Thursday, May 29, 2008

Halalkan Kilang & Kandang


Berita Harian, 27 Mei 2008, mukasurat 13.
Program Islam Hadhari diharamkan oleh Datuk Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor, Exco Kerajaan Negeri Selangor). Sebaliknya, perkara yang memang sudah jelas haram pula dibenarkan "halal" di negeri Selangor. Apakah tindakan ini selari dengan ajaran Parti Islam Semalaysia (PAS) ?.


Utusan Malaysia, mukasurat 15, 27 Mei 2008.

Datuk Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) menafikan bahawa PAS ada berjanji akan menutup kilang arak dan kandang babi di Selangor. Malah sejak PKR mengambil alih kerajaan Selangor, kilang dan kandang sudah menjadi halal pula di Selangor. Ini jelas sekali bertentangan dengan pandangan ahli ahli PAS dari kem ulama.

Di bawah kerajaan PKR Selangor, kilang Carlberg terbesar di Shah Alam telah mengeluarkan dua produk baru minuman tin bernama "Jolly Shandy" berperisa "Lemon dan Oren". Perkataan "alkohol" ditulis kecil sahaja pada minuman tin ini. Kedua dua produk ini kini sudah pun terdapat di semua kedai 7 Eleven di Selangor. Malah di Sepang, projek pelaburan terbesar setakat ini ialah sejumlah RM100 juta untuk membina sebuah pusat penempatan khinzir terbesar di Asia.

Tindakan membiarkan yang haram menjadi halal di Selangor boleh membuka ruang kepada kumpulan penyokong Islam liberal untuk menjadi lebih berleluasa di Selangor. Atau apakah PAS sekarang ini sudah menjadi liberal sejak kemasukan beramai ramai orang Anwar Ibrahim ke dalam PAS? Paling ketara ialah Anwar Ibrahim bakal menjajahi Kelantan bila Husam Musa (Naib Presiden PAS) sedang memangku jawatan Menteri Besar Kelantan sekarang ini. Husam adalah anak didik Anwar Ibrahim sejak Husam belajar di Universiti Malaya lagi. Kita tunggu apa komen Nik Aziz pula selepas ini tentang tindakan Datuk Dr Hassan Ali ini. Apakah Nik Aziz akan mengatakan kerajaan PKR Selangor ini sebagai celaru juga?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Wednesday, May 28, 2008

Mula Tunjuk Belang

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen, ada tiupan kek sambutan harijadi dibuat di lobi Parlimen. Wan Azizah yang meraikan sambutan ini. Sedarkah semua bahawa tiupan harijadi ini terjadi ketika orang Melayu sedang melayan isu Tun M keluar UMNO. Tidak pernah berlaku seorang Ahli Parlimen menerkam ke tempat Speaker Dewan Rakyat. Inilah akibatnya bila mereka mula diberi sedikit kuasa dan muka. Apakah kedua dua peristiwa adalah satu sindiran kepada orang Melayu? Kalau pada suatu dulu, Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai) membaca ayat-ayat suci Al-Quran di pentas PAS, tetapi kini dia sudah pun mula menunjukan belang di Parlimen. Gobalakrishnan dibela oleh orang-orang PAS atas perbuatannya membaca ayat ayat suci.


Bukan sekadar dibela, Gobalakrishnan diberikan pula jawatan dalam PAS sebagai Ketua Kelab Penyokong PAS India. Pada 15 Februari 2007, Gobalakrishnan telah ditauliahkan sebagai sebahagian daripada ketua sayap kanan parti PAS. Menariknya, perlantikan ini dihadiri sama oleh Mohd Sabu (Naib Presiden PAS). Mengapa lantik Gobalakrishnan? Sedangkan Gobalakrishnan adalah seorang ahli Majlis Perwakilan Tertinggi (MPT) PKR. Apakah Gobalakrishnan tidak tahu bahawa dalam peraturan Parlimen tidak boleh melakukan tindakan naik ke atas tempat duduk Speaker? Atau Gobalakrishnan tidak membaca habis peraturan Parlimen? Atau pun Gobalakrishnan sengaja berbuat demikian? Semua ini berlaku dalam edah tidak sampai 100 hari pun lagi mereka menjadi ahli parlimen. Lepas ini apa pula yang hendak dibuat oleh mereka?.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Kita Nak Kata Apa Pula

Kit Siang menyatakan "sudah sampai masanya kita menegakkan Ketuanan orang Malaysia dan Kedaulatan Malaysia" di Parlimen pada 25 Mei 2008. Anwar pernah menyatakan idea Ketuanan Rakyat ketika perhimpunan Black 14 pada 14 April 2008, Kelab Sultan Sulaiman, Selangor. Apakah kenyataan Kit Siang dalam parlimen ini adalah berpunca daripada idea Anwar ?

Utusan Malaysia, mukasurat 8, Selasa, 27 Mei 2008.

Kit Siang berkata ini masanya untuk menegakkan Ketuanan Orang Malaysia bukan lagi Ketuanan Melayu. Bukankah idea Malaysian Malaysia ini sama dengan cara PAP di Singapore? Jika begitu, apakah DAP ini klon PAP di Singapore? Yang menjadi ketua pembangkangnya ialah Wan Azizah Wan Ismail (seorang Islam dan berbangsa Melayu). Jadi mengapa dibiarkan Kit Siang dan Tan Seng Giaw bertindak merendahkan martabat orang Melayu dalam parlimen. Apakah ketua pembangkang takut hilang sokongan kalau menegur Kit Siang dan Tan Seng Giaw nanti?

AZRNIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Wednesday, May 21, 2008

Hadi Jadi PM ?

Utusan Online, 21 Mei 2008. Utusan Malaysia, muka surat 6, 21 Mei 2008.

Bukankah Anwar yang hendak menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat? Kenapa pula kenyataan ini dikeluarkan oleh Haji Hadi? Atau Haji Hadi juga menyimpan cita-cita hendak menjadi Perdana Menteri dalam diam-diam?

Haji Hadi nampaknya telah mengubah haluan dan menerima kontrak sosial yang dipersetujui bersama oleh pemimpin-pemimpin Perikatan dahulu. Suatu masa dulu, Haji Hadi dengan begitu keras sekali memfatwakan bahawa adalah kafir bekerjasama dengan kaum-kaum lain yang bukan Islam.

Apakah Haji Hadi juga akan keluar PAS dan mengepalai gerakan beramai-ramai orang-orang PAS yang kecewa di Perak, Penang dan Selangor untuk masuk dalam BN? Apakah PKR dan DAP akan redha dengan kenyataan kontrak sosial Haji Hadi ini? Ini kerana PAS hanya ada 28 orang sahaja dalam Parlimen.

Sedangkan PKR dan DAP adalah parti yang berbilang bangsa, 34 orang ahli parlimen DAP dan PKR adalah bukan beragama Islam. Jadi apakah boleh terpakai hukum mengkafirkan UMNO di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981?

Pada waktu itu, Haji Hadi mengatakan "Pas menentang Umno bukan kerana namanya Umno, tetapi kerana Umno mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir dan mengekalkan peraturan jahiliah. Disebabkan itu, perjuangan menentang Umno adalah jihad dan jika mereka mati dalam perjuangan itu, mati mereka adalah mati syahid."

Kesan fatwa ini amat besar, terutamanya dalam isu Memali di Baling pada 19 November 1985. Apakah DAP akan bersetuju dengan pandangan Haji Hadi ini? Nampaknya Lim Kit Siang seakan menjadi bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri pilihan kerajaan Anwar, berbanding Haji Hadi. Ini kerana DAP sudah menguasai tiga buah negeri iaitu Penang, Perak dan Selangor berbanding PAS yang hanya dapat dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah.

Dari segi hasil dan kekayaan, DAP melebihi PAS. Tentunya Kit Siang akan menjadi pilihan Anwar. Atas faktor perpaduan, kekayaan dan pengaruh berbilang bangsa, Anwar pastinya akan mengenepikan Haji Hadi. Lihatlah bagaimana Anwar membela Karpal dalam isu Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

Anwar nampaknya lebih favour DAP berbanding PAS. Bagaimana pula dengan Karpal Singh? Apakah dia akan duduk diam sahaja melihat Haji Hadi merangka kerajaan menurut sistemnya sendiri. Pastinya Karpal Singh mempunyai pendapatnya sendiri. Apa yang pasti, Karpal memang tidak bersetuju untuk mendirikan sebuah negara Islam.

Di mana pula kedudukan Nik Aziz? Apakah Nik Aziz akan berdiam diri lagi melihat Anwar, Kit Siang dan Karpal menyusun kabinet baru dengan mengenepikan orang orang dari PAS? Nik Aziz bersetuju agar orang Cina pun boleh jadi Menteri Besar asalkan dia adalah kelulusan dari Universiti Al-Azhar (Utusan Malaysia, muka surat 2, Rabu, 21 Mei). Apakah orang Cina yang sudah masuk Islam yang dimaksudkan Nik Aziz? Bagaimana pula kalau orang Cina yang beragama lain teringin hendak jadi MB? Bolehkah? Lihatlah bagaimana Hadi Awang sudah pun mengiktiraf Perlembagaan Reid yang dulunya disebutnya sebagai perlembagaan kafir.

Betapa mereka begitu berkecamuk sekali fikiran. Keadaan ini terjadi bila mereka sudah pun berangan-angan membayangkan bahawa mereka adalah bakal pemerintah kerajaan di Malaysia. Sedar atau tidak, semua yang dikatakan oleh Hadi Awang ini sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan BN sejak dari Tunku Abdul Rahman sampailah sekarang ini.

Sekarang ini menteri kabinet Islam ada 23 orang (termasuk PM dan TPM) berbanding 9 orang bukan Islam. Entah apa akan jadi kalau Pakatan Rakyat memerintah. Apakah akan jadi sama banyak seperti Selangor, atau kurangnya kedudukan Exco orang Melayu seperti di Perak?. Jika perlembagaan Malaysia ialah peraturan jahiliah seperti kata Haji Hadi di Banggol Peradong, maka apakah pula jenis kerajaan di Kedah dan Kelantan sekarang ini masuk dalam kategori jahiliah juga?

AZRINIZAM BIN IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Padahnya Islam Bersengketa

Utusan Malaysia Online, 20 Mei 2008.

Askar Amerika Syarikat yang menjajah bumi Iraq sekali lagi telah memprovokasi umat Islam dengan menjadikan Al-Quran sebagai sasaran latihan menembak. Selepas Geert Wilders (Ahli Parlimen Belanda, Pengerusi People’s Party for Freedom and Democracy, VVD) menerbitkan filem "Fitna" menghina Al-Quran dengan menonjolkan bahawa keganasan orang Islam adalah berpunca dari Al-Quran, kini giliran tentera Amerika pula menghina Al-Quran.

People’s Party for Freedom and Democracy (VVD) ialah parti pembangkang yang kedua terbesar di Belanda. Fahaman parti ini ialah sama seperti British Konservatif dan Republikan di Amerika Syarikat. Sekarang Presiden George W. Bush (Presiden Amerika Syarikat) ialah calon dari parti Republikan yang ke-19 yang memegang jawatan Presiden. Maka, sebab itulah sasaran mereka sama iaitu “Al Quran”.

VVD juga adalah sebahagian daripada parti politik yang menganggotai World Movement for Democracy (WMD, bukannya Weapon for Mass Destruction) yang dianjurkan oleh National Endowment for Democracy (NED). Semasa penubuhan NED pada tahun 1983, VVD adalah salah satu parti politik di Belanda selain CDA, PvdA, Groenlinks, D66 dan Christen Unie en SGP yang dijadikan sebagai rangkaian awal NED di Belanda. Apakah Fitna juga adalah sebahagian “produk demokrasi” NED kepada umat Islam?

Hidayat Nur Wahid (Ketua MPR) sewaktu menolak permintaan Carl Gersham (Presiden National Endowment for Democracy), ketika dia diminta mewakili Indonesia untuk menularkan pengalaman berdemokrasi ke negara-negara di Timur Tengah. Hidayat Nur Wahid mengatakan “Rosaknya demokrasi di Timur Tengah kerana sikap politik Amerika Syarikat yang berstandar ganda. Khalayak, tahu pemilu Palestina sangat demokratis. Tapi karena rayuan Israel, negara-negara Barat termasuk Amerika tidak mengakui hasil pemilu itu. Timur Tengah akan demokratis jika Amerika demokratis. Jadi, jangan Indonesia diminta mengajarkan demokrasi ke Timur Tengah. Mereka (Timur Tengah) melihat perilaku Amerika sendiri.”

Kalau di Indonesia, Gershman boleh mempelawa Hidayat Nur Wahid untuk bersama dalam rangkaian demokrasi Amerika, apakah Gershman tidak ada orang untuk tujuan itu di Malaysia?




Bush bersalam meminta maaf pada Nuri Al-Maliki (Perdana Menteri Iraq), CNN, Rabu, 21 Mei 2008. Lihatlah riak muka Bush, apakah Bush tidak akan buat apa-apa lagi pada orang Islam?

Pada 9 Mei 2008, di Baghdad, Al-Quran telah dijadikan sasaran latihan menembak tentera Amerika Syarikat. Mungkin, inilah padahnya bila umat Islam di Iraq bersengketa, berpecah kepada Syiah, Sunnah dan Kurdis. Akhirnya imam sebenar orang Islam dipersendakan di bumi orang Islam sendiri.

Ketika mula menjajah Iraq, tentera Amerika Syarikat pernah menghina kesucian masjid. Kini Al-Quran pula menjadi sasaran mereka. Suatu ketika dahulu orang Yahudi pun takut dan gerun pada Iraq, kerana mereka sebuah negara Islam yang kuat, tetapi kini sebaliknya yang berlaku.


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Monday, May 19, 2008

Kasihanilah Orang Bawahan

Bersalaman di masjid ketika majlis pengebumian Tan Sri S.M Nasimuddin.

Syarat Pertama:
"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," kata Tun M.

Syarat Kedua:
“Jangan masuk mana-mana parti lain jika keluar dari parti UMNO.” Kata Tun M.

Jika begitu, tidak perlu terikut dan terpengaruh dengan gesaan Tun M untuk keluar dari parti UMNO. Rasionalnya, Tun M masih lagi mengiktiraf hanya parti UMNO yang boleh mendaulatkan agama Islam dan orang Melayu. Parti parti lain seperti PAS dan PKR tidak boleh buat apa yang UMNO telah buat.

Tun M nampaknya sengaja untuk memprovokasi sesetengah pihak untuk mencuba sejauh mana kekuatan sebenar Pak Lah sebelum pemilihan UMNO pada hujung tahun ini. Ahli-ahli UMNO tidak perlu terburu buru dalam membuat sebarang keputusan yang akan merugikan bangsa.

Pemilihan UMNO adalah pentas untuk luahan sebenar tentang apa yang dirasakan baik untuk kepimpinan parti. Bersabarlah menanti pemilihan sebenar. Lihatlah siapa yang paling suka bila konflik berlaku dalam parti terbesar Melayu ini? Bayangkan betapa gembiranya think tank neo konservatif barat bila mendapat tahu bahawa pemimpin Melayu sedang bergasak sesama sendiri sekali lagi. Jarum mereka telah berjaya ?.

Apakah mereka tidak berasa dengki melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, tetapi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menterinya ialah orang Melayu? Apakah mereka tidak merasa cemburu melihat UMNO yang mendominasi kabinet kerajaan Malaysia?.

Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi DAP) telah menyatakan bahawa ``Apa sebab Dr. Mahathir mahu keluar dari UMNO. Apakah kerana masalah kepimpinan atau sebagainya. Kita pun tidak faham.`Adakah Dr. Mahathir keluar UMNO kerana menganggap parti itu sudah tidak relevan lagi,’’ Ini satu sindiran yang tajam pada orang Melayu. Apakah Tan Seng Giaw gembira melihat orang Melayu bergasak sesama sendiri?. Apakah Karpal akan semakin naik tocang selepas ini?

Tidak perlu meletakan emosi dan pendapat peribadi melebihi perlembagaan dan prinsip parti. Kasihanilah orang bawahan yang berjuang bersungguh sungguh untuk parti. Kalau ada pun konflik atasan, jangan biarkan orang di peringkat cawangan (kampung) terjebak sama dalam konflik. Gajah bergasak dengan gajak, kasihanilah kancil yang tersepit di celah celah.

Bila orang bawahan lihat konflik diperbesarkan, tanpa terlebih dahulu melihat maksud tersirat sesuatu perkara, maka mereka akan jadi gelisah, keliru dan bimbang. Dulu pernah terjadi konflik antara Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman, antara pengasas UMNO dan bapa kemerdekaan. Namun akhirnya, ianya reda dan rakyat kembali pada perjuangan yang sebenar.

Usah kelirukan rakyat dan biarkan mereka dalam dilema. Kasihanilah orang bawahan. Banyak lagi perkara yang perlu diutamakan berbanding melayan perspektif suka dan tidak suka pada seseorang. Percayalah, konflik hanya sementara. Suatu hari semuanya akan bertaup kembali seperti gambar di atas. Tetaplah berada dalam perjuangan, kerana kalau kita sibuk bergasak, ada orang lain sedang mentertawakan dan bertepuk tangan melihat kita bergasak. Marah pijat, jangan dibakar kelambu. Kasihanilah orang bawahan.


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Sunday, May 18, 2008

Lot Bumiputera Dijual


Apakah sudah tiada langsung orang Melayu PAS dan PKR untuk jadi Speaker dan Timbalan Speaker?

Sesudah V. Sivakumar (ADUN Tronoh) dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan Hee Yit Foong (ADUN Jelapang) dipilih sebagai Timbalan Speaker DUN, Nizar Jamaluddin (MB Perak) sekali lagi membuat kejutan apabila tanpa rasa bersalah mengumumkan akan menjual lot perumahan bumiputera di pasaran terbuka.

V. Sivakumar dan Hee Yit Foong kedua dua adalah ADUN DAP. Mengapa tidak dilantik Timbalan atau Speaker daripada orang Melayu daripada PAS dan PKR? Kedua duanya beri kepada DAP juga, sudahlah dalam EXCO Kerajaan Negeri Perak pun dah ramai DAP. Tidak bolehkah salah seorang daripada diberi kepada orang Islam?

Lebih mengecewakan, pada 16 Mei 2008, tindakan Nizar pula mahu menjual 130 unit lot perumahan bumiputera ke pasaran terbuka yang nilainya hampir RM5 juta kesemuanya. Alasan yang diberi ialah mudah iaitu untuk mengurangkan stok tergantung. Hari ini jual lot rumah bumiputera, esok lusa entah apa lagi yang bakal dijual.

Apakah keputusan ini dibuat Nizar kerana sebahagian daripada Perjanjian Pangkor 2 ?. Apakah keputusan ini juga dibuat atas desakan DAP juga? Mengapa Nizar tidak berbincang terlebih dahulu dengan NGO dan pertubuhan pertubuhan Melayu tentang perkara ini?

Sudahlah keputusan menukarkan Pengarah Jabatan Agama Islam pun dibuat dengan membelakangi Sultan, kali ini Nizar tanpa segan silu lagi menjual hak bumiputera ke pasaran terbuka. Kita tertanya siapakah yang menjadi penasihat Nizar ini? DAP atau PAS? Apakah orang PAS akan duduk diam sahaja melihat MB dari PAS diperkotak katikkan oleh DAP?


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Friday, May 16, 2008

Anugerah "Perdana Menteri"

News Strait Time, 16 Mac 2008, mukasurat 13

Kenyataan Carl Gershman (Presiden NED) yang hadir di Kuala Lumpur pada 15 Mac 2008 memuji sistem pilihan raya di Malaysia. Itu pun setelah Pakatan Rakyat menang di 5 buah negeri. Pada 1 Disember 2005, ketika Anwar Ibrahim hadir memberi ucapan dalam "The Future of Muslim Democracy" di New York, Anwar menyatakan bahawa dia menjemput pemerhati asing untuk hadir dalam pilihan raya umum yang ke-12.

Anwar mendakwa berlakunya ketidak adilan dalam proses pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir, Kelantan. Anwar mendakwa pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR sebagai tidak adil. Anwar dakwa lima buah negara asing bersetuju untuk datang memantau dalam pilihan raya umum ke-12. Anwar ajak Carl Gershman (Presiden NED) datang dan tinjau pilihan raya di Malaysia.

Oleh itu, selepas 7 hari berlalunya pilihan raya, pada 15 Mac 2008, Carl Gershman betul betul hadir di Malaysia. Siapakah Carl Gershman ini? Dia adalah Presiden kepada sebuah tabung pembiayaan demokrasi Amerika Syarikat. Lihatlah bagaimana NED menaja Marc Bazin (Bekas pegawai World Bank) untuk menjadi Presiden di Haiti dengan dana bantuan NED sejumlah USD$ 9 juta pada tahun 1990.

NED juga pernah menaja Nicholas Ardito Barleta (bekas Presiden World Bank) untuk menjadi Presiden di Panama. Dalam Suara Keadilan (Bil 134, 7-21 Mei 2008) tajuk muka depan ialah Anwar Jadi PM Ogos ini ? Mengapa terlalu yakin benar dia akan menjadi PM? Mungkinkah ada bantuan dari luar?

Selepas kedatangan Carl Gershman pada 15 Mac 2008, kedengaran desas desus ada wakil rakyat BN yang cuba dibeli oleh Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak. Dalam Utusan Malaysia, 15 Mei 2008, Abdul Rahman Dahalan (Ahli Parlimen BN Kota Belud) menyatakan wang yang ditawarkan kepadanya cukup untuk hidup senang lenang selama 3 generasi. Apakah Carl Gershman datang dengan memberi sesuatu bantuan kepada Anwar?

Pada suatu ketika Anwar diberikan anugerah oleh CSID, yang mana CSID ini ditaja oleh pembiayaan dari NED. Radwan Masmoudi (Presiden CSID) memberikan Anugerah “Muslim Democrat of the Year” kepada Anwar Ibrahim pada 22 April 2006 di Washington DC. Suatu ketika, Carl Gershman memberikan anugerah “Muslim Democrat of the Year” kepada Anwar.

Apakah kali ini anugerah “Perdana Menteri” akan diberikan juga pada Anwar? Apakah kehadiran Carl Gershman (keturunan Yahudi) ini juga ada kaitan dengan artikel yang ditulis dalam Washington Post dan Jerusalem Post (akhbar Israel) yang meramalkan Anwar bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia?

AZRINIZAM BIN IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Senyum biarkan Murtad


Utusan Malaysia, 9 Mei 2008, mukasurat 14.

Lihat bagaimana tersenyum gembiranya Ahmad Jailani Abdul Ghani (Peguam Fatimah, bersongkok hitam, berada di sebelah Fatimah). Bukankah Ahmad Jailani ini juga beragama Islam? Mengapa gembira bila seorang mualaf murtad?. Jika hendak tahu siapakah Ahmad Jailani sebenar, pembaca sekalian boleh semak dengan rakan rakan taulan dari utara sekitar Kedah dan Pulau Pinang. Nilaikanlah sendiri bagaimana seorang penceramah bebas daripada parti tersebut boleh menjadi peguam untuk membolehkan seorang mualaf murtad.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Wednesday, May 14, 2008

PKR membela Karpal

Anwar Ibrahim (dengan memakai baju kebangsaan Melayu) bersama isterinya Wan Azizah (Presiden PKR) bergelak ketawa bersama Kit Siang (Presiden DAP) dan anaknya, Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP).

Ketika mula memerintah Pulau Pinang, Kit Siang (Presiden parti yang pernah digelar "syaitan oleh Nik Aziz") bersama anaknya juga senyum sebegini ketika masuk ke ofis Ketua Menteri dan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru di Pulau Pinang. Kini Karpal Singh pula mempertikaikan kuasa Sultan Melayu, Anwar masih berkata Kenyataan Karpal itu tidak menyinggung mana mana pihak. Di mana letaknya pendirian Anwar terhadap Ketuanan Melayu dan Islam?



(Utusan Malaysia, mukasurat 4, 14 Mei 2008)

Jika Anwar menjadi Perdana Menteri seperti yang disebut sebut oleh pemimpin pemimpin PKR, PAS dan DAP, di manakah letaknya maruah orang Melayu? Apakah Anwar akan bertegas dan membela nasib orang Melayu?

Dengan Karpal Singh pun Anwar tidak berani, lagikan pula nak tegur Kit Siang dan anaknya Guan Eng yang menjadi Sultan baru di Pulau Pinang. Apakah Kit Siang dan Guan Eng merujuk terlebih dahulu kepada Anwar sebelum memansuhkan DEB?

Kalau pun tidak merujuk kepada Anwar, mengapa Anwar diam saja melihat DEB dimansuhkan? Malah ramai pemimpin PKR tidak kisah pun DEB dimansuhkan. Sebagaimana kenyataan Karpal terhadap Sultan, ramai antara mereka tidak kisah pun Karpal berkata sedemikian.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia.

Monday, May 12, 2008

Hukum Makan Diri


Nik Aziz kata DAP dan syaitan sama sahaja. Nik Aziz selar Karpal Singh sebagai derhaka dan biadap pada raja. Lihatlah gambar di atas ini, bagaimana Nik Aziz boleh bersalam dengan DAP yang dianggap sama dengan syaitan.

Hukum Dewan Ulama’ PAS Kelantan 1963: “Orang-orang Islam yang berkongsi kuasa dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram”. Kenyataan ini pernah dikeluarkan oleh pemimpin PAS pada suatu ketika. Sekarang lihatlah apa yang dah terjadi. Apakah hukum PAS sekarang ini sudah termakan diri sendiri?

Selama 18 tahun, PAS memerintah "serambi Mekah" sudah ada dua patung besar di kawasan dua orang pemimpin utama PAS. Satu yang tidur di kawasan Tumpat, Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung PAS) dan satu lagi yang berdiri di kawasan Bachok, Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS). Apakah pula hukum PAS dalam isu ini?

Jika ada orang PAS yang sayangkan Melayu dan agama Islam, maka marilah beramai ramai mendaftar diri sebagai pengundi di kawasan kawasan yang DAP menang terlalu banyak hingga sampai berbelas ribu jumlah. Terutamanya di Cheras yang dimenangi secara besar besaran oleh Teresa Kok. Kalau dibiarkan DAP ini terus menang, maka esok lusa entah apa pula yang akan dipanggang mereka.

Ikutlah nasihat Tuan Guru Nik Aziz, DAP itu sama seperti syaitan. Dalam surah Yassin, ayat 60 telah diterangkan yang bermaksud "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu!". Moga moga orang seperti Ahmad Awang (Ketua Penerangan PAS) yang lebih rela bekerjasama dengan DAP akan mula buka mata. Moga moga Nizar Jamaluddin akan tahu siapa DAP yang sebenarnya.


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia.

Sunday, May 11, 2008

DAP Tentang Islam

Sejak dari dulu lagi DAP memang tentang negara Islam dan jelas mereka adalah golongan kafir harbi yang memerangi orang Islam. Oleh itu, mengapa orang Melayu dalam PAS nak kerjasama dengan DAP lagi?

Karpal Singh (Pengerusi DAP) pada 23 April 2008 pernah mendesak PAS tarik balik matlamat menubuhkan negara Islam jika mahu terus berada dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin PAS berdiam diri tidak kata apa apa pun ketika itu. Inilah padahnya bila terlalu sangat melayan karenah DAP ini. Esok lusa entah apa lagi yang mahu diminta.

Pada 5 Mei 2008, Karpal buat hal lagi, kali ini menghina Sultan Melayu. Nizar Jamaluddin masih lagi diam tidak mahu komen apa-apa. Hanya Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas) yang masih lagi sayangkan UMNO memperingatkan Pakatan Rakyat bahawa kemenangan pembangkang pada pilihan raya lepas bukannya kerana orang mahukan pembangkang tetapi kerana waktu itu banyak isu yang berlaku.

Sedar atau tidak, dalam Parlimen Malaysia yang menjadi Ketua Pembangkangnya ialah Wan Azizah, tetapi siapakah orangnya yang paling banyak buat kecoh dalam Parlimen? Bukankah orang itu ialah Karpal dan Lim Kit Siang? Nampak benar dalam Pakatan Rakyat sendiri, Wan Azizah tidak dihormati oleh DAP. Samalah dengan apa yang berlaku ke atas PAS di Perak.


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia.

Saturday, May 10, 2008

Perjanjian Pangkor 2


Siapa ikut cakap siapa? Siapa yang jadi MB sebenarnya?

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 antara Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Abdullah ibni Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak. Dengan perjanjian ini ianya telah membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ditandatangan di atas kapal HMS Pluto.

Kemudian, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang bersemayam di Tanjong Belanja, Parit dari pangkat Sultan dan membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen seribu ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut. Ini kesan Perjanjian Pangkor yang pertama. Apa pula Perjanjian Pangkor 2?

Ianya adalah surat perjanjian antara DAP dan wakil PAS bagi membolehkan PAS menjadi Menteri Besar di Perak. Menurut beberapa orang penyokong PAS, Nizar Jamaluddin (MB Perak) telah tandatangan surat ini secara terpaksa. Di kalangan pemimpin PAS yang tahu tentang surat perjanjian ini enggan mengulas lanjut tentang perjanjian ini kerana ianya memalukan pihak PAS sendiri.

Antara isi kandungan Perjanjian Pangkor 2 ialah:

1) Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.

2) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.

3) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.

4) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut Speaker DUN Perak dari wakil DAP.

Perjanjian Pangkor 2 ini ditandatangi antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Nizar Jamaluddin. Lihatlah apa yang telah berlaku sekarang bila Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah mula berani mencabar Sultan dan tidak menghiraukan lagi undang undang.
Apa yang Nizar buat? Hanya berdiam diri kerana sudah terikat dengan perjanjian? Kalau Dato' Hishamuddin boleh mohon maaf kerana hunus keris, mengapa Karpal Singh yang hina Sultan ini tidak boleh mohon maaf? Bukankah tindakan Karpal ini lebih racist dari itu? Mana dia Ketua Pembangkang dalam Pakatan Rakyat? Kenapa tidak tegur pun Karpal Singh ini?



AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Thursday, May 8, 2008

PAS takut OKU


Bila Karpal Singh sudah berkuasa, orang Melayu dalam PAS dan PKR diam sahaja. Mengapa diam? PAS takut pada OKU ini? Karpal bagi amaran pada UMNO jangan bangkitkan ulasannya pada Sultan kerana katanya itu hanya pandangan dari segi undang-undang sahaja. PAS takut pada Karpal Singh dan anjingnya? Terlupakah orang Melayu dalam PAS dan PKR bahawa yang dihina ialah Ketua Agama Islam ? Kurang ajar tidak Karpal Singh bila dia berkata bahawa dia akan terus bercakap tentang isu ini tanpa mempedulikan sebarang tindakan kepadanya? Inilah contoh seorang OKU yang tidak tahu berterima kasih di negara ini.



Nampaknya Husam Musa dan Nizar merenung jauh dan mempunyai pandangan yang berlainan. Masing masing mengalih muka ke tempat lain. Lihat semacam tidak "ngam" sahaja. Lihatlah siapa yang berada di belakang mereka. Nizar terpaksa menjadi MB? Atau dikawal oleh seseorang yang berada dibelakangnya?.

"Saya tak perasan (berita) dalam surat khabar... dia (Karpal) tu orang istimewa," kata Husam Musa (Naib Presiden PAS) bila diminta mengulas tentang isu Karpal Singh. Istimewa sangatkah Karpal Singh seorang kafir harbi ini sampai boleh hina raja raja Melayu?

Mohamad Nizar Jamaludin (MB Perak) pun tidak mahu ulas apa apa tentang Karpal Singh (Pengerusi DAP) ini. Ketika diminta menyatakan pendirian berhubung perkara itu beliau hanya menjawab: ''Tiada, tiada, tiada, tiada komen, tiada kenyataan daripada saya.''Apakah ini tandanya Nizar takut pada Perjanjian Pangkor 2 yang telah ditandatangi dengan DAP sebelum angkat sumpah menjadi MB? Apakah isi Perjanjian Pangkor 2?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Wednesday, May 7, 2008

Harbi Besar Kepala


Kenyataan Karpal Singh dalam The Star, 5 Mei 2008, muka surat 27.

Inilah padahnya bila PKR dan PAS tidak bertegas kepada orang bukan Melayu dalam DAP. Sampai hati mereka melihat seorang kafir harbi seperti Karpal Singh mempertikaikan Kesultanan Melayu. Apakah hak seorang kafir harbi seperti Karpal Singh untuk masuk campur dalam urusan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak ? Bila Karpal Singh terlalu masuk campur dalam urusan ini, maka ini jelas menunjukkan bahawa DAP adalah pemegang kuasa sebenar di Perak. PAS hanya menjadi MB boneka semata mata.



Benarkah mitos bigmonkey muncul dalam Parlimen seperti yang disebut oleh Bung Mokhtar benar benar berlaku?

Di mana letaknya maruah orang Melayu dalam PAS bila Karpal Singh (seoarang kafir harbi) sudah mempertikaikan Sultan? Karpal juga pernah menyatakan langkah mayat dia dahulu kalau PAS nak buat negara Islam di Malaysia. Jadi bila sudah jelas si kafir harbi seperti Karpal ini menentang Islam, mengapa orang Melayu dalam PAS dan PKR masih berpeluk tubuh sahaja.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)