kuat itu?


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Wednesday, June 25, 2008

Nasharuddin Ketuai Golongan PAS Reform Masuk UMNO

Pakatan Kit Siang & The Geng yang mendominasi Pakatan Rakyat sekarang.

Nampaknya kejadian kepimpinan PAS keluar beramai ramai pada 1982 kerana tidak bersetuju dengan Allahyarham Tan Sri Asri Muda (Yang Dipertua PAS) akan berulang lagi. Selepas 26 tahun, golongan ulama dan ustaz dalam PAS sudah mulai tersedar bahawa perjuangan PAS sekarang sudah jauh menyimpang daripada target untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Malah PAS sudah boleh bekerja sama dengan DAP, yang secara terang terangan menolak negara Islam. Situasi kali ini ialah mereka tidak puas hati terhadap Presiden iaitu Haji Hadi Awang yang banyak terpengaruh dengan pemikiran Anwar Ibrahim.

Langkah untuk membawa masuk PAS kembali dalam UMNO kali ini, dipikul oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS). Bersama sama dengan Mustapha Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu), Haron Taib (Ketua Dewan Ulama PAS) dan Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS). Usaha Ustaz Nasharuddin ini direstui oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Semuanya bakal kembali pulang ke gagang. Termasuklah Tuan Guru Nik Aziz yang suatu ketika dahulu pernah bertugas sebagai Pegawai KEMAS sebelum masuk PAS. Nik Aziz sudah berusaha untuk menyatukan orang Melayu PAS dan UMNO sejak mula mula masuk PAS lagi?

Ustaz Nasharuddin sudah beberapa kali bertemu, berbincang dan menelefon dengan beberapa orang pemimpin UMNO untuk berunding dan menyatukan kembali orang Melayu. Namun khabarnya, usaha ini ditentang keras oleh golongan liberal PAS yang tidak suka melihat PAS dan UMNO bergabung kembali. Golongan liberal PAS ini adalah kalangan bekas bekas orang Anwar Ibrahim yang sekarang ini sudah berada dalam posisi tertinggi kepimpinan PAS. Mereka termasuklah Haji Hadi Awang, Kamaruddin Jaafar, Husam Musa dan Mahfuz Omar.
Ustaz Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah) pastinya akan berhati hati dengan pemilihan tender balak untuk orang orang PAS kali ini. Hendak beri kepada orang Nasharuddin Mat Isa atau memenuhi permintaan Mahfuz Omar?

Kalangan orang orang PAS yang sudah mendapat jawatan sebagai wakil rakyat, ahli parlimen, exco kerajaan negeri dan Menteri Besar sudah mula berkira kira menghitung angka dalam akaun. Masakan tidak, projek balak dan tender terbuka di depan mata. Siapa yang menentang arus dan mengikut Ustaz Nasharuddin pastinya akan dicantas daripada mendapat projek dan tender. YB PAS yang sudah menang sudah banyak terhutang budi pada Anwar, Kit Siang dan Karpal. Slogan kepimpinan bersama ulama dan membangun bersama Islam sudah mula dipinggirkan secara perlahan lahan.

Golongan “reformis PAS” sedar mereka tidak mendapat apa apa keuntungan pun daripada keputusan Pilihan Raya Umum Ke 12. Malah mengambil pendekatan akhdzu bi ahaffu al-dharurain (memilih yang lebih ringan antara dua mudarat), Ustaz Nasharuddin melihat sudah sampai masanya orang Melayu bersatu hanya dalam satu parti yang kuat sahaja iaitu UMNO. Daripada 82 orang ahli parlimen DAP, PKR dan PAS, hanya 43 orang sahaja Melayu, selainnya ialah bukan Melayu sejumlah 39 orang. Hanya lebih 4 orang sahaja, siapa yang lebih kuat dan dominan dalam pembangkang? Melainkan kalau bukan DAP.

21 Jun 2008, Koh Tsu Koon (Pemangku Presiden Gerakan) sudah berani berkata dominasi dalam UMNO perlu dikurangkan. 26 Mei 2008, Kit Siang telah berkata tidak perlu lagi Ketuanan Melayu. Ada tak Gerakan dan DAP bertelingkah sesama sendiri tentang soal bangsa mereka? Bila satu parti Melayu yang kuat seperti UMNO diasak dengan kuat, semua pemimpin bukan Melayu mula ambil kesempatan. Yong Teck Lee, Koh Tsu Koon, Kit Siang, Karpal, Guan Eng semuanya asak UMNO kerana mereka mahu melihat parti Melayu yang paling kuat menjadi lemah. Chin Peng pun sekarang ini tengah berusaha memohon untuk kembali ke Malaysia.

Memang wajar Nasharuddin mengetuai gerombolan besar pemimpin ulama PAS menyerahkan borang UMNO untuk bersama sama memperkuatkan UMNO sebagai parti utama orang Melayu. Sudah sampai masanya orang Melayu kena bersatu dan bijak dalam politik. Tinggalkan PAS yang dipimpin oleh Haji Hadi, DAP yang diketuai Kit Siang dan PKR yang diasaskan Anwar untuk bersama dalam UMNO. Sebenarnya asal PAS adalah dari Biro Agama UMNO juga, jadi tidak salah Nasharuddin membawa kembali PAS bersama sama dengan UMNO.


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Malaysia (GPMM)

Tuesday, June 24, 2008

Satu Persatu Dipecat Oleh Khalid


Mangsa terbaru Khalid: Yahya Shahri (Pegawai Kanan Menteri Besar Selangor, orang PKR). Mukanya begitu marah benar dengan Khalid Ibrahim.

Selepas memecat Pengarah Lembaga Muzium Negeri Selangor pada 9 Jun 2008 dan menggelarkan Maimunah Mohd Said sebagai artifak, pada 23 Jun 2008, Khalid sekali memecat orang.

Mangsa Khalid kali ini ialah Yahya Shahri (Pegawai Kanan Menteri Besar Selangor, orang PKR). Alasan Khalid ialah Yahya Shahri menyalahgunakan kuasa dan memonopoli pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya.


Penyokong-penyokong Yahya telah pun membuat gerakan untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Mereka merancang membuat piket, mengedar risalah dan menghantar memorandum kepada Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim.

Yahya menyatakan Khalid Ibrahim hanya mementingkan kumpulan kroninya yang elit dan korporat. Yahya menyatakan golongan marhaein dan “R” kecil sepertinya dipinggirkan. “R” bermakna golongan reformasi bawahan seperti Hishamuddin Rais, Khairul Anuar Ahmad @ Jonah, Yahya dan Amin Iskandar yang mula dipinggirkan oleh kerajaan negeri Selangor. Malah Jonah tidak diiktiraf oleh Khalid Ibrahim selaku Ketua AMK Selangor.

Khalid Ibrahim dituduh mendapat komisyen dengan memberi projek rumah kedai kepada Lim Kim Hong (Kroni Khalid) di Seksyen 7, Shah Alam. Lim Kim Hong adalah bekas pemegang saham Kanzen Berhad dan Dreamland Holdings Bhd. Kini perniagaan Lim kembali aktif dengan pertolongan Khalid melalui syarikat Sumurwang Sdn Bhd dan i Bhd. Lim adalah funder Khalid sejak Khalid berada di Guthrie lagi. Apakah Lim juga menjadi funder projek kandang “sesuatu” di Sepang?

Ezam Mohd Noor pula menuduh Khalid mengutip derma daripada kontraktor kontraktor yang memohon projek di Selangor untuk sambutan 100 hari Pakatan Rakyat. Menurut Ezam duit yang diderma itu bukan untuk sambutan program sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun PKR. Akaun yang mana satu? Akaun peribadi Khalid, akaun Lim atau akaun PKR?

Khalid mengakui bahawa dia memang mengutip derma daripada kontraktor dan wang itu dimasukkan ke dalam akaun parti. Dakwanya perbuatan sebegitu adalah tidak salah. Benarkah tidak salah?

Sambutan 100 hari pemerintahan Khalid juga tidak mendapat sambutan dari ahli ahli PAS. Tidak sampai target 100,000 penonton pada sambutan itu. Nampaknya Nik Aziz dan Haji Hadi Awang sudah mula memboikot program program tajaan Khalid di Selangor. Apakah mereka tidak setuju dengan isu babi dan rumah ibadat bukan Islam yang semakin membesar di Selangor?


Penyokong PAS beranggapan program itu dimonopoli oleh orang orang PKR sahaja. Tiada pun bendera dan logo PAS digantung semasa program. Orang PAS beranggapan Khalid mahu mempotretkan Anwar Ibrahim sahaja, bukan Nik Aziz dan Haji Hadi secara bersama.

Khalid Ibrahim pula menyalahkan PAS kerana cuba mensabotaj program sambutan dengan tidak memasang bendera mereka sendiri dan tidak hadir ke program tersebut. PAS pula menyalahkan Khalid memberi notis lewat iaitu satu hari sebelum program selain tidak berbincang terlebih dahulu dengan PAS untuk mengadakan sambutan.


Nampaknya orang orang PAS sudah mula sedar mereka hanya dikudakan sahaja oleh Khalid Ibrahim di Selangor. Khalid langsung tidak menghiraukan sensitiviti orang orang PAS bila menjemput Ella dan Mas Idayu ke stadium. Orang PAS mahukan Akil Hay dan Mawi bukannya Ella dan Mas Idayu. Nasib baik Khalid tidak jemput Inul Goyang Gerudi, kalau tidak yang penuh dalam stadium ialah penyokong Ellie Aboy kesemuanya.

Apakah selepas ini Khalid akan memecat pula Dollah Salleh kerana kalah perlawanan piala FA? Atau Khalid akan memecat Hassan Ali pula sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor?


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Monday, June 23, 2008

Janji Janji Manis Pakatan Rakyat

Jumlah keluaran minyak Malaysia ialah 700 ribu setong sehari. Sumber: (Energy Information Administration, USA, Januari 2008). Itupun Petronas hanya keluarkan 75% (termasuk yang dikeluarkan oleh Petronas Carigali) dari 700 ribu tong tersebut. Selainnya ialah Shell, Exxonmobil dan Esso. Sumber minyak di Malaysia dijangka dapat bertahan selama 22 tahun lagi sahaja.

Berbanding di Venezuela 2.4 juta tong sehari. Harga di Venezuela memang murah disebabkan penggunaan minyak di sana tidak sama seperti di Malaysia. Jumlah penduduknya hampir sama dengan Malaysia iaitu 27 juta. Daripada 1,000 kelahiran bayi, 18 meninggal dunia di Venezuela. Kadar kesihatan di kawasan luar kota adalah teruk di Venezuela. Tidak seperti di Malaysia, ada subsidi untuk hospital dan klinik desa.

Keluaran Malaysia kurang 1% dari keluaran minyak dunia. Jadi tidak adil mengatakan kenapa Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak tidak meletakkan harga yang murah seperti Venezuela.
Gambar : Berapakah gelen minyak yang digunakan untuk latihan ketenteraan pesawat-pesawat Israel untuk menyerang Iran? Jadi Israel serang Iran sebab minyak atau nuklear?

Amerika juga negara pengeksport minyak dunia. Apakah Anwar Ibrahim yang selalu berulang alik ke Amerika terlupa menyebut Amerika sebagai negara pengekport minyak? Harga seliter minyak di Amerika lebih mahal dari Malaysia. Berbanding dengan Amerika Syarikat yang mengeluarkan 4.9 juta tong sehari. Ini belum dicampur dengan Iraq sejumlah 3.7 bilion tong sehari yang sekarang ini sudah pun dikuasai dan dijajah oleh Amerika. Kenapa harga minyak Amerika mahal sedangkan pengeluaran minyak di sana kuantitinya besar?

(Gambar: Kedudukan tentera Amerika Syarikat di beberapa buah negara yang berdekatan dengan sumber minyak. Adakah semua ini dirancang untuk menguasai minyak ?) Stok minyak di Amerika Syarikat hanya mampu bertahan selama 11 tahun sahaja lagi. Mungkin inilah sebabnya mereka ke seluruh dunia mencari minyak tetapi alasan yang diberi ialah mencari pengganas. Anwar perlu minta Exxonmobil tambah subsidi di Amerika dulu, sebelum desak nak ambil subsidi Petronas di Malaysia.

Kita boleh minta Petronas subsidi semuanya tetapi lama kelamaan kantung subsidi negara akan mengecil bila Petronas kurang aktiviti pelaburan luar. Petronas menyumbang 35% daripada kantung subsidi negara. Jangan sampai kita terkurang duit untuk mendapat subsidi dalam sekolah, hospital, klinik kerajaan dan universiti. Kalau hendak membantu masyarakat, jangan lari dari bayar cukai dan zakat.
PAS di Kedah pun tidak ada wang untuk sara Kerajaan Negeri. Terpaksa tebang balak di kawasan tadahan air untuk dapat RM100 juta. Bagaimana kalau mereka perintah Malaysia bersama PKR nanti? Masing-masing pasti berebut hendak jadi ahli lembaga pengarah Petronas atau mahu agihan duit Petronas untuk mereka. Duit guru KAFA sebanyak RM50 pun belum diberikan lagi di Penang. Dulu kuat mereka tembak kata Kerajaan Negeri BN tidak pandai tadbir, sekarang apa dah jadi di Kedah dan Penang? Sekarang manislah mulut mereka janji nak turun harga minyak. Perkara yang sudah ada dalam genggaman pun mereka tidak buat lagi.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Sunday, June 22, 2008

Artifak : Maimunah vs Khalid

Maimunah Mohd Said (Bekas Pengarah Lembaga Muzium Negeri Selangor) menyatakan bahawa Khalid Ibrahim tidak sepatutnya menggelarkan dirinya sebagai “artifak” yang menyebabkan kontraknya ditamatkan pada 9 Jun 2008. Maimunah sepatutnya mempunyai kontrak sampai 30 November 2008. Inikah cara manifesto PKR? Di manakah kebajikan keluarga Maimunah?

Apakah Khalid menuruti kaedah sama yang dilakukan oleh Nizar (MB Perak) ke atas Pengarah Jabatan Agama Islam Perak? Bukan sekadar di Muzium yang cuba diganggu oleh Khalid, malah sekarang ini Khalid juga merancang untuk mengambil alih persatuan persatuan penduduk dan kelab rukun tetangga di seluruh Selangor.
Sebuah dewan yang dikunci dan tidak dibenarkan untuk diadakan aktiviti sejak berada 100 hari di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor (Gambar). Mungkinkah kunci dewan ini akan dibuka setelah persatuan penduduk bertukar tangan kepada orang Khalid Ibrahim nanti?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Saturday, June 21, 2008

Khalid lawan Azizan

Inilah manifesto sebelum PKR dan PAS menang di Selangor. Masih banyak yang belum dibuatnya sebagaimana yang djanjikan semasa pilihan raya. Apa yang dibuat dahulu ialah "mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama bukan Islam” iaitu pada 2 April 2008 melalui penubuhan sebuah jawatankuasa agama bukan Islam.
Harga tiket bola untuk perlawanan akhir antara Selangor dan Kedah juga naik iaitu RM20 untuk tempat duduk yang tidak berbumbung. Pastinya ramai yang berfikir dua kali sebelum ke stadium Shah Alam untuk tengok Gergasi Merah (Pasukan Khalid Ibrahim- PKR) lawan Kenari (skuad Azizan Abdul Razak – PAS). Mungkin ramai yang akan beralih ke Euro 2008 antara Russia dan Belanda. Nampaknya Khalid tidak boleh beri tiket masuk stadium percuma sebagaimana yang dilakukan oleh Azizan di Kedah. Keputusannya Azizan menang 3-2, tapi Azizan tiada di sisi Sultan, Khalid pula yang ada menyampaikan piala.

Seorang pengemis yang tidur di kaki lima sebuah bank di Subang Jaya (Gambar diambil pada 17 Jun, genap 100 hari pentadbiran Selangor). Mana dia negara kebajikan PAS dan janji rumah kepada rakyat seperti dalam manifesto PKR? Mulai hari ini, rakyat Selangor boleh menghitung hari di kalendar kalau kalau Khalid Ibrahim akan memenuhi semua manisfesto ini.

Belum pun 100 hari, apa yang dibuat terlebih dahulu ialah pengumuman projek RM100 juta Barisan Alternatif Barisan Impian (BABI) di Sepang dan cadangan pembesaran rumah ibadat bukan Islam oleh Xavier dan Ronnie Liu. Kalau 1,000 hari apakah pula yang akan dibuat?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Thursday, June 19, 2008

Buah Tangan 100 hari Kerajaan Campuran PKR, DAP dan PAS di Selangor

Sudah 102 hari, inilah hadiah dari kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS di Selangor. Pada 2 April 2008, Khalid telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengurus rumah-rumah ibadat bukan Islam di seluruh Selangor. Jawatankuasa itu diketuai oleh tiga ahli majlis mesyuarat kerajaan iaitu Xavier Jayakumar (ADUN PKR), Ronnie Liu (ADUN DAP) dan Teresa Kok (ADUN DAP).
Pada 9 Jun, Xavier dan Ronnie Liu pula mengumumkan menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Inlah buah tangannya. Tanah untuk projek pembesaran ini masih merah lagi.

Berikut adalah gambar-gambar tentang pembesaran sebuah Gereja First Baptist di Lot No.8328, Jalan SS17/1, Subang Jaya yang sedang dalam proses pembesaran dalam Parlimen Kelana Jaya. Untuk makluman Parlimen Petaling Jaya diwakili oleh Gwo-Burne Loh, bekas perakam klip video VK Lingam.
Cadangan membina tambahan 1 blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi dewan, tandas, bilik sembahyang, bilik agama serta 2 tingkat tempat letak kereta dan 1 unit bilik sampah.

Apakah pula reaksi orang orang Melayu PAS dan PKR tentang pembesaran ini ?


AZRINIZAM IBRAHIM
Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Tuesday, June 17, 2008

Konsert 100 hari

17 Jun ialah hari yang mengembirakan untuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibenarkan untuk didaftarkan sebagai parti politik. 17 Jun juga genapnya 100 hari Pakatan Rakyat menang di Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim merancang mengadakan konsert menjemput Ella dan Mas Idayu di Stadium Shah Alam pada 6 Julai nanti. Namun cita cita Khalid Ibrahim untuk mendengar penyanyi lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan dan Rama Rama ini dibantah oleh Dewan Pemuda PAS. Pastinya ia akan menarik golongan sosialis sama.

Sallehen Mokhyi (Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor), yang menyerahkan memorandum itu kepada Nik Nazmi (SU Politik Khalid Ibrahim), berharap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "bertindak segera agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi (dalam Pakatan Rakyat) khususnya PAS."

Sallehen Mokhyi mendakwa konsert anjuran syarikat kerajaan negeri Kelab Darul Ehsan Bhd itu sebagai "pembaziran dan gaya hidup mewah", Sallehen berkata ia mengundang imej tidak baik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, apatah lagi imej Islam di ambang 100 hari menguasai Selangor.

Amin Iskandar (Jurnalis Suara Keadilan) berkata tindakan Pemuda PAS Selangor itu sebagai "menipu" rakyat kerana bercanggah dengan manifesto parti itu dalam pilihanraya umum lalu.

"Tindakan ini tidak demokratik. Kenapa tidak tulis dalam manifesto dulu? Tindakan ini menipu rakyat. Kalau dulu tulis, itu OK. Dia kena sedar, Pakatan menang, termasuk PAS, dalam kawasan berkomposisi pelbagai kaum. Jadi tuntutan itu tidak sesuai dengan aspirasi Pakatan. "Yang memenangkan mereka dulu bukan (penyokong) PAS saja, tetapi semua pihak. Jangan lupa pada Cina yang buka bilik gerakan untuk mereka dan India yang bertakbir selepas ceramah PAS dulu," kata Amin Iskandar lagi.

Barulah kita tahu sekarang bahawa ada juga orang India yang bertakbir untuk orang PAS dalam PRU12 yang lepas. Selama ini kita sudah pun mendengar bagaimana Gobalakrishnan (Ketua Kelab Penyokong PAS Kaum India) membaca ayat suci Al-Quran. Nampaknya AMK dan Ketua Dewan Pemuda PAS sudah bertikam lidah. Khairul Anuar Ahmad (Naib Presiden AMK) sendiri tidak diiktiraf oleh Unit Media Kerajaan Negeri Selangor sebagai Ketua AMK Selangor. Apakah jawatan itu akan diberikan kepada Nik Nazmi ?
Khalid Ibrahim dalam wawancaranya dengan sebuah media menyatakan bahawa Islam Hadhari adalah membuang masa. Jadi apakah menjemput Ella dan Mas Idayu untuk merayakan 100 hari kemenangan PKR tidak membuang masa ?

PAS telah membuat bantahan terhadap konsert. Apakah PAS takut untuk memprotes Xavier dan Ronnie Liu yang membuat pengumuman untuk membesarkan rumah ibadat bukan Islam ? Sedang PAS sibuk dengan demonstrasi, orang-orang bukan Islam pula sibuk membesarkan rumah ibadat mereka. Tidakkah PAS sedar bahawa mereka hanya digunakan oleh Anwar untuk demonstrasi besar-besaran pada 14 Julai nanti. Yang akan hadir pastinya semua orang Melayu. Sedangkan DAP dan PKR sedang sibuk mengambil kesempatan memperbesarkan sesuatu di kawasan mereka. PAS takut nak menentang Xavier dan Ronnie Liu? Kenapa tidak buat demo bantah cadangan Xavier dan Ronnie Liu?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Monday, June 16, 2008

Siri 2: Dana Neo Konservatif

Azmin Ali (Naib Presiden PKR) pernah menjemput NGO Antarabangsa untuk datang Malaysia (Suara Keadilan, 108, 22 Mei – 5 Jun 2007). Carl Gershman (Presiden NED) pernah hadir di Kuala Lumpur pada 15 Mac 2008 memuji sistem pilihan raya di Malaysia. Itu pun setelah Pakatan Rakyat menang di 5 buah negeri. Pada 1 Disember 2005, ketika Anwar Ibrahim hadir memberi ucapan dalam "The Future of Muslim Democracy" di New York, Anwar menyatakan bahawa dia menjemput pemerhati asing untuk hadir dalam pilihan raya umum yang ke-12. Anwar mendakwa berlakunya ketidak adilan dalam proses pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir, Kelantan. Anwar mendakwa pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR sebagai tidak adil. Anwar dakwa lima buah negara asing bersetuju untuk datang memantau dalam pilihan raya umum ke-12. Anwar telah mengajak sama Carl Gershman (Presiden NED) datang dan tinjau pilihan raya di Malaysia. Seminggu selepas hari pengundian pada 8 Mac 2008, Gershman benar benar hadir di Malaysia.

Penaja ketiga terbesar PNAC ialah Bradley Foundation yang berpusat di Milwaukee, Wisconsin. Mempunyai aset setengah bilion. Menurut laporan kewangan tahunannya pada 1998, Bradley menyumbang dana sejumlah USD $30 juta setahun secara berterusan kepada kumpulan neo konservatif. Pada awal 1990an, Bradley Foundation telah membantu dana untuk majalah “The American Spectator”.
Bradley Foundation menaja George C. Marshall Institute, sebuah institut yang mengendalikan penaksiran secara saintifik isu yang boleh menjejaskan polisi awam atau dikenali sebagai global warning. Phil Wilayto (penulis Workers World Party) mengeluarkan laporan setebal 140 halaman berkaitan Bradley Foundation. Antara lain, Wilayto mendakwa Bradley Foundation terlibat menaja kegiatan mengeksploitasi masyarakat kulit hitam Milwaukee dan terlibat secara sistematik menindas masyarakat miskin di Wisconsin.

Sarah Scaife Foundation, John M. Olin Foundation dan Bradley Foundation adalah antara dana yang digunakan oleh gerakan neo-konservatif untuk mengekalkan penguasaan politik dalam kabinet Amerika Syarikat. National Endowment for Democracy (NED) pula digunakan sebagai dana pembiayaan demokrasi di peringkat antarabangsa.

Selain itu, Carnegie Endowment for International Peace turut digunakan untuk mencapai “keamanan” mengikut citarasa neo konservatif di peringkat antarabangsa. Robert Kagan adalah ahli bersekutu senior di Carnegie Endowment for International Peace. Robert Kagan adalah pengasas bersama PNAC bersama-sama dengan William Kristol (Pengerusi PNAC). Robert Kagan adalah antara think tank utama neo konservatif di samping Wolfowitz.

Dulu Anwar berpeluk bersama dengan Michael Camdessus (Pengerusi IMF, Yahudi). Geogre Soros (spekulator matawang berketurunan Yahudi) sekarang bersama dengan Anwar Ibrahim sebagai Executive Committe dalam International Crisis Group, ICG). Morton Abramowitz (bekas Duta Amerika Syarikat di Turki dan Thailand) adalah peneraju utama ahli lembaga pengarah ICG. Morton Abramowitz juga pernah menjadi President Carnegie Endowment for Peace. Apakah diwujudkan ICG sebagai pengganti kepada IMF ? Dulu Anwar adalah wakil IMF di Asia Tenggara, kini Anwar dilantik dalam ICG pula. Apa agenda melantik Anwar?

Dulu IMF pernah menawarkan bantuan kewangan untuk memulihkan ekonomi negara negara harimau di Asia semasa krisis kewangan akibat serangan spekulator matawang. Kini, negara negara Asia sekali lagi dihimpit dengan tekanan harga minyak setelah dimanipulasi oleh spekulator oil futures dan hedge funds. Apakah kali ini ICG pula akan menghulur bantuan untuk selesaikan krisis?
Pada 13 Oktober 2006, Anwar Ibrahim telah menyampaikan ceramah bertajuk “God is Back: Politics and Religion in the XXIst Century" di Carnegie Endowment for International Peace. Bolehkah Tuhan dianggap sebagai bercuti atau tiada? Apa relevannya tajuk “God is Back” disampaikan oleh seorang islam? “Saya tak akan berjanji kalau saya tak dapat menunaikan” kata Anwar. Begitu yakin benar Anwar mahu menjadi Perdana Menteri dan boleh turunkan harga minyak. Jika Anwar Ibrahim hendak subsidikan minyak, dari mana agaknya Anwar hendak dapatkan sumber tersebut?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Siri 1: Dana Neo Konservatif

26 Januari 1998, Project New American Century (PNAC) telah mengutuskan satu surat desakan kepada Bill Clinton (bekas Presiden Amerika Syarikat) untuk menggunakan tindakan tegas dan agresif (serangan) bagi menyingkirkan Saddam Hussein (bekas Presiden Iraq) demi menjaga kepentingan Amerika dan sekutunya yang lain.

Perancangan untuk mengutuskan surat ini dilakukan oleh Robert Kagan (Pengasas PNAC, wakil US di NATO), Donald Rumsfeld (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat), William Kristol (Pengerusi PNAC), Richard Perle (Ahli Lembaga Penasihat JINSA, bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Paul Wolfowitz (Bekas Presiden Bank Dunia).

PNAC diasaskan oleh 20 orang ahli neo konservatif pada 3 Jun 1997 dan berpusat di Washington DC. Dana PNAC dibiayai oleh Sarah Scaife Foundation, John M. Olin Foundation dan Bradley Foundation. Kumpulan neo-konservatif ini majoritinya adalah berbangsa Yahudi.
Setiap Presiden Amerika adalah boneka golongan neo konservatif ?. Mengapa kumpulan neo-konservatif mempunyai pengaruh yang cukup kuat dalam kabinet Amerika Syarikat ? Tidak kira parti Republikan atau Demokrat yang memerintah White House, neo-konservatif tetap berpengaruh. Sama ada John Mc Cain atau Obama yang menang sebagai Presiden menggantikan Bush, neo konservatif tetap berkuasa. Sokongan dari dana dan yayasan neo konservatif adalah antara faktor penyumbang pengekalan kuasa kumpulan neo konservatif ini.

Sarah Scaife Foundation adalah penyumbang terbesar dana neo konservatif. Beribu pejabat di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Diasaskan oleh Richard Mellon Scaife (billionair minyak Amerika Syarikat, Pengerusi Gulf Oil Corporation) mengambil nama ibunya, Sarah. Richard Mellon adalah key figure dalam kumpulan neo konservatif sejak 1960an lagi. Mulai aktif menyumbang dana untuk kumpulan neo konservatif sejak 1973, setelah memegang jawatan Pengerusi Gulf Oil Corporation. Pada tahun 1993, sejumlah USD $17.6 juta disalurkan kepada sejumlah 150 kumpulan neo konservatif di Amerika Syarikat.

Menurut kajian yang dilakukan oleh National Center for Responsive Philanthropy, aset Sarah Scaife Foundation pada 2001 sahaja ialah berjumlah USD $323 juta. Antara tahun 1985 dan 2003 sejumlah USD $90,962,675 disalurkan kepada 20 institut dasar dan strategi di seluruh Amerika Syarikat. Termasuklah Carnegie Institute yang menerima USD $7.17 juta, Free Congress Foundation sejumlah USD $16.36 juta dan Ethics & Public Policy Center yang menerima sejumlah USD $2.58 juta.
Sejumlah sepuluh organisasi think tank neo konservatif menerima sejumlah USD $59 juta. Manakala, sepuluh instituisi guaman dan perundangan menerima dana sejumlah USD $33.6 juta. Sejumlah USD $29.9 juta pula disalurkan kepada 10 universiti. Tufts University menerima dana yang paling banyak iaitu sejumlah USD $4.3 juta diikuti oleh University of Pittsburgh dan University of Chicago. Lima kumpulan media terpilih seperti American Spectator Educational, Foundation Incorporation Accuracy in Media, Reason Foundation Foundation for American Communications dan Media Research Center, Inc. menerima sejumlah USD $12.3 juta.

Scaife juga terlibat menaja akhbar Pittsburgh Tribune-Review pada 1969 dengan dana sejumlah USD $5 juta. Scaife Foundation turut terlibat menaja Arkansas Project sejumlah USD $1.8 juta, yang seterusnya membawa kepada pendakwaan terhadap Bill Clinton. Arkansas Project adalah nama yang diberikan kepada beberapa siri konspirasi yang dirancang bertujuan untuk menjatuhkan Bill Clinton. Antaranya ialah tragedi pembunuhan Vincent Foster (Timbalan Penasihat White House kepada Presiden Bill Clinton), kontroversi Whitewater dan skandal Troopergate.
Presiden George W. Bush bersalaman dengan ahli American Enterprise Institute (AEI) di Washington DC pada 15 Februari 2007. "I recently announced a new strategy for Iraq - it's a plan that demands more from the Iraqi government. Not only do we demand more from the Iraqi government, but so do the Iraqi people demand more from the Iraqi government. They want to live in peace" kata Bush dalam ucapannya di program AEI.

Penyumbang kedua terbesar kumpulan neo konservatif ialah John M. Olin Foundation. Diasaskan pada tahun 1953 oleh John M. Olin (Presiden Olin Industries). Olin Industries menjalankan kegiatan perniagaan senjata api dan bahan kimia. Antara penerima utama dana Olin Foundation adalah American Enterprise Institute (AEI). AEI adalah platform utama kumpulan neo-konservatif untuk mengumpul dana perang di Iraq dan membantu penaklukan Israel di Palestin. Pada tahun 1998, sejumlah USD $55 juta telah diagihkan dalam bentuk geran dan dana oleh Olin Foundation untuk membiayai gerakan neo-konservatif.
Orang-orang kuat semasa Bush mula menjadi Presiden di White House (Gambar). Kedudukan jawatan mereka ini dicaturkan oleh golongan neo konservatif ? Penerima dana Olin Foundation yang lain ialah Eagle Forum, Stanford University, Cato Institute dan beberapa orang profesor undang-undang di Fordham University, George Manson University dan Yale Law School. Antara tahun 1992 dan 1995, Olin Foundation telah menyalurkan sejumlah USD $3.7 juta kepada University of Chicago.

Kajian daripada universiti-universiti terbabit akan terbitkan dalam New York Times, Washington Post dan Times, antara lain menyokong polisi dan agenda kumpulan neo-konservatif. John M. Olin Foundation dan Bradley Foundation juga telah menyumbangkan USD $1.5 juta kepada National Endowment for Democracy (NED) selama 18 tahun untuk menerbitkan Journal Of Democracy. Anwar Ibrahim pernah menyumbangkan tulisan bertajuk "Universal Values and Muslim Democracy." dalam Journal of Democracy, keluaran Julai 2006.

(bersambung: Sila Baca Siri 2: Dana Neo Konservatif)

AZRINIZAM IBRAHIM
Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM).

Friday, June 13, 2008

Hadiah dari Xavier

Ke mana arah tuju Selangor di bawah Khalid Ibrahim ? Apakah Kit Siang dan Guan Eng akan ikut panduan Khalid ? Atau Khalid mengikut telunjuk Teresa Kok sebagai wakil Kit Siang di Selangor ? Khalid Ibrahim (Menteri Besar) berkata pada 11 Jun 2008, kerajaan campuran negeri itu tidak pernah berhasrat memansuhkan peraturan yang mengehadkan saiz rumah ibadat bukan Islam di Selangor. “Kita tidak ada berbincang” kata Khalid Ibrahim. Benarkah tidak bincang ?

Elizabeth Wong (Exco Selangor) menjelaskan, berlaku salah faham daripada segi laporan akhbar mengenai cadangan itu Xavier itu. Menurutnya, tidak ada cadangan memansuhkan peraturan berkenaan, sebaliknya kerajaan negeri meneliti setiap masalah membabitkan rumah ibadat bukan Islam. Sekali lagi Elizebeth Wong salahkan akhbar. Selepas Hussam Musa menyalahkan akhbar bila ditanya tentang isu Karpal Singh membelangkangi kuasa Sultan di Perak.

Xavier (Naib Presiden PKR) tengah berucap di atas pentas PKR. 2 April 2008, dalam satu mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor kali yang kedua. Satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengurus rumah-rumah ibadat bukan Islam di seluruh Selangor oleh Khalid Ibrahim. Jawatankuasa itu diketuai oleh tiga ahli majlis mesyuarat kerajaan iaitu Xavier Jayakumar, Ronnie Liu dan Teresa Kok. Bukankah sudah pun dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ?

"Jawatankuasa baru ini akan mengambil maklum balas daripada badan-badan agama bukan kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu, antaranya lokasi dan kelulusan tapak rumah-rumah ibadat” kata Khalid lagi selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Shah Alam pada 2 April 2008.


Xavier dalam satu lawatan ke kuil di Selangor (Gambar). Xavier Jayakumar berkata “jika ada permintaan untuk membina rumah ibadat baru, jawatankuasa akan mengkaji kewajaran pembinaannya. Jika kita mendapati permintaan tersebut munasabah, kerajaan akan meluluskannya," katanya. Adakah munasabah membenarkan rumah ibadat bukan Islam dibina lebih dari 10,000 kaki persegi ?

Nampaknya dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor kali yang kedua lagi sudah pun dibincangkan cadangan untuk membesarkan rumah ibadat ini. Mesyuarat tersebut berlangsung selama lima jam. Apakah Khalid Ibrahim sengaja membiarkan Xavier mengumumkan perkara ini di Selangor?

Inilah sebenarnya hadiah dari Xavier Jayakumar selaku Exco Selangor setelah Teresa Kok menghadiahkan kandang “sesuatu” bernilai RM100 juta di Sepang. Kalau Xavier salah, maka parti PKR yang diterajui oleh Presiden dan Penasihat yang berbangsa Melayu perlu mengambil tindakan disiplin ke atas Xavier. Beranikah PKR hendak ambil tindakan disiplin ke atas Xavier ?


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Wednesday, June 11, 2008

Berdakwah Di Kuil

Ustaz Subri Md Arshad (calon PAS di Parlimen Kepala Batas) sedang berkempen di kuil dalam pilihan raya umum yang lepas. Di atas pentas yang diberikan oleh PKR. Apakah Ustaz Subri akan dibawa berdakwah ke kuil di Selangor selepas ini oleh Xavier Jayakumar pula ?

Iskandar Abdul Samad (ADUN PAS kawasan Chempaka, Exco Kerajaan Negeri Selangor) telah mempertahankan cadangan Xavier Jayakumar untuk membenarkan rumah ibadat orang bukan Islam dibina lebih dari 10,000 kaki persegi.

Iskandar Abdul Samad menyatakan walaupun tiada had dari segi saiz, namun pembinaan rumah ibadat bukan Islam tetap tertakluk kepada peraturan dengan mengambil kira sensitiviti penduduk setempat (Utusan Malaysia, 10 Jun 2008, m/s 5). Apakah cadangan Xavier dan Ronnie Liu ini mengambil kira sensitiviti penduduk Islam di Selangor ?

Iskandar Abdul Samad yang juga berjawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Selangor melihat cadangan Xavier dan Ronnie Liu ini mampu mengurangkan rumah ibadat bukan Islam yang dibina secara haram.

Iskandar Abdul Samad menyatakan “Hak orang bukan Islam pun perlu dijaga, itu hak mereka dengan syarat mereka tidak menjejaskan atau mengancam hak orang lain. Boleh besar tetapi kena tengok tempat, jika menyebabkan sensitiviti orang Islam, ia tidak seharusnya dibina (Utusan Malaysia, 10 Jun 2008, m/s 5)”.

Apakah selepas ini akan ada sesuatu yang lebih besar dan tinggi dari KLCC di Selangor? Apakah Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai, Ketua Kelab Penyokong PAS Kaum India) dan Ustaz Subri selepas ini akan berdakwah di Selangor ? PAS sekarang nampak sudah liberal dan moderate dalam soal agama. Jauh benar menyimpang dari fatwa asal Haji Hadi Awang (Presiden PAS) di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Selama 18 tahun, PAS memerintah "serambi Mekah" sudah ada dua patung besar di kawasan dua orang pemimpin utama PAS. Satu yang tidur di kawasan Tumpat, Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung PAS) dan satu lagi yang berdiri di kawasan Bachok, Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS). Selepas pengumuman Xavier, apakah pula yang akan wujud di Selangor?

AZRINIZAM IBRAHIM
Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia