Wednesday, June 25, 2008

Nasharuddin Ketuai Golongan PAS Reform Masuk UMNO

Pakatan Kit Siang & The Geng yang mendominasi Pakatan Rakyat sekarang.

Nampaknya kejadian kepimpinan PAS keluar beramai ramai pada 1982 kerana tidak bersetuju dengan Allahyarham Tan Sri Asri Muda (Yang Dipertua PAS) akan berulang lagi. Selepas 26 tahun, golongan ulama dan ustaz dalam PAS sudah mulai tersedar bahawa perjuangan PAS sekarang sudah jauh menyimpang daripada target untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Malah PAS sudah boleh bekerja sama dengan DAP, yang secara terang terangan menolak negara Islam. Situasi kali ini ialah mereka tidak puas hati terhadap Presiden iaitu Haji Hadi Awang yang banyak terpengaruh dengan pemikiran Anwar Ibrahim.

Langkah untuk membawa masuk PAS kembali dalam UMNO kali ini, dipikul oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS). Bersama sama dengan Mustapha Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu), Haron Taib (Ketua Dewan Ulama PAS) dan Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS). Usaha Ustaz Nasharuddin ini direstui oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Semuanya bakal kembali pulang ke gagang. Termasuklah Tuan Guru Nik Aziz yang suatu ketika dahulu pernah bertugas sebagai Pegawai KEMAS sebelum masuk PAS. Nik Aziz sudah berusaha untuk menyatukan orang Melayu PAS dan UMNO sejak mula mula masuk PAS lagi?

Ustaz Nasharuddin sudah beberapa kali bertemu, berbincang dan menelefon dengan beberapa orang pemimpin UMNO untuk berunding dan menyatukan kembali orang Melayu. Namun khabarnya, usaha ini ditentang keras oleh golongan liberal PAS yang tidak suka melihat PAS dan UMNO bergabung kembali. Golongan liberal PAS ini adalah kalangan bekas bekas orang Anwar Ibrahim yang sekarang ini sudah berada dalam posisi tertinggi kepimpinan PAS. Mereka termasuklah Haji Hadi Awang, Kamaruddin Jaafar, Husam Musa dan Mahfuz Omar.
Ustaz Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah) pastinya akan berhati hati dengan pemilihan tender balak untuk orang orang PAS kali ini. Hendak beri kepada orang Nasharuddin Mat Isa atau memenuhi permintaan Mahfuz Omar?

Kalangan orang orang PAS yang sudah mendapat jawatan sebagai wakil rakyat, ahli parlimen, exco kerajaan negeri dan Menteri Besar sudah mula berkira kira menghitung angka dalam akaun. Masakan tidak, projek balak dan tender terbuka di depan mata. Siapa yang menentang arus dan mengikut Ustaz Nasharuddin pastinya akan dicantas daripada mendapat projek dan tender. YB PAS yang sudah menang sudah banyak terhutang budi pada Anwar, Kit Siang dan Karpal. Slogan kepimpinan bersama ulama dan membangun bersama Islam sudah mula dipinggirkan secara perlahan lahan.

Golongan “reformis PAS” sedar mereka tidak mendapat apa apa keuntungan pun daripada keputusan Pilihan Raya Umum Ke 12. Malah mengambil pendekatan akhdzu bi ahaffu al-dharurain (memilih yang lebih ringan antara dua mudarat), Ustaz Nasharuddin melihat sudah sampai masanya orang Melayu bersatu hanya dalam satu parti yang kuat sahaja iaitu UMNO. Daripada 82 orang ahli parlimen DAP, PKR dan PAS, hanya 43 orang sahaja Melayu, selainnya ialah bukan Melayu sejumlah 39 orang. Hanya lebih 4 orang sahaja, siapa yang lebih kuat dan dominan dalam pembangkang? Melainkan kalau bukan DAP.

21 Jun 2008, Koh Tsu Koon (Pemangku Presiden Gerakan) sudah berani berkata dominasi dalam UMNO perlu dikurangkan. 26 Mei 2008, Kit Siang telah berkata tidak perlu lagi Ketuanan Melayu. Ada tak Gerakan dan DAP bertelingkah sesama sendiri tentang soal bangsa mereka? Bila satu parti Melayu yang kuat seperti UMNO diasak dengan kuat, semua pemimpin bukan Melayu mula ambil kesempatan. Yong Teck Lee, Koh Tsu Koon, Kit Siang, Karpal, Guan Eng semuanya asak UMNO kerana mereka mahu melihat parti Melayu yang paling kuat menjadi lemah. Chin Peng pun sekarang ini tengah berusaha memohon untuk kembali ke Malaysia.

Memang wajar Nasharuddin mengetuai gerombolan besar pemimpin ulama PAS menyerahkan borang UMNO untuk bersama sama memperkuatkan UMNO sebagai parti utama orang Melayu. Sudah sampai masanya orang Melayu kena bersatu dan bijak dalam politik. Tinggalkan PAS yang dipimpin oleh Haji Hadi, DAP yang diketuai Kit Siang dan PKR yang diasaskan Anwar untuk bersama dalam UMNO. Sebenarnya asal PAS adalah dari Biro Agama UMNO juga, jadi tidak salah Nasharuddin membawa kembali PAS bersama sama dengan UMNO.


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Malaysia (GPMM)

17 comments:

Anonymous said...

Apa kata kali ini UMNO pulak beramai-ramai masuk PAS bagi menunjukkan keikhlasan demi kepentingan orang Melayu.

Sebenarnya UMNO dan PAS masih relevan cuma beberapa pemimpin UMNO sahaja yang sudah tidak relevan.

Pada aku, BN tewas di lima negeri adalah disebabkan kelemahan kepimpinan PM bukan atas kekuatan pihak pembangkang.

Aku percaya UMNO akan kembali kukuh sekiranya para pemimpinnya lebih ikhlas dan mempunyai sifat amanah yang tinggi.

Semoga ura2 ini adalah benar dan lantiklah pemimpin yang takutkan Allah dan beriman serta bertakwa.

Anonymous said...

UMNO pulak beramai-ramai masuk PAS?? Jangan lupa DAP ada dalam pakatan rakyat.

Anonymous said...

umno dan pas ni yang mana satu telur dan yang mana satu ialah ayam? aku rasa umno ialah ayam yang melahirkan telur. PAS sebagai telur kena ingat ayam yang melahirkan dia.

Panglima Perang Cyber said...

Hanya hati yang BUSUK sahaja akan menolak penyatuan...

Hati dengki, kasar, rosak akan menolak jalan ke arah kebaikan.

Perkara ini akan dilihat satu perpecahan yang menjadi rahmat seluruh alam...

Mari kita bernazar berpuasa 3 hari jika penyatuan ini akan menguatkan agama kita...Amin.

Dan bangsa serta negara....amin.

dan kita halau dan buang pengkhianat yang inginkan kuasa dan menggadai agama sejauh jauhnya dari negara kita....

Yahudi muka melayu tidak patut ada di dalam tempat kita...

Anonymous said...

Bravoooooo..thank you Gorge Soros JR.

Usah bemimpi disiang hari..Ahli PAS susah nak masuk AMNO sebab perjuangan berlainan...lagi lah pulak kalau PAK LAH masih lagi PM dengan konsep Islam HADARI....

Wasalaaaaam

Anonymous said...

Ingatkan pemimpin je ego...rupa-rupanya pengikut depa pun sama ego...

Apa sudah jadi dengan bangsa ku ini...

Kalau macam ni punya perangai memang tak mustahil satu hari kita akan dijajah oleh bangsa lain plak....

Masa tu, baru la padan ngan muka kita...hahahahaha

zamspotte said...

Banggakah kita bila asabiyyah menjadi pegangan?
Mengapoa kita masih mempercayai fatamorgana, walhal kita sedar fatamorgana itu menyesatkan kita... Menyebabkan kita tertipu di padang pasir yang amatluas ini...
Lantaran sikap kita yang masih mementingkan ideologi diri sendiri, tanpa ada pegangan yang kukuh, hanya bersandarkan kepada ideologi-ideologi karangan zionis tua..

Sadarlah wahai bangsaku, saudara seagamaku...
Bersatulah kita, untuk menuju kepada Yang Satu...
Janganlah kerana ingin menegakkan benang yang basah, kamu sanggup terluka hati dan minda...
Bersatulah kita, untuk menuju kepada Yang Satu...
Janganlah perjuangan bersulamkan emosi-emosi berkepentingan peribadi...

Jangan pula kita menjadi seperti Afghanistan, membantu puak yahudi memerangi kaum seagama sendiri, kerana kepentingan peribadi... Lantas, bumi itu menjadi padang jarak padang terkukur...

Sadarkah kita??

maharaja zhou said...

Assalamualaikum Azri,

Tulisan yang sangat baik. Kita tunggu 3 pimpinan PAS ini keluar nanti.

Silalah berkunjung ke blog saya untuk artikel GAMIS Hendak Jadi NGO! Tidak Rela Diliwat Lagi? tentang usaha mahasiswa PAS yang hendak mendaftarkan GAMIS sebagai NGO.

Terima Kasih!

Qaiyum said...

Assalamualaikum Bro Azri..

Harap²nya Kalau Kembali Bersatu Kelak Jangan Lepastu Keluar Balik. Sepertimana Yang Telah Berlaku Pada SEjarah² Yang Lepas..

Bersatu Sekejap Je..

anwar dot com said...

Anwar tolak Negara Islam dan mansuhkan Mahkamah Syariah
http://www.youtube.com/watch?v=b1xVDkj1Njw&feature=related

Anwar mengakui hubungan dengan Yahudi

http://www.youtube.com/watch?v=je403BiF6Pc

sumber :
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Anonymous said...

Jagalah Dirimu

Dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat Dengan orang-orang Yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, Yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah Engkau mematuhi orang Yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Al-Kahfi: 28)

Maka jika engkau menginginkan surga, pergaulilah orang yang jika engkau melihatnya, engkau segera mengingat Allah, jika berbicara kepadamu, ia hanya berbicara yang baik. Hindarilah orang-orang yang jahat dan ingatlah selalu firman Allah ini,

“Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zhalim menggigit kedua tangannya seraya berkata,’Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si Fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur’an ketika Al-Qur’an itu telah datang kepadaku. Dan adalah setan itu tidak mau menolong manusia.” (Al-Furqan: 27-29)

Yang dimaksud dengan si Fulan dalam ayat ini adalah orang jahat yang mengajakmu kepada segala sesuatu yang menjadikanmu lupa kepada Allah,

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: “Pada hari itu (hari qiyamat) para teman karib, sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali ornag-orang bertakwa.” (Az-Zukhruf: 67).

Setiap orang yang disayangi akan menentang orang yang mengasihinya, kecuali orang-orang yang berkasih sayang karena Allah. Setiap teman akan berlepas diri dari temannya kecuali bila persahabatannya itu hanya karena ketaatan kepada Allah. Jika engkau dicuba dengan persahabatan yang tidak menjadikan engkau dekat dengan Allah, segeralah tinggalkan persahabatan itu sebelum mereka meninggalkanmu dan berlepas diri darimu, yaitu saat berada dalam Neraka.

“(Yaitu) ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat siksa, dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali.”(Al-baqarah: 166).

Dan seorang penyair berkata, “jika bergaul dengan suatu kaum pilihlah yang terbaik, hindari yang hina karena kehinaannya membuatmu hina.”

Sebagai penutup nasihat ini, saya selalu memohon kepada Allah ‘Azza wa Jalla agar selalu memberimu taufiq dalam segala kebaikan dan menghindarkanmu dari segala kejahatan. Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku dan juga kamu dan memudahkan segala urusan.

Disunting dari buku “Jagalah Dirimu” karya ‘Abdul Muhsin bin ‘Abdul Jabar hal 52-55 Penerbit DARUL HAQ Jakarta, dengan beberapa perubahan.

Anonymous said...

Mencari Kebenaran Hakiki

Sesungguhnya Isnad sebagian dari agama, kalaulah tidak ada isnad maka akan berkata siapapun, tentang apapun (sesuka hatinya) (Shahih Muslim, hal. 9 ) Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang menyayangi mu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah karena tiada lagi yang mengasihmu diakhirat

Anonymous said...

Kezaliman Pemerintah Akibatnya...

Dari Abu Said ra., ia berkata : "Rasulullah saw bersabda : "Seseorang diantaramu janganlah menghina dirinya". Mereka berkata : "Wahai Rasulullah, bagaimanakah salah seorang dari pada kami menghinakan dirinya ?". Beliau bersabda : "Ia melihat urusan Allah yang didalamnya ada tempat untuk berpendapat, ia tidak berpendapat. Besok pada hari Qiyamat Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman kepadanya: "Apakah yang mencegah kamu untuk berpendapat begini dan begitu?". Ia menjawab : "Karena takut kepada manusia : "Dia berfirman : "Hanya Akulah yang berhak ditakuti". Hadith Qudsi (Hadits ditakhrij oleh Ibnu Majah).

Anonymous said...

Khutbah Kata Nasihat Pagi Jumaat
Segala puji bagi Allah yang selalu kami puji, kami mohon pertolongan dan ampunan-Nya. Kami berlindung kepada Allah dari keburukankan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiada yang dapat menyesatkannya dan siapa yang Allah sesatkan maka tiada yang dapat memberinya petunjuk. Kami bersaksi bahwa tiada sesembahan yang haq selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.

"Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan muslim"(surat Ali Imran ayat 102).

"Hai manusia bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan Ia ciptakan dari padanya (dari jenisnya) jodoh/istri (Hawa), dan Ia kembangkan dari keduanya itu, laki-laki dan perempuan-perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) kekeluargaan / hubungan silaturrahim, karena sesungguhnya Allah itu selalu mengawasi dan menjaga kamu" (surat An-Nisa' ayat 1).

"Hai orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kepada Allah, dan ucapkanlah perkataan yang betul/yang benar. Niscaya Ia akan perbaiki amal-amal kamu, dan Ia akan ampunkan dosa-dosa kamu, karena barang siapa yang ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah menang dengan (mendapat) kemenangan yang besar " (surat Al-Ahzab ayat 70-71).

Alhamdulillah marilah kita perbanyakan berzikir banyak menyebut nama nama AlLah serta bersalawat kepada junjugan kita nabi saw yang mulia dan bermohon ampunlah kita kepada AlLah agar kita sentiasa diberi kekuatan untuk mengikuti kebenaran kerana jalan yang benar itu adalah SATU .

Maka bagi yang membaca andai masih kurang faham akan masalah yang berkaitan dengan sesuatu jamaah / puak / parti / kaum, maka silalah berusaha untuk istiqamah dan sentiasa mempelajari agama islam dari ahlinya .Sekira kita benar ikhlas dan benar insyaAlLah kita akan merujuk pada ahli ilmu.

Sekira ada kesempatan carilah guru yang boleh mengajar asas kepada agama, kerana menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap induvidu .
Bagi mereka yang benar inginkan ilmu yang bermanfaat silalah berusaha dan Saya anjurkan padanya apabila masih awal hendaklah membaca kitab Fiqhus Sunnah oleh Sayid Sabiq, sambil dibantu dengan sebagian kitab yang dijadikan rujukan, seperti Subulus Salam. Disamping itu jika dia memperhatikan kitab Tamamul Minah (komentar terhdap kitab Fiqhus Sunnah) maka cara ini lebih kuat dan selamat.

Saya anjurkan juga kepada ikhwan hendaklah membaca kitab Ar Raudhatun Nadiyah oleh Sidiq Hasan Khan. Adapun tafsir, maka wajib baginya untuk membiasakan membaca kitab Tafsir Al Qur’an al Adhim oleh Ibnu katsir, walaupun sebagian tafsir tersebut panjang uraiannya. Sebab kitab tersebut paling sah, benar pada zaman ini.
Kemudian untuk nasehat dan pelembut hati maka wajib baginya membaca kitab Riyadhus Shalihin oleh Imam Nawani. Sedangkan untuk aqidah membaca Syarh Aqidah Thohawiyah oleh Ibnu Abil Izzi Al Hanafi, dalam memahami kitab tersebut dibantu dengan komentar dan penjelasanku pada kitab tersebut.

Kitab-kitab secara umum untuk dibiasakan membacanya antara lain kitab-kitab Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnul Qayyim al Jauziyah. Saya meyakini bahwa keduanya merupakan ulama besar di kalangan kaum muslimin. Mereka berada dalam manhaj salafus shalih baik dalam pemahaman, takwa dan kebaikkannya.

Dalami matan dan sekira kita masih baru moga moga akan mendapat manfaat dari mempelari kitab2 tersebut.Wallahua'lam.

Sampai disini ana cukupkan , mudah-mudahan tulisan ini mendapat keridlaan Allah 'Azza Wa Jala dalam rangka menghidupkan kembali sunnah Nabi-Nya, yang kini kita bersama kawan-kawan tercinta pendukung-pendukung sunnah sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk itu. Dan apabila ada kesalahan dalam tulisan ini semata-mata datangnya dari kita, sedang kebenaran itu tidak lain datangnya dari Allah 'Azza Wa-Jala.

"SUBHANAKALLAHUMMA WABI HAMDIKA, ASYHADU ALLAA ILAAHA ILLA ANTA, ASTAGHFIRUKA WA-ATUBU ILAIKA"

Anonymous said...

Kalaulah Pemimpin Negara Ku Macam Ibuku

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.

Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..

Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.

Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.

Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.

Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu,saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Kiriman seorang sahabat

Herman - Inilah kasih ibu yang terhangat sekali ku rasakan….dalam apa2 hal, ibu akan mengutamakan anak2 lebih dari diri sendiri. Hatta bila anak2 sudah dewasa pun mereka masih lagi ‘berbohong’ demi menjaga hati anak2, menantu dan cucunya. Walaupun sudah tua, ibu tidak sesekali ingin meminta ini dan itu, walhal apa yang anak2 miliki hari ini adalah berkat pengorbanan ibu, segalanya adalah milik ibu. Anak2 tak berhak persoalkan, apalagi menolak pemintaan di hari-hari terakhir mereka. Kita mungkin mampu membeli puluhan kereta, ratusan rumah dan saham2, tapi untuk membeli seorang yang bernama ibu…itu kita tidak akan mampu sampai bila2….

Desperado said...

ADUH...PE CITER NIE..

www.pilihananda.blogspot.com

bravo said...

Pemberian dipersoal - Status hak milik tanah kekal 999 tahun kepada kampung baru di Perak

Oleh ABDUL RAZAK DIN

IPOH 27 Jun – Cadangan kerajaan pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak untuk memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru di seluruh negeri ini menimbulkan persoalan kerana ia dilihat lebih bermotifkan politik.

Ini kerana, pada masa yang sama, kerajaan negeri hanya merancang memberikan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun (RKT).

Di seluruh negeri Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus kaum Cina.

Sementara RKT terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).

Cadangan untuk memberi status hak milik kekal itu dianggap sebagai luar biasa kerana kerajaan campuran Perak baru tiga bulan memerintah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin ketika menggulung usul di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini hari ini berkata, rasional untuk memberi hak milik kekal dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara.

Untuk itu katanya, beliau akan merujuk cadangan tersebut mengikut Kanun Tanah Negara atau mana-mana perundangan yang dibenarkan.

“Ini tertakluk kepada keputusan dan pertimbangan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri dan juga kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang,” katanya

Ekoran itu, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (BN-Pangkor) bangun bertanyakan apakah rasional memberikan hak milik kekal kepada 60,000 lot tanah tersebut.

Katanya, adakah ia berdasarkan faktor ekonomi iaitu bagi membolehkan tanah itu dicagar untuk tujuan perniagaan atau ia lebih berkait dengan isu politik demi menunaikan janji kerajaan negeri yang didominasi oleh DAP.

Zambry turut mempersoalkan kenapa hanya 60,000 lot di kampung baru itu sahaja disyorkan untuk diberikan status hak milik kekal 999 tahun.

“Kenapa tidak kepada semua tanah di Perak yang mempunyai penduduk tanpa mengira Melayu, Cina atau India,” katanya.

Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) pula bertanya, jika kerajaan negeri jujur, semua tanah di Perak perlu diberikan geran kekal sama ada untuk tujuan pertanian atau industri.

Mohammad Nizar bagaimanapun enggan mengulas lanjut soalan daripada kedua-dua wakil BN itu.

Namun kepada soalan bertulis Datuk Hasbullah Osman (BN-Temenggor) sama ada RKT akan diberikan hak milik kekal, Mohammad Nizar berkata, lot-lot tanah di RKT akan diberikan status pajakan 99 tahun.

“Sama ada kampung tersusun akan diberi taraf tanah kekal seperti yang akan diberi kepada kampung baru, saya ingin menjelaskan bahawa kampung tersusun adalah berstatus pegangan pajakan selama 99 tahun.

“Sama ada hak milik pegangan kekal akan diberikan seperti yang akan diberikan kepada kampung baru adalah tertakluk kepada keputusan dan pertimbangan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri dan juga kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang berkaitan,” katanya. (utusan malaysia online 28 june 2008)