
Datuk Lee Kah Choon (Bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan) bersama dengan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP). Nampaknya seperti cukup serasi & sefahaman.
Pada 23 April 2008, Bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon mengambil tindakan keluar dari parti itu ekoran kontroversi yang tercetus selepas beliau menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang."Memandangkan, pucuk pimpinan Gerakan tidak boleh menerima keputusan saya (menerima jawatan tersebut), maka saya percaya langkah terbaik bagi saya ialah untuk menarik diri sepenuhnya daripada politik parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ekoran itu, katanya, beliau telah menghantar surat kepada pucuk pimpinan Gerakan untuk keluar dari parti tersebut."Dengan ini, saya harap perkara ini akan selesai dan kita boleh meneruskan langkah untuk mengendalikan tugas-tugas penting," tambahnya.Jumaat lalu, Kah Choon memulakan tugasnya sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan pengerusi jawatankuasa eksekutif InvestPenang.Beliau melepaskan semua jawatan dalam Gerakan pada 31 Mac ekoran kekalahan teruk parti itu pada pilihanraya umum lalu.
Jadi bila lah masanya orang Melayu dalam PAS, PKR dan UMNO nak bersama? Susah sangatkah kalau kita nak bersama? Bukankah kita seagama dan satu syahadah semuanya. Tidak malukah kita pada mereka yang sudah bersatu?AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)


