
Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 antara Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Abdullah ibni Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak. Dengan perjanjian ini ianya telah membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ditandatangan di atas kapal HMS Pluto.
Kemudian, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang bersemayam di Tanjong Belanja, Parit dari pangkat Sultan dan membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen seribu ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut. Ini kesan Perjanjian Pangkor yang pertama. Apa pula Perjanjian Pangkor 2?
Ianya adalah surat perjanjian antara DAP dan wakil PAS bagi membolehkan PAS menjadi Menteri Besar di Perak. Menurut beberapa orang penyokong PAS, Nizar Jamaluddin (MB Perak) telah tandatangan surat ini secara terpaksa. Di kalangan pemimpin PAS yang tahu tentang surat perjanjian ini enggan mengulas lanjut tentang perjanjian ini kerana ianya memalukan pihak PAS sendiri.
Antara isi kandungan Perjanjian Pangkor 2 ialah:
1) Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
2) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.
3) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.
4) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut Speaker DUN Perak dari wakil DAP.
Perjanjian Pangkor 2 ini ditandatangi antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Nizar Jamaluddin. Lihatlah apa yang telah berlaku sekarang bila Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah mula berani mencabar Sultan dan tidak menghiraukan lagi undang undang.
Apa yang Nizar buat? Hanya berdiam diri kerana sudah terikat dengan perjanjian? Kalau Dato' Hishamuddin boleh mohon maaf kerana hunus keris, mengapa Karpal Singh yang hina Sultan ini tidak boleh mohon maaf? Bukankah tindakan Karpal ini lebih racist dari itu? Mana dia Ketua Pembangkang dalam Pakatan Rakyat? Kenapa tidak tegur pun Karpal Singh ini?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





9 comments:
Agak mendukacitakan. Walaupun perjanjian Pangkor 2 itu berlaku antara 2 pemimpin pembangkang, namun nasib malang yang terpaksa di tanggung terhadap kelemahan MB boneka itu adalah orang Melayu.
Selepas PRU-12, kita dapat melhat orang Melayu tidak untung malahan rugi berdasarkan keputusan yang dibuat oleh MB ini. Contohnya pemberian geran kepada beberapa kampung baru (walaupun dah lama)dilihat satu tindakan proaktif oleh sebuah kerajaan yang baru dibentuk. Tapi hakikatnya, siapa yang memperolehi untung yang lebih. Berapa kerat Melayu yang dapat?
Begitu juga dengan lantikan jawatan Speaker dan timbalannya serta jawatan EXCO. Dulu, jawatan Speaker adalah hak YB Melayu, dan sebahagian besar EXCOnya adalah Melayu. Sekarang?
Dalam memperkatakan nasib malang yang terpaksa diterima oleh orang Melayu Perak ini, aku merasakan antara pihak yang patut dipersalahkan adalah UMNO.
Tentu saudara akan mempertikaikan, mengapa UMNO yang tidak ada kaitan dalam hal ini harus dipersalahakan?
Bagi aku, ini terjadi kerana kegagalan UMNO sebagai tulang belakang BN dalam merebut hati pengundi sebelum PRU-12 yang menyebabkan pihak BA menang di negeri tersebut. Jika tidak kerana kelemahan UMNO, apakah BA akan berkuasa dan seterusnya membolehkan DAP bermaharajalela di bumi Dato Maharajalela ini? Tentu tidak bukan? Bukankah itu menunjukkan UMNO turut mempunyai saham?
saham siapa yang lagi besar yang akibat DAP ini terlalu kurang ajar? Kalau salah UMNO,perlu diperbetulkan. Salahnya bila ada orang UMNO sendiri yang mahu merosakan UMNO dengan mengundi orang lain.
Akhirnya siapa yang menyesal dan rugi. Soalnya sekarang DAP tengah kurang ajar, mengapa pembangkang sepatah ayat pun tak marah si Karpal ni, hanya Ibrahim Ali yang masih berdarah UMNO berani lawan DAP ini.
Malang sekali, seorang yang dapat diharapkan untuk mempertahankan UMNO dan orang Melayu dinyahkan dari institusi keramat ini. Perlembagaan parti diketepikan.
Ini antara tindakan-tindakan yang dikatakan GAGAL, akhirnya membawa UMNO kepada tsunami politik pada Mac lalu.
Siapa Anwar (Siri 4)
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew&feature=related
Siapa Anwar (Siri 3)
http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related
Siapa Anwar (Siri 2)
http://www.youtube.com/watch?v=24BChFvj2k8&feature=related
teman sedih bila MB Perak dipaksa tandatangan Perj. Pangkor 2 ini. Di mana letak maruah MB skrg? bila timbul isu karpal tak hormat sultan dulu, dia kata no. komen.. no komen.. berapa lama? nampak sangat dia tertekan krn waadat itu. Mungkin skrg di dalam hati MB Perak berkata. "alangkah menyesalnya aku menjadi MB dari parti PAS. Mengapa aku tak jadi MB dari Parti UMNO? Kalau tidak, tak lah seteruk ini jadinya.Gamaknya...
Tolong lar.. Ini semua jangan salah orang lain. Sila kaji selidik siapa yang undi semua orang-orang ini. Kenapa mereka mengudi orang-orang ini. Bagaimana kekuatan mantan Kerajaan Melayu sebelum ini dalam merealisasikan Kerajaan so called 'Ketuanan Melayu'? Apakah masalah yang menyebabkan PRU-12 gelombang pakatan rakyat di terima di 6 negeri?
Ngaji, Kaji, Uji, Pasti,
apabila kuasa di letak di hadapan, PAS sanggup menggadai perjuangan asal Islam dan sanggup duduk semeja, tidur sebantal dgn DAP, janji boleh kuasa walaupun hanya sbg boneka.. Inilah yg berlaku sekarang... Nasib orang Melayu terletak di mana sekarang?
Kami Sanggup menjulang keris setinggi-tinggi langit, Ape nak takut ini tanah kita. Keris sebagai simbol tanah melayu yang mempunyai kuasa beraja dan sultan. Bagi kami keris bukan racist, mereka yang mempersoalkannya adalah racist. Seperti karpal menyanyi dengan suara yang sumbang mengeluarkan kata-kata, maksud dan lirik yang hina dan berbau busuk 'karpal singhhhh'
Assalamualaikum..
Selamat Berjuang Saudara..
Post a Comment