Friday, September 12, 2008

Timbalan Pengerusi DAP Pernah Bangkitkan Isu Azan

Apakah PAS terlupa bahawa DAP pernah membangkitkan isu azan? Dr Siti Mariah Mahmud (AJK PAS Pusat, Ahli Parlimen Kota Raja) telah membuat laporan polis berhubung isu azan di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi, 11 September 2008. Dalam laporan tersebut, beliau mendesak pihak polis supaya menyiasat dakwaaan Dr Mohd Khir Toyo mengenai kononnya ada usaha-usaha melarang laungan azan di masjid-masjid di Puchong dan Kota Damansara.

Berikut adalah surat berkenaan petisyen azan di Masjid Bandar Kinrara, Seksyen 5, Puchong. Seramai 186 orang menandatangi petisyen ini mengadu tentang pembesar suara di masjid terbabit. "Penduduk bukan Islam di Seksyen 5 Bandar Kinrara, Puchong tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di Masjid Bandar Kinrara di situ. Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.Menurut mereka, ini kerana ia mengganggu mereka untuk berehat atau bangun lewat, terutama pada hari Ahad dan juga untuk mengajar anak-anak mereka belajar pada sebelah malam." ujar Steven Ee (wakil penduduk yang menulis surat bantahan) kepada Malaysiakini. Apakah masjid tersebut menggunakan pembesar suara yang berlainan untuk azan Subuh dan bacaan ayat Al-Quran sebelum Subuh?
Baca ulasan Tan Seng Giaw berkenaan azan blognya.

"Today (25 October, 2005) while debating the budgetary allocation for the Prime Minister's Department such as RM225,905,000 for Jakim, I asked the department to interpret azan which arises from a revelation through a dream. Azan is from al-i'lam (announcement) or an-nida (call). I hope Jakim will interpret the term as it appears in the Koran such as Surah IX Repentence,3; Surah XXII The Pilgrimage,27; Surah V The Table Spread, 58; Surah XVIII The Children of Israel, 110 and The Story of Bukhari and Muslim.

Surah IX Repentence, 3: "And a proclamation from Allah and His messenger to all men on the day of the Greater Pilgrimage.....". Surah XXII, The Pilgrimage, 27: "And proclaim unto mankind the Pilgrimage....." Surah V, The Table Spread, 58:" And when ye call for prayer....." Surah XVIII, The Children of Israel, 110: Say (unto mankind): Cry unto Allah, or cry unto the Beneficent, unto whichsoever ye cry (it is the same). His are the most beautiful names. And thou (Muhammad), be not loud voiced in thy worship nor yet silence therein, but follow a way between."

Dewan Pemuda PAS pernah mengecam DAP berkenaan dengan isu azan dalam satu artikel yang ditulis oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) dalam Harakahdaily pada 17 April 2007. Beliau kesal dengan tindakan Ahli Parlimen DAP dari Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang masih lagi membangkitkan isu azan yang didakwa mengganggu ketenteraman masyarakat bukan Islam di negara ini. Tan Seng Giaw juga pernah memprotes tulisan jawi pada papan tanda nama jalan bersama dengan Teresa Kok pada 14 Februari 2008.

Tan Seng Giaw pernah membangkitkan isu azan dalam Dewan Rakyat pada sidang Parlimen Kesebelas Penggal Keempat, Mesyuarat Pertama bertarikh 10 April 2007. Apakah ini sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan 'Interfaith Council' (IFC)?. Walau bagaimanapun, Tan mengakui bahawa perkara ini dibangkitkan berdasarkan aduan seorang penduduk yang tidak puas hati dengan azan subuh di Taman Putera, Jinjang Utara pada hari tersebut. Adakah kerana kehendak seorang penyokong beliau, maka azan ini perlu diperlahankan? Apa pandangan orang orang PAS ? Sama pendirian dengan Dr Mariah atau mengikut pandangan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

26 comments:

Anonymous said...

Fitnah fitnah. Sesiapa pun boleh reka tulisan Dewan Pemuda PAS itu. Satu lagi fakta tipu oleh balaci BN.

GOMB

ysnizam said...

kesian makcik mariah nie..

Agaknyer makcik nie dah nyanuk kot..

Editor Sukan Bola said...

lawan tetap lawan. jangan lupa dengar lagu dan main bola je.

Abu Asim said...

Sila baca laporan Malaysiakini wahai balaci balaci BN semua.

Penduduk bukan Islam di Seksyen 5 Bandar Kinrara, Puchong tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di Masjid Bandar Kinrara di situ.

Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.

Menurut mereka, ini kerana ia mengganggu mereka untuk berehat atau bangun lewat, terutama pada hari Ahad dan juga untuk mengajar anak-anak mereka belajar pada sebelah malam.

Ini dijelaskan oleh seorang penduduk yang bertanggungjawab menghantar petisyen tersebut bagi pihak penduduk bukan Islam di situ, Steven Ee.


Teresa Kok tidak pernah anti azan. korang je yang lebih lebih. Dengki lah tu bila DAP boleh baik dengan PAS. DAP pun manusia juga, kena bagi peluang bagi mereka suarakan hak mereka. jangan nafikan hak mereka untuk hidup dengan aman.

Takbirrrrrrrrrrrrrr

GOMB said...

korang fitnah teresa dan dap. diaorang tak bersalah pun. korang ni suka sangat ya buat kerja macam ni sebagai penjilat penjilat UMNO yang setia. DAP, 1000 kali lebih baik daripada UMNO yang penuh kotor dan politik. Pak Lah gaduh dengan Mahathir. Najib gaduh, Muhyiddin cari glamour. Itu lah korang. Tengok DAP, perjuangkan hak asasi orang orang Cina di Kinrara. Korang kena respect DAP yang toleran dengan Islam. Orang muda sekarang dah tolak UMNO. Padan muka korang. Aku ada borang DAP banyak lagi nih. Siapa nak...angkat tangan..

labahlabah said...

sedihnya melihat melayu yang menghina dan mencela bangsa sendiri tetapi mengagung2kan bangsa kafir tu! apa nak jadi korang ni? ada baiknya korang letak klorox banyak2 kat badan supaya jadi putih macam cina. atau sapukan arang banyak2 di samping berjemur di tengah panas agar jadi hitam mcm keling. jangan mengaku diri tu melayu islam! bangsa kafir hina agama sendiri pun korang sokong juga? bengong!
yg aku hairan tu, korang ingat semua yg korang baca kat malaysiakini tu benar belaka ke? korang memang dah khayal dengan cerita2 dusta penglipur lara malaysiakini tu! sedarlah wahai umat bangsaku!!!

asim abu said...

abuasim sedih teresa ditahan ISA

orangmelayu said...

ape kebongok sangat abu saim ni...penulis dah tulis pun ape yang ko dok ulas tu....sama je....abes ko nak cakap fitnah ape lagi sengal betul abu asim ni......

gomb aku angkat tangan untuk ko untuk cakap ko g berambus lah bukan nak borang ko tu.....rela aku buat parti baru dari daftar jd ahli DAP...ko jelah masuk DAP tu......ko kan berani......berani tak akal....

Abu Asim parallel said...

Gomb, DAP boleh toleran dgn Islam kau ckp? Apa kau ni dah pusing akal ke? Kafir harbi pulak yg bole toleran dgn Islam? Besar betul DAP harbi tu drpd Islam bg kau ye. Gila dahsyat.
Islam je yg layak untuk tentukan segala toleransi krn Islam agama benar. Ni pekejadahnya DAP harbi plak yg boleh tentukan Islam nk toleransi dgn DAP atau tak? Negara mane mike duduk ni? Gila dahsyat.
Orang muda tolak UMNO? Aar, orang muda yg tak pikir masa depan agama,bangsa dan negara kt Tanah Melayu mcm kau tu gomb.

Abu Asim said...

bagus la tahan diaorang. rakyat akan lagi simpati dengan pakatan rakyat. nampak sangat la kerajaan terdesak waktu najib dan pak lah bergaduh nak jawatan. Raja Petra dan Teresa jadi mangsa. Korang ni tak sedih ke tengok orang yang berjuang untuk keadilan kena tahan...DAP banyak bantu orang Melayu kat Penang..malulah sikit UMNO

amrbt said...

bila cerita dah tersebar, barulah kata tak anti azan. terus kata minta pelankan ceramah, bacaan Al-Quran dan kuliah sebelum atau selepas solat subuh. sebelum ini tiada pulak permintaan seperti ini. rasa dah tak bebas pulak nak buat aktiviti agama. terbayang betapa indahnya mendengar ayat2 al-Quran di corong2 pembesar suara masjid semasa bersiap untuk solat subuh dimasjid dan mendengar kuliah selepas solat subuh.
orang Melayu pulak asyik berbalah. yang kecam petisyen ini tak kisahlah, tetapi ada pulak yang nak bela si kafir harbi ini. sekarang minta pelankan, esok2 minta tiadakan pula. ingat orang kafir ni takkan senang selagi kita umat Islam tidak mengikut jalan mereka. ni tentang azan, macammana pula dengan tulisan jawi?

Anonymous said...

abu asim tu bukan melayu....menyamar tau. gomb tu melayu jer bukan islam... lantak ker die.

Abu Asim said...

aku orang Melayu tapi aku tak benci DAP dan PKR. Mereka manusia juga ciptaan Tuhan. Kenapa korang anti sangat dengan DAP nih. Korang ni phobia betul dengan Anwar. Dia baiklah beb. Tak macam Pak Lah asyik tidur je kerja dia.

Anonymous said...

Di sini saya "paste" kenyataan dari wwww.pembelamelayu.com tentang isu azan ini.

(ternyata Tuan Tanah Buat Fitnah bila cuba hangatkan isu ini)
dipetik dari
http://www.pembelamelayu.com/

Friday, September 12, 2008
Perjelasan Isu Azan
Assalamualaikum Pelawat Budiman,

Saya tidak sangka bahawa artikel yang tersiar di laman website ini mengenai laungan azan telah menjadi isu yang besar sehingga ada yang membuat laporan polis mengenainya.

Sebenarnya, saya hanya menyiarkan maklumat yang saya fikir penting unutuk diketahui oleh umum yang saya temui di sebuah forum (saya ada letak screen shot pada artikel sebelum ini). Sebelum diterbitkan artikel tersebut, saya ada membuat sedikit semakan di laman website beberapa pemimpin DAP dan surat khabar online jika perkara seperti ini pernah berbangkit sebelum ini. Sememangnya saya menemui isu yang seumpama ini pernah dijadikan isu sebelum ini. Jadi, pada pandangan saya perkara ini mungkin benar dan berpendapat ianya wajar disiarkan.

Tidak lama selepas saya menyiarkan artikel tersebut, saya membuat carian google dan terjumpa seorang blogger lain bertanya isu yang sama pada Teresa Kok dan Dr Khir di laman blog masing-masing. Kedua-dua mereka memberikan response kepada orang yang bertanya mengenai perkara ini. Tetapi, jawapan yang diberikan oleh Teresa tidak begitu menyakinkan saya. Saya lihat jawapan daripada Dr Khir lebih menyakinkan saya mengenai isu tersebut.(screenshot terdapat dalam artikel sebelum ini).

Tanpa saya rancang, laman website saya pula makin laman makin dikenali ramai. Ini mungkin kerana SEO laman saya yang berfungsi dengan amat baik yang menyebabkan search engine seperti google meletakkan laman saya ditempat pertama dan mukasurat pertama dalam carian mereka. Kelebihan seperti ini memang diinginkan oleh semua orang yang ingin menjana pendapatan menggunakan laman web tetapi itu tidak menjadi objektif utama saya. Carian search engine telah menyebabkan artikel mengenai azan yang sebenarnya amat ringkas ini tersenarai sebagai artikel popular kerana ramai yang mencarinya melalui search engine. Saya boleh melihat popular searchword kerana dalam blog saya terdapat script yang boleh merekodkannya untuk rujukan.

Saya yakin kebanyakan mereka hanya mendengar berita ini melalui rakan-rakan kerana saya mendapat tahu bahawa petisyen tersebut terdapat di masjid. Jadi, untuk mendapat kepastian mereke mula mencari melalui Internet dan menemui blog ini dan secara tidak langsung menyebabkan pembelamelayu.com menjadi semakin popular.

Apa yang menghairankan saya, jika mereka membaca artikel asal ini daripada blog saya, kenapa mereka perlu membuat carian lagi mengenai isu ini dalam search engine. Akibat daripada ini artikel ini sentiasa tersiar di muka utama blog saya dan menyebabkan lebih ramai orang yang membacanya.

Saya sebenarnya tidak pernah menyangka laman website ini menjadi begitu popular. Mulanya, saya hanya ingin menulis untuk meluahkan perasaan saya tanpa berharap ianya menjadi begitu popular.

Saya akui bahawa saya tidak menjalankan penyiasatan yang terperinci mengenai perkara ini. Ini mungkin kerana saya tidak mempunyai pengalaman sebagai wartawan ataupun polis.

Selepas perkara ini menjadi heboh dan besar, saya mula mendapat lebih banyak maklumat terperinci dan penting mengenainya. Saya masih terkeliru dengan isu ini kerana seolah-olah terdapat banyak versi dan setiap mereka yang terlibat mempunyai fakta untuk membela mereka dalam isu ini.

Saya baca dalam suratkhabar online, ada yang mengatakan mereka yang menandatangi petisyen ini sekadar mempertikaikan penggunaan speaker pada waktu subuh untuk bacaan surah dan kuliah subuh. Kesilapan saya ialah kerana menyangka biasanya kegunaan utama speaker pada waktu Subuh ialah untuk melaungkan azan Subuh. Kebiasaanya laungan azan adalah jauh lebih kuat daripada bacaan surah dan kuliah kerana ianya untuk menyeru umat Islam untuk bersama-sama berjemaah di masjid. Manakala bacaan surah dan kuliah biasanya adalah perlahan kerana hanya untuk didengari oleh jemaah dalam masjid. Mungkin saya telah membuat taksiran yang salah dalam soal ini dan menjadi keliru kerana cuba membandingkan perkara ini dengan Solat Jumaat yang mana khutbahnya tidak sekuat jika dibandingkan dengan laungan Azan.

Jadi, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya memohon maaf kepada semua umat Islam sekiranya penerbitan artikel dilaman web saya ini telah menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam. Sememangnya, saya sepatutnya membuat lebih banyak kajian dan semakan sebelum menyiarkan artikel yang amat sensitif ini.

Saya harap saya akan dapat menjadikan pengalaman saya ini sebagai satu pengajaran untuk saya lebih berhati-hati apabila membuat sesuatu keputusan.

Sekian Terima Kasih,
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

p/s: moral, jangan sebar fitnah wahai azrinizam al-muftari!

Anonymous said...

RPK yang terang-terang menghina Islam dibela dengan sesungguhnya tetapi YB-Zul Kulim yang membela Islam dilupakan malah PKR hendak menggambil tindakkan disiplin terhadap beliau. Siapa yang minta PKR ambil tindakkan terhadap YB-Zul bukankah DAP. Siapa yang menyokong forum yang menghina Islam anjuran majlis peguam, bukankah DAP. Mana dia pejuang-pejuang Islam dalam PAS dalam PKR yang dikatakan mmembela Islam tu. Tak dinafikan dahulu PAS memang memperjuangkan Islam tetapi semenjak bersama PKR dan DAP mereka telah menerima Malaysia sebagai negara Sekular. Lagipun kawan baik Haji Hadi iaitu Karpal Singh pernah berkata langkah mayat dia dulu sebelum PAS boleh ujud kan negara Islam di Malaysia. Jadinya PAS terpaksa tunggu KS jalan dulu lepas dah langkah baru depa balik keperjuangan asal PAS.

Anonymous said...

kpd abu asim dan rkn2 sangkatan bliau. adakah anda tidak sdar yang martabat agama islam bg agama rasmi m`sia kian tercabar. mula2 mrk(DAP) suruh slowkn azan, pastu apa lg yg mrk nak mintak lg. org melayu x penah campur tangan urusan agama mrk. knpa mrk nak campur tangan hal agama islam. jgn la sbb taksub pada sesetengah pemimpin, hal agama pun sanggup kite tolak tepi.

GOMB said...

Abu Asim

aku respect kau. Ramai gila budak budak BN ni lawan kau sorang je. Tapi dia orang ni takut...nanti aku invite lagi ramai kawan kawan kita dari UUM, USM, UKM, UIA, UPM dan UM. Jangan takut bang...kami akan dedahkan dan bantu sebarkan flyer dalam masjid tentang rahsia diaorang ni. Pilihan raya kampus dah dekat. Ini masanya kita jatuhkan pula BN di Universiti. Biar padan muka penulis ni..bekas presiden Aspirasi UUM.


takbirrrrrrrrrrrrr

x PMI said...

gomb

bagus aku sokong tindakan ko tu, invite sume kawan2 kau dkt unversiti yang masih mentah, yg tak tau nak bersyukur dengan kemudahan duit ptptn mara yg korg dpt yg kerajaan bagi.. apa yg diorg tau membangkang salahkan kerajaan... klu la apa yg kerajaan buat ni sumenya salah jgn ambik duit pinjaman barula dikatakan pejuang tulen pakatan rakyat.. bawala rakan2 ko bg dorg buka mata skit.. cuba nilai apa yg disampaikan dlm blog ni jgn plak trus cakap fitnah

Anonymous said...

Malaysiakini cuba menipu orang Islam sebenarnya... cuba tgk semula kandungan surat petisyen tu dilaman www.pembelamelayu.com. Ada 2 isu yang dibangkitkan oleh penduduk bukan Islam disitu ialah:

1. Memperlahankan speaker masjid i.e. laungan azan
2. Tidak menggunakan speaker langsung untuk kuliah subuh

Jangan jadi umat Islam yang mudah tertipu dengan dakyah malaysiakini

ysnizam said...

wei gomp..
UniMap..UniMAS..UMP..UniTAR.. UMT.. UTEM.. tak ajak sekali ker..??

Anonymous said...

kami mahasiswa bersatu menolak politik flyers.

salam aspirasi untuk mahasiswa malaysia bersatu.

cikwan

Anonymous said...

woi abu asim..ko suh bce laporan malaysiakini..bek ko suh bace laporan skola mnengah anak jiran aku..laporan kt situ rubbish je ko tau x?

Anonymous said...

ye le ...sbb ada kuasa sikit , mula2 suruh perlahan kan kuliah subuh, esok lusa dah dapat perintah m'sia, dah kuatttt, sure suruh azan jgn pakai microfon.

Itu pon ramai melayu/islam yg sokong DAP, pelik betul aku. Anwar punya pasal semua dulu salah dah jadi betul. ishhh.... pelik pelik

Zul - UPM

Anonymous said...

takut ape ngn si abu asim ni..

nasib xknal je..klu kenal da lme kene tendang..

tp xpe..biarla die melalak sorg2 backing anwar dlm blog ni..

die kn gile..hahaha

golok said...

bongok!!!

Anonymous said...

Assalammualaikum...

Sebenarnya dah lama nak mengulas di sini...my first impression is this,Astaghfirullah.

Sedih bila melihat komen-komen yang saya rasa dengan suci hati,berpaksikan ketaksuban dan keengganan untuk melihat atau berfikir luar dari kotak...

Tidak komen-komen ini membenarkan kata-kata ini:

Rasulullah S.A.W telah bersabda," Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualandi pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan.Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina,orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang dimasjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib,Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja,agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, merekamendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut AsmaAllah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, darimereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

saya mengaku bukannya alim sangat tetapi sedarlah anak bangsa yang bergelar MELAYU. usah LIBERAL sangat. kepentingan Agama,Bangsa dan Negara perlu diutamakan.Bukankah mendaulatkan ISLAM adalah semulia-mulia JIHAD.

Jika kaum Cina bermati-matian mempertahankan Bahasa Cina, Persatuan dan Sekolah Cina...itu diaanngap PERJUANGAN namun bila MELAYU memperkatakan sesuatu,contohnya HAK KEISTIMEWAAN, dianggap sebagai racist?

Sudah-sudah la tu anak bangsaku. Berfikirlah berpaksikan ajaran ISLAM dan bercakap gunakan adab-adab melayu...jangan sampai BANGSA LAIN bersorak gembira melihat MELAYU bercakaran...

Semoga nukilan tak seberapa ini sampai maksud dan falsafahnya...

p/s: ini sekadar pesanan untuk ke jalan yang lebih baik. lebih baik berpesan untuk kebaikan daripada mencaci,menghina dan menjatuhkan maruah BANGSA SENDIRI...Wassalam